Blogger Widgets

Pages

Wednesday 19 March 2014

Marriage


       I have a mixed feeling about early marriage. Kadang rasa perlu, kadang rasa tidak.
Wow.
Takdelah.
Akhirnya sampailah jugak tajuk yang akan senantiasa menjadi bualan orang muda. Macam Solah kata, waktu umur 19 hingga 25 ni memang pemikiran kita cenderung ke arah situ. So, kalau aku tulis pasal kahwin, ini bukti yang aku ni normal lah, kan? Kan? Eh, bukannya maksud aku bila seseorang tu tak fikir pasal kahwin, dia tak normal. Tak, tak, tak. Mungkin aku ni je yang extra normal? Mungkin. Heh.
Begini.
Pemikiran kita tertakluk kepada persekitaran. Persekitaran pulak sentiasa berubah mengikut perubahan umur kita. Dan bila aku cakap pasal persekitaran, persekitaran tu luas. Pergaulan orang sekeliling tu persekitaran. Rancangan drama TV tu persekitaran. Kawan-kawan tu persekitaran. Pola perubahan tajuk bualan harian pun persekitaran. Kecenderungan ke arah pemilihan isi kandungan lagu tu persekitaran. Perubahan peringkat masyarakat pun jugak persekitaran. Macam yang aku cakap tadi, persekitaran sentiasa berubah mengikut perubahan umur kita. Kalau kecik-kecik dulu, persekitaran kita lebih cenderung kepada Power Rangers. Aku nak Ranger Merah, kau amek Biru, biar adik aku amek Ranger Hijau. Eh, kau Mat? Dah tak ada kaler lainlah. Kau ameklah Ranjer Merah Jambu.
Begitu.
Bila dah naik sekolah menengah, persekitaran lebih kepada pemberontakan. Aku nak ponteng kelas. Aku tak nak pakai tali pinggang. Aku nak bermasam muka dengan cikgu Kiah. Aku nak join tiga baris (baca: tiga line). Aku nak cerita pasal Kurt Cobain. Aku nak cerita pasal Megat A.C.A.B..
Begitu.
Bila dah masuk universiti, persekitaran cenderung kepada sesuatu yang lebih mencabar. Aku nak kahwin. Dia nak kahwin. Bila kau target kau akan kahwin? Senior Mazlan nak kahwin. Salmah dah kahwin. Mak aku ijinkan aku kahwin. Aku tak mampu nak kahwin. Tahun ni ada tiga pasangan nak kahwin. Junior Faizal akan berkahwin. Eh, jom kahwin!
Akhirnya begitu.

      Sekali lagi, pemikiran kita tertakluk kepada persekitaran. Kalau persekitaran aku asyik cerita pasal kahwin, secara tak lansung aku pun cenderung sekali untuk turut bercerita sama. Misy keda?

Friday 14 March 2014

Move On


       Hari ni aku mengadap laptop sorang-sorang kat bilik sebab kebanyakan kengkawan pergi main bola. Diorang ada ajak main sekali, tapi aku tak nak. I’m really not into it. Kalau futsal boleh je. Boleh dikatakan hari-hari aku main futsal lepas Asar. Walaupun futsal dengan bola lebih kurang sama, futsal tak banyak sangat pakai tenaga. Ok dah, kita pergi kepada cerita utama. Aku rasa semalamlah hari yang paling produktif pernah aku buat sepanjang minggu ni. Mungkin bulan ni. Mungkin jugak sepanjang 2014 ni.  Paginya aku berjemaah Subuh, lepas tu aku join mesyuarat penyelarasan untuk program persatuan pelajar, petangnya pulak aku pergi kelas Feqh dengan kengkawan yang lain. Tapi, tapi, hari produktif tak bermaksud hari yang menggembirakan. Tak semestinya menggembirakan. Begini kisahnya.

Thursday 6 March 2014

Ayat-Ayat Cinta


       Dua minggu lepas aku baru habis tengok cerita Ayat-ayat Cinta (2008) atau AAC karya Habiburrahman El-Shirazy. Aktiviti untuk melengkapkan winter break yang kosong. Kosong tu maksudnya bosan lah kan. Rutin harian aku masa cuti ni berulang benda sama 24/7 kecuali hari Rabu. Sebab pagi Rabu aku ada kelas Nahwu dan Balaghah. Nak sebut tu talaqqi pun segan jugak sebab tu je lah satu kelas talaqqi yang aku pergi setakat ni. Tak macam orang lain, aktif. Ok, berbalik kepada AAC. Agak lambat jugaklah aku menghadap cerita ni memandangkan AAC dikeluarkan tahun 2008, aku baru tengok tahun 2014. Dan, aku sangat tertarik dengan plot cerita dia. Oh ye, lepas aku tengok AAC ni baru aku sedar, cerita yang aku suka kebanyakannya ada part sedih sampai mengalir air mata. Contoh? Aku suka filem Hindustan yang memang diketahui banyak yang sedih. Even cerita kegemaran aku, Paulie (1998) pun ada scene sedih. Dan aku strongly suggest korang tengok cerita Paulie ni sebab jalan cerita dia memang menarik.
Dan try  tengok cerita Life of Pi.
Dan cerita The Croods.
Dan Cast Away.
Dan Up.
Dan Insidious.
Dan Taare Zameen Par.
Dan Usagi Drop.
Dan 3 Idiots.
Dan  Miracle Of Cell Number 7.
Dan Ghajini.
Ok, stop.