Blogger Widgets

Pages

Friday 28 December 2012

Definisi Adil Yang Disalah Erti.


                    1)28/12/12, lusa dah exam tapi aku masih lagi menulis blog ini meskipun tak ramai yang membacanya. Tapi takpe. Maybe ada jugak yang akan baca satu hari nanti (mungkin masa tu aku dah ada 14 cucu). Hari ni hari Jumaat yang indah dan aku nak berbincang pasal perkataan yang kita dah biasa sebut iaitu adil. Ramai yang dah faham tentang maksud adil. Adil tu sendiri diambil dari perkataan bahasa arab dengan sebutan yang sama. Tapi, tak ramai yang faham maknanya yang sebenar-benarnya. Secara umumnya kat malaysia kita faham adil tu ialah sama rata. *tsk tsk tsk. Tidak sama sekali. Kalau korang kondifen (confident) sangat adil tu ialah sama rata maka silalah fikir sekali lagi. Kalau setelah berfikir pun korang masih berpendapat bahawa adil itu ialah sama rata, silalah tepek dahi anda dengan tin yang sudah kemek.

                2)Sini aku ada sertakan tiga definisi adil yang betul dan tepat serta mujarab. Sebelum tu aku nak ingatkan korang. Kata lawan bagi adil ialah zalim. Zalim bukanlah membawa maksud kejam atau jahat tetapi membawa maksud berlawanan bagi adil. Korang terbalikkan je definisi adil, maka *poof !!  korang akan dapat definisi zalim pulak. Definisi-definisi adil;
1.       Meletakkan sesuatu sesuai dan kena pada tempatnya;
Yang ni aku mudah ingat sebab ustazah aku pernah bagi contoh yang simple-pimple masa aku sekolah rendah dulu.  Contohnya kita ada kucing. Kita bagi kucing kita tu makan kayu atau besi atau tulang dinosour. Di situ kita dah bertindak zalim sebab kucing tak makan benda-benda tu. Kucing makan KFC je. Kalau kita bagi kucing makan sesuatu yang dia tak boleh makan maka kita dah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya
2.    Memberi hak kepada mereka yang berhak;
Contohnya kau ada RM10.  Pastu kau dengan aku pun main teng-teng sama-sama di petang hari.  Lepas setengah jam kita main teng-teng, aku pun rasa bosan main dengan kau sebab kau tak reti lompat betul-betul. Asyik-asyik jatuh je. Aku bercadang nak balik rumah tinggalkan kau sorang-sorang kat situ. Tapi disebabkan kau cerdik kau gunakan RM10 tu untuk menarik minat aku. Kau pun cakap yang kau nak belanja aku Choki Choki jenis coklat+susu yang sedap tu. Tapi bila kau check poket baru kau perasan yang duit kau dah hilang. Of courselah bukan aku yang ambil sebab aku ni jujur  orangnya.  Aku cakap, “Siapa yang jumpa duit tu jadi milik dia ea.”
Walaupun lepas tu aku jumpa RM10 kau, aku kena serahkan balik kat kau sebab aku perlu beri hak (RM10) kepada orang yang berhak (iaitu kau).
3.       Mengambil hak sendiri tanpa lebih dan memberi hak orang tanpa kurang:
Nak contoh jugak ke? Tak payahlah. Sangat mudah difahami kan? :) Aku malas bagi contoh lagi sebab nanti aku merepek dan membebel panjang seperti contoh di atas.

Semua orang itu genius(cerdik). Tapi jika anda mengukur kecerdikan seekor ikan
 berdasarkan kemampuannya memanjat pokok, maka dia akan menghabiskan
seluruh hidupnya dengan mempercayai bahawa dia bodoh.
-Albert Einstein
                3)Betul kata Albert Einstein tu. Semua orang kat dunia ni cerdik dan bijak. Pernah tengok cerita 3 Idiots? Mesti pernah kan? Kan? Pelakon utama cerita tu Amry Khan. Ada satu watak bernama Farhan. Watak Farhan ialah watak yang genius dalam bidang fotografi. Taare Zameen Par pulak menceritakan tentang seorang pelajar bernama Ishaan yang menghidapi dikslesia tetapi genius dalam bidang seni lukisan. Tapi keperluan untuk hidup pada zaman kita sekarang ni tidak mengiktiraf semua orang itu genius dalam bidang-bidang tertentu seperti Farhan dan Ishaan. Keperluan hidup pada zaman sekarang bersandarkan gred dan markah di atas kertas peperiksaan yang ditambah dengan beberapa kerja praktikal. Memang tak dinafikan kaedah itu dapat mengukur kecerdikan dan kefahaman seseorang tentang sesuatu subjek tetapi bukanlah 100% tepat. Kita tak boleh nilai yang anak Cik Beah tu pandai dan genius sebab dia dapat skor 10A+ dalam SPM dan anak Pak Muaz pulak buduh sebuduh-buduh makhluk sebab gagal 8 subjek. Kemahiran (kadang-kadang disebut bakat) setiap manusia itu berbeza. Dan kemahiranlah yang boleh dijadikan kayu ukuran seseorang itu genius atau tidak. Ada yang mahir melukis, ada yang mahir berbahas, mahir mengurus, mahir menulis belog, mahir membuat vlog, mahir mengajar, mahir memadam kebakaran, mahir memahami pembelajaran, mahir mengorat, mahir add dan like status orang di FB dan ada juga yang mahir dalam memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan. Ya, menjawab peperiksaan juga merupakan satu kemahiran.

              4)Aku ada satu cerita dari manuskrip lama internet berkaitan dengan sifat adil yang aku nak kongsi dengan korang. Di sebuah hutan yang tenang dan indah telah dilansungkan satu pertandingan untuk memilih binatang yang paling genius. Banyak haiwan yang berminat untuk sertai pertandingan ni. Tapi disebabkan aku yang buat cerita ni, aku hadkan pesertanya kepada beberapa ekor haiwan genius sahaja. Antaranya ialah anjing, gajah, ikan, monyet,burung, anjing laut dan penguin (aku tak berapa pasti apa yang anjing laut dan penguin tu buat kat sini). Mereka semua berkumpul dengan bangganya dan bersedia untuk berentap bagi membuktikan bahawa merekalah yang paling genius. Mereka berbaris dengan tersusun dan beradab sebagai tanda haiwan yang genius. Dibelakang mereka terdapat sebatang pokok manakala di depan mereka pula ialah pengacara pertandingan. Maka tirai pertandingan pun dibuka. Pengaca lantas dan pantas mengisytiharkan ujian yang perlu mereka hadapi dalam pemilihan ni. Pengacara berkata : “Bagi memastikan pemilihan ini ADIL, kamu semua dikehendaki untuk menjalani ujian yang sama. Sila panjat pokok itu. ”


                5)Apa !? Korang rasa logik ke? aku pun rasa tak logik walaupun aku baru je karang cerita ni tadi lepas tengok gambar kat atas ni. Dalam pertandingan tu komfem dan kondifen lah monyet yang akan menang sebab beliau ada empat kaki bila di atas tanah dan empat tangan bila di atas pokok. Cuba kita bagi arahan untuk berenang pulak, mestilah ikan dan anjing laut yang pelopori bidang tu. Macam tu jugak dengan burung, gajah, penguin dan anjing yang masing-masing ada kelebihan tersendiri. Jadi macam mana nak buat? Kita ubah je nama pertandingan tu kepada ‘Pertandingan Mencari Pemanjat Pokok Yang Paling Genius’. So, yang masuk pertandingan tu cuma haiwan-haiwan yang genius dalam memanjat pokok. Macam tu jugak dengan realiti kehidupan kita. Tak semua orang  itu dikira pandai dan genius hanya dengan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM, STAM, MAMAM, MAKAN dan lain-lain. haha ! Setiap orang itu genius dan cerdik cuma kita yang tak sedar dan tak perasan kegeniusan diorang.

*   *   *

Novel pertama tulisan aku. Sila baca dan beri komen :)
Farouq : Perigi Mencari Timba

Friday 21 December 2012

Sayangku Si Bahasa Arab.






1)Alhamdulillah, hari ni hari Jumaat, dapat lagi aku tulis sesuatu untuk dimuatkan ke dalam blog ni. Rasanya entri kali tak ada apa-apa yang bermanfaat untuk aku kongsikan. Jadi kepada korang yang rasa nak skip entri minggu ni, silakanlah. Datang lagi jumaat minggu depan pulak ye :). Sekarang ni (waktu Mesir) 21.12.2012. Saat korang baca entri ni, maka terbuktilah ramalan suku kaum Maya itu salah tentang tibanya hari kiamat. Syariat Islam jugaklah yang betul. Ayat Al-quran dan hadits Nabi Muhammad (sila selawat sekarang) ada menyatakan tentang 5 perkara yang takkan diketahui manusia. Salah satunya ialah bila berlakunya hari kiamat.



2)Stop cerita tentang tarikh. Tiba-tiba aku teringatkan adik lelaki aku. Masa kat Malaysia dulu dia tak percaya yang aku boleh cakap Bahasa Arab. How dare you brother! Kurang asam kan? Maybe sebab aku ni tak ada gaya orang berilmu kot -_-“. Kopiah pun jarang ada kat kepala. Lagipun umur dia baru 9 tahun. Logiklah kalau dia tak dapat agak dan ukur kemampuan aku. Huh, ayat! Adik aku macam tak percaya bila kakak sepupu aku suruh dia belajar subjek Bahasa Arab dengan aku. Sampai hati kau meragui aku adik. Sedih sekejap. So, she asked her mother (mak long aku) to speak arabic with me in front of my little brother. Masa tu aku macam jadi idola kejap. Ternganga adik aku seakan tak percaya abang yang selalu tengok cerita orang putih kat rumah boleh cakap Bahasa Arab. Baru kau kenal abang kau ni. Tapi tu dulu, masa kat Malaysia.

3)Sesampainya kat Mesir, aku jadi agak sopan dan pemalu untuk bercakap atau berborak dalam Bahsa Arab dengan orang ramai. Wah! Berubah 360 darjah. ‘Pendiam’ tak sinonim dengan Amry Sajad sebenarnya. Kat sini diorang guna bahasa ammiah Mesir (bahasa pasar, tempatan). Setiap negara Arab ada bahasa ammiah sendiri, tapi ammiah Mesirlah yang paling *tutt  * tutt. Nak kutuk pun tak boleh sangat sebab aku pendatang asing dengan izin kat sini. Ustaz-ustaz yang dah balik Malaysia cakap, bahasa ammiah ni tak berguna untuk kita walaupun sikit. Sebabnya diorang dah balik Malaysia dan haruslah diorang kena gunakan bahasa Arab yang satu dunia faham iaitu bahasa fusha (baca dengan fus-ha, bukan fu-sha). Kitorang ni masih duduk kat Mesir. Kadang-kadang ada jugak budak kecik, remaja dan orang tua yang tak faham lansung bahasa Arab fusha. Nak tak nak kena belajar jugak bahasa ammiah Mesir. Kalau aku dapat jumpa orang bukan arab (pendatang asing macam aku) rasa lega sikit sebab diorang faham bahasa fusha.

4)Sedar atau tak tabiat aku yang pemalu dan pendiam ni sedikit sebanyak melunturkan bahasa Arab aku. Kalau sebelum ni aku yakin untuk berbahasa Arab tapi sekarang tak lagi. Aku segan kalau-kalau apa yang aku cakap kat sini satu kesalahan. Ah, salah tu perkara biasa, yang penting jangan putus asa untuk mencuba. Wah, siapa yang cakap macam tu tadi? Mari sini aku tepek tin coca-cola yang kemek kat dahi kau. Ceramah bukan main lagi tapi bila suruh tolong aku tak nak pulak. Still, aku nak improve bahasa Arab aku. Baru tadi aku dapat caranya! Kat sini ramai budak-budak melayu yang dah lama tinggal kat Mesir. Budak-budak sekolah rendah. Diorang dah duduk sini dari kecik lagi dan berkawan pulak dengan budak-budak Arab. So bahasa arab dia macam *umphh, terbaik lah. Aku tak rasa segan sangat bila belajar dengan diorang. Kalau aku tak faham apa yang budak-budak Arab cakap, budak-budak Melayu ni lah yang translatekan. Budak-budak Arab ni pun bersungguh-sungguh nak bagi aku faham apa yang diorang cakap sebab diorang nak ajar aku main permainan diorang. Ilmu yang aku dapat tadi : pink – banbi, biru cair – balani. Tapi nak dapat dua perkataan tu aku kena jadi keeper bola, kena dukung budak, kena tarik dan tolak, kena main baling selipar (sini versi batu) dan lain-lain. Tapi aku tak kesah sebab aku memang suka budak-budak. Seronok! Yang paling tak tahan sekali diorang panggil aku ammu (pak cik) -_-“. Tua sangatkah aku ni? Jumaat minggu depan kita jumpa lagi ye anak-anak ammu!

al-hubb bermaksud 'cinta'


*     *     *

5)Penghujung khutbah Jumaat tadi macam biasa kita akan baca doa kebaikan akhirat untuk mukminin dan mukminat sebab itu ialah salah satu rukun khutbah Jumaat. Bila semua orang mengaminkan doa tu aku teringat suara-suara yang aku suka masa aku kecik dulu, suara orang ramai mengaminkan doa khutbah Jumaat secara perlahan dan serentak. Kadang-kadang aku diam sebab nak dengar suara-suara diorang. Suara besar dan garau orang ramai buat aku teruja. Tapi sekarang lain. Suara akulah salah satu suara yang mengaminkan doa tersebut. Aku dah besar rupanya. Dah wajib solat Jumaat, tak kena marah lagi kalau nak solat kat sof depan, tak berborak-borak kosong lagu masa khatib menyampaikan khutbah. Cepatnya masa berlalu. Patutlah budak-budak tu panggil aku ammu.

Friday 14 December 2012

Ikan-Mati-Lemas




1) Ikan-mati-lemas tersangatlah popular kat Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang. Apakah sebenarnya ikan mati lemas ni? Wujudkah ikan yang mati disebabkan kelemasan? Ikan pun boleh lemas? Ikan duyung pun boleh survive kat dalam laut. Ikan mati lemas sebenarnya nama sejenis lauk di kebanyakan asrama SMAN. Tapi nama tu bukanlah nama yang asal. Nama asalnya aku pun tak tahu. Sebelum aku pindah ke sekolah Pahang, aku belum pernah dengar nama ikan-mati-lemas ni. Lepas pindah baru aku tahu macam mana rupa ikan-mati-lemas. Ikan biasa (apa-apa jenis ikan) yang dimasak berkuah putih air. Kenapa pulak orang bagi nama kat lauk ni ye? Adakah sebab diorang tak tahu nama lauk tu? Tidak, tidak, tidak. Nama tu direka sebab kebanyakan pelajar tak suka lauk tu. Biasalah, kalau kita tak suka something tu, kita bubuhlah nama pelik-pelik. Cikgu James Bond lah, subjek 'Mengarudh dan Memayah' lah, Semin OP lah (orang penting),  Abuncit dan macam-macam lagi contoh yang terdapat kat dunia ni. Kiranya ikan-mati-lemas ni lauk yang low class lah. Diorang lagi sanggup skip makan tengah hari/petang dan makan mi segera berbanding makan ikan-mati-lemas ni.

2) Asrama kitorang bersebelahan dengan kantin. So dari atas asrama tu kita dah boleh dengar orang teriak ;
“Petang ni makan apa?!”

“Ikan mati lemas”

“Hmm, kalau macam tu malaslah nak turun makan.”

Apa reaksi aku masa mula-mula pindah ke sekolah tu? Aku terkejut kenapa kebanyakan diorang ni tak suka makan lauk tu. Kenapalah memilih sangat? Ikan macam tu pun diorang boleh anggap tak sedap? Lainlah kalau dia bagi ikan bandaraya ke, ikan Nemo ke. Ikan yang terhidang tu bukannya kotor, bukannya tak sedap. Mungkin lidah kita tak sama. Lidah aku lidah kuli, lidah diorang lidah bangsawan. Tak pun ikut negeri masing-masing . Ataupun citarasa kita berbeza? Cop, cop, cop. Kenapa aku selesa makan ikan mati lemas sedangkan kebanyakan pelajar tidak? Jawapannya mudah. Dan jawapan ni tak melayakkan aku untuk menyindir, mempersoal mahupun mempertikaikan perangai diorang. Keterbiasaan dan suasana. Yup, tu lah jawapannya. Diorang dari kecik lagi dah dididik untuk makan makanan yang sedap-sedap, sedangkan aku tidak. Suasana kami berbeza. Dan aku tak merasa situasi diorang. Jadi aku tak boleh sewenang-wenangnya memperlekehkan perangai diorang.

            3) Kat sekolah lama aku, kalau dapat makan ikan, ayam atau daging dah macam syurga. Kalau kat Pahang ada istilah ikan-mati-lemas kan? Kat Johor pulak ada istilah 3T (telur, tempe, tahu). Istilah ayam-takde-tulang pulak merujuk kepada tahu. Banyak lagi lauk-pauk yang lebih tut-tut-tut berbanding ikan-mati-lemas. Kadang-kadang lauk kitorang cuma sayur, ikan masin dan sambal. Tapi bila kitorang lapar kitorang bahan semacam je semua tu. Bila lagi nak rasa susah? Hamba-hamba Allah ni kebanyakannya rasa bersyukur bila mereka dah pernah merasa susah. Aku pernah makan 3T, ikan masin dan ayam-takde tulang, so aku bersyukur bila dapat makan ikan-mati-lemas. Seorang pemilik syarikat yang besar pernah merasa susah membangunkan syarikatnya, so dia akan lebih bersyukur dan menghargai apa yang dia ada sekarang. Mak ayah kita pernah makan ubi, kentang dan lain lain. So, diorang tak kesah pun makan nasi dengan kuah kosong untuk sarapan. Mungkin kalau aku pun sekolah kat Pahang dari dulu lagi, aku pun terkena penyakit kufur nikmat ni. Sebab tu lah ku tak layak mempersoalkan tindakan diorang. Menegur dengan hikmahlah yang aku perlukan.

            4) Ada pulak perangai lain. Perangai yang satu ni aku cukup pelik. Part ni aku rasa aku layak tegur, sindir, pertikai dan persoalkan. Korang tahu roti buku? Roti biasa yang kita makan tu. Alaa, yang ada jenama Gardenier, jenama Hawaii, jenama Hi-5. Ada sesetengah pelajar, dia makan bahagian tengah roti tu, yang bahagian tepi yang liat sikit tu dia kumpul, then dia buang. Amboi,amboi,amboi. Nampak macam kaya sangat je. Padahal mak ayah yang bayar yuran makan segala bagai. Tambahan support sikit dari kerajaan negeri. Dah terlajak hidup senang, hujung roti pun dibuangnya, Alang-alang tak nak makan hujung tu, tak payahlah makan semua. Pass je kat kawan yang selalu lapar di kala malam hari ni (aku lah tu). Itulah lumrah pelajar sekarang. Kadang-kadang tu termasuk aku jugak. Kita tak merasa kesusahan dalam memperolehi kesenangan ni, so kita ambil mudah. Membazir je 24 jam. Kadang-kadang tu siap complain masakan tak sedap. Time aku rasa semangat nak ‘membasuh’ aku basuh lah diorang. Time aku malas, aku senyap.

            5) Bercerita tentang syukur. syukur ni biasanya kita peroleh bila kita pernah merasa susah. Ye, aku tahu aku dah cakap kat perenggan ke-2 tadi. Aku saja nak ulang lagi sekali. Dan sesetengah ulama’ melabelkan sifat bersyukur itu lebih mulia dari sifat bersabar. Manakan tidak, ramai orang boleh bersabar dengan ujian dan kesusahan yang dialaminya. Tapi bukan semua orang boleh bersyukur dengannya. Lebih teruk lagi apabila kita lupa bersyukur bukan sahaja pada kesusahan, tetapi juga kepada nikmat yang Allah berikan pada kita. Untuk yang terakhir, kata-kata yang entah aku kutip dari mana, aku kongsikan dengan korang semua.
Sekiranya kita hanya mengingati Allah di saat kita susah sahaja, maka Allah akan selalu timpakan kesusahan kepada kita kerana Allah rindukan rintihan kita dan, supaya kita sedar siapa diri kita di muka Bumi ini.”


*     *     *
PS:  Tangan gatal terasa nak menulis cerita. tapi apakan daya tak banyak membaca. Ku tangguhkan dulu niat ini sehingga habis exam sem satu :)

Aku dah nak menduduki peperiksaan. yes ! bahasa skema itu.
Tolong tadah tangan sekarang. Ye, sekarang ! And baca "Ya Allah, mudahkan urusan Amry Sajad dan jadikan dia insan yang rajin. Amin"

Friday 7 December 2012

Salam atau Assalam?


                  1)Minggu ni je ada satu kekecewaan yang aku rasa. Baru-baru ni aku dapat surat berantai. Huh! Padahal baru je minggu lepas aku post entri pasal surat berantai. Kalau korang tak baca lagi, silalah baca kat sini. Tapi kali ni surat berantai yang aku dapat berbentuk surat. Surat lah. Bukan email, bukan sistem pesanan ringkas (SMS) dan bukan pulak chat dari facebook. Dan, surat yang aku dapat kali ni bertulisan Arab daripada kawan sekuliah aku yang berbangsa Arab. Haha! Orang Arab pun tak terkecuali daripada percaya benda-benda ni. Kat surat tu tulis pasal orang yang dapat rezeki melimpah-ruah bila dia sebarkan surat tu kepada orang lain. Dan ada pulak yang mati beberapa hari lepas dia perlekehkan surat berantai tu. Aku ni macam mana pulak? Aku memang tak percaya dengan nikmat mahupun niqmat yang ada pada surat tu. Apa nasib aku? Dan sampai sekarang aku tak percaya. 

                      2)Kalau sebelum ni, aku ada cerita tentang penggunaan penulisan In shaa Allah (klik sini untuk ke entri). Sekarang ni aku nak terangkan tentang penggunaan ‘assalam’ (السلام) yang mengantikan penulisan ‘assalamualaikum’ (السلام عليكم) atau ‘salam’ (سلام). Bermulanya penggunaan ‘assalam’ ni apabila ada yang yang melarang orang ramai daripada menggunakan kalimah ‘salam’ kerana Allah pernah memerintahkan Nabi berpaling dari orang-orang yang meyembah berhala dan mengucapkan ‘salam’ kepada mereka. Peristiwa tersebut direkodkan dalam Al-quran :

Az-zukhruf : ayat terakhir, 89 " Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)".

Atas sebab tu lah kita dilarang menggunakan perkataan ‘salam’ dan perlu digantikan dengan ‘assalam’. Setakat ni korang boleh faham bahasa aku kan? Kalau tak boleh faham silalah selamkan kepala kedalam air sebab comfirm-comfirm korang tengah ngantuk dan hilang fokus. Kita teruskan lagi. Apa-apa pun, kita kena tahu bahawasanya perkataan ‘salam’ bukan sekali dua diulang di dalam Al-quran. Malahan banyak kali. Dan kebanyakannya membawa makna yang baik. Nak bukti? Aku boleh buktikan.

1) Yaasin : 58 "(Kepada mereka, ahli syurga diucapkan) "SALAM" sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang"
– SALAM diucapkan kepada ahli syurga.

2) Al-Hijr : 52 "Ketika mereka (malaikat) masuk ketempatnya, lalu mereka mengucapkan "SALAM". Dia (Nabi Ibrahim) berkata, kami benar-benar takut kepadamu"
- malaikat mengucapkan SALAM kepada Nabi Ibrahim

3) Yunus : 10 "Doa mereka (orang yang beriman) di dalamnya (syurga) ialah "Mahasuci Engkau Wahai Tuhan kami" dan ucapan penghormatan mereka ialah "SALAM" Dan penutup doa mereka ialah "Alhamdulillahi rabbilalamain""
-ucapan tahiyyat/penghormatan bagi orang-orang beriman di syurga ialah SALAM

4) Al-Furqan : 63 "Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata menghina) mereka ucapkan SALAM"
-hamba-hamba Allah yang rendah hati ucapkan SALAM dengan sabar walaupun dilontar kata-kata hina.

5) Al-Furqan : 75 "mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (di syurga) atas kesabaran mereka, Dan mereka akan disambut dengan penghormatan dan SALAM"
-ahli syurga disambut dengan penghormatan dan SALAM

            3)Ayat-ayat kat atas ni hanya sekadar yang aku jumpa dan yang aku perasan. Mungkin banyak lagi perkataan ‘salam’ yang aku tak perasan. So, kepada sesiapa yang melarang dari menggunakan ‘salam’ silalah tampil di sini dan nyatakan kenapa Allah gunakan perkataan 'salam' untuk tujuan baik lebih banyak dari untuk tujuan sebaliknya? Dan takkanlah kerana satu maksud ‘salam’ yang ditujukan kepada penyembah-penyembah berhala tu, kita abaikan pula ‘salam’ yang ditujukan kepada para nabi dan ahli syurga. Malahan Nabi Muhammad sendiri pun peroleh selawat dan salam dari ummat-ummatnya berkurun lamanya.


“صلاة الله سلام الله * على طه رسول الله”

'Salam’ kat atas pun tak ada huruf ‘ال’. Mungkin ada yang lebih cerdik dalam kaedah nahu (tatabahasa) akan cakap, huruf ‘ال’ tu dibuang sebab mudhaf dan mudhafun ilaih. Ini pulak jawapan aku: mudah je, dalam kaedah balaghah ada kaedah membuang musnad, atau musnad ilaih. Membuang mudhaf, atau mudhafun ilaih. Membuang fa’il, maf’ul, serangkap ayat, beberapa rangkap ayat dan banyak lagi. Dalam kes ‘salam’ jugak, boleh jadi huruf ‘ال’  dibuang kerana mudhafun ilaihnya ada - tapi dibuang.

            4)Dalam solat ada 5 rukun qauli (percakapan):
1) Takbiratul ihram,
2) Al-fatihah,
3) bacaan tahiyyat akhir,
4) selawat keatas Nabi dalam tahiyyat akhir
5) salam pertama.

Dalam tahiiyat akhir kita akan baca :
 ‘السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته. السلام علينا و على عباد الله الصالحين.’
Kedua-dua Assalam ini hukumnya sunat. Kita boleh baca macam ni :
‘سلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته. سلام علينا و على عباد الله الصالحين‘
tanpa ‘ال’ . Sumber, At-taqrirat As-sadidah, kitab feqh mazhab Syafie. 
Kat tahiyyat akhir pun kita boleh gunakan perkataan ‘salam’ ke atas Nabi Muhammad. Kenapa kita tak boleh gunakan perkataan ‘salam’ untuk manusia? Adakah kita mendoakan keburukan kepada mereka dengan menggunakan perkataan tersebut? Tidak sama sekali ! Seterusnya, antara ‘salam’ dan ‘assalam’ yang mana satukah yang lebih bagus untuk kita gunakan? Jawapannya gunakanlah ‘assalamualaikum’ sebab itulah ucapan yang Islam syariatkan. Kalau ada orang ucap ‘assalamualaikum’, kita wajib jawab dengan ‘waalaikumussalam’. Tapi kalau orang ucap ‘salam’ atau ‘assalam’, kita tak wajib jawab apa-apa. Nak jawab boleh, tak jawab pun tak apa.

            5)Sekarang kita dah sampai ke perenggan yang terakhir. Perenggan yang menyimpulkan hasil tulisan aku. Pertamanya, kita boleh tulis sama ada ‘salam’, ‘assalam’ mahupun ‘assalamualaikum’ kerana ketiga-tiganya bertujuan mendoakan orang muslim yang lain. Yang keduanya, jangan lah kerana maksud ‘salam’ yang satu tu, kita abaikan semua maksud ‘salam’ yang lain yang kebanyakannya membawa maksud kebaikan. Ketiganya, aku ni hanyalah budak yang baru belajar, jadi aku harap ada orang yang sudi tegur kesilapan dalam penulisan aku. Tak semestinya apa yang aku tulis ni betul semua. Kalau ada silap, silalah tegur kat sini ataupun kat facebook. Selamat menyokong aku ! :D