Blogger Widgets

Pages

Saturday 17 January 2015

Kenapa dan Kalau


Mungkin sekali lagi Che Hujan akan kata post aku ni melankolik.
Yes, it is.

Aku sakit lagi kali ini, sakit yang kongsinya aku rasa perlu,
Dan peritnya aku mohon kau faham, tahu, dan bantu,
Aku ke sini setelah sekian lama, juga atas sebab itu,
Waktunya dah tiba, waktu aku kongsi apa yang terbuku:
Ingatkah kau tentang apa yang pernah aku tulis dulu?
Ya, jika kau ingat, bermakna kau pernah ambil tahu tentang aku,
Atau jika kau tidak, kerana di sini kau juga masih baharu,
Hadirlah ke sini, rasa apa ku rasa, tahu apa ku tahu.

Rasakan Amry! Kau yang pilih jalan ini,
Apa orang kata dulu, pernah kau ambil peduli?
Berlegar kata mereka, bersarang di akal dan hati:
"Sekali kau disakiti, kau akan rasa lagi."

'Kenapa' dan 'kalau', istilah yang dah tak ada guna,
Entah mana baiknya andai aku ungkit semula.
Namun begitu, tetap ingin; dan izinkan aku bertanya.
Adapun kenapa, kenapakah aku orangnya?
Perlukah aku kau tikam untuk kali ke tiga?
Adapun kalau, kalaulah ku tolak gula-gula tawar tiada rasa,
Adailah ku tolak, pasti aku tak sengsara, (sebegini rupa)

Dulu kau datang kau janji takkan buat lagi,
Untuk ikhlas kau itu, dan bodoh aku ini, aku buka pintu hati,


Folks,
Love is - the act of letting somebody to hurt you,
while believing that they won't.

Amry Sajad,
17 Januari 2015