Blogger Widgets

Pages

Saturday 30 January 2016

Instablog


Happy 13th birthday to my beloved youngest brother, Adil!

Or here in Egypt we call Adel.

Dah besar lagi panjang kau sekarang (Series dia dah panjang gila). Gambar majlis khatam Quran pun dah macam gambar kawen.

Sekarang kalau salam aku depan pintu sekolah, tak bagi dah aku cium pipi. Maluu kawan-kawan tengok 😂.

Lastly, I quote from mom and I wish the same as what quoted:

"Buat anak bongsu ibu yg mula di ambang remaja, berhati- hati memilih kawan dan jgn bertindak mengikut perasaan, selamat menyambut ulangtahun kelahiran semuga menjadi insan yg berguna dunia dn akhirat aamiin."

Yup, please jangan bertindak mengikut perasaan.

Sayang awak Adil.

From me,
your once-you-love-the-most brother 😆

#happybirthday
#instablog

Wednesday 27 January 2016

Instablog


Time kalah pun kita update. Takkaaaanlah time menang kita tak update 😌

#HOGOH10 takde gi cari harta
#instablog
#hogoh
#sayabrokertiket

Monday 25 January 2016

Instablog


Alhamdulillah settle dah aktiviti pertama dari 6 aktiviti yg ada dalam list semalam. Walaupun semalam ada yang tanak pergi sebab risau Nur Malaysia ni tutup waktu malam.

Yang Nur Malaysia ni satu hal gak. Kenapa dia gi tulis kat menu dia yang restoran ni bukak dari 8 a.m - 8 p.m? Kan ramai yang tanak gi semalam. Haih.

___

Review.

Aku asek tersasul je sebut nama restoran ni Nur Kasih. Mentang-mentang takde orang nak kasih dah sekarang. Chet. Ok Nur Malaysia.

Tengok iklan dia semalam, kita dapat tau lah restoran ni restoran cawangan, main branch dia ada kat UK.

Layanan: Nak kata terbaik tu cam bohonglah. Just nice. Except for several dishes yang datang lambat.

Aku order hot chocolate, dapat sukkar and halib barrah kot. Memang kelas lah. Level-level restoran sungguh (kalau nak dibandingkan dengan kedai makan melayu lain kat sini)

Cuma jangan jakun je tengok kod pakaian pekerja dia. Diorang pakai songkok tinggi dengan kemeja. Semua bersongkok!

Venue: Tempat dia cantik. Kerusi dia ada kusyen (sebahagian). Tandas bersih. Interior design kemas. Nama je Nur tapi kedai dia gelap-gelap romantik waktu malam. Macam tempat orang kaya huhuwalauakutakadaduitsebenarnyahuhu.

Menu: Complete dari menu sarapan, goreng-goreng, western hinggalah desert. Macam-macam ada! Tapi atas menu je lah. Bila tanya balik banyak yang tak ada sebenarnya 😂. So yang kitorang order semalam just chicken chop, Set ayam goreng, burger daging dan roti garlic.

___

Aku cakap kat Zaim, restoran ni bayar sewa LE 20k sebulan. Mesti dia punya target besar per bulan. Semalam pun ramai customer. Full house.

Then aku tanya zaim, "Hari ni 24 Januari an? Agak-agak restoran ni ada lagi tak 24 Januari tahun depan?" Memandangkan kos dia yang tinggi dan infrastruktur dia yang mewah, tak sama macam kedai-kedai makan malaysia yang lain kat sini. Dan harga menu dia pun bukan harga bajet macam kedai lain.

Zaim jawab, "Insyaallah ada lagi. Tapi masa tu menu dia ada pakej student. Set A 10 genih set B 15 genih." Haha 😂

Moga perniagaan dapat berkekalan dan terus maju ye Nur Kasih!
Ok Nur Malaysia.

#instablog #nurmalaysia #winterbreak

Tuesday 12 January 2016

Queen of My Heart

Allah, heal my lovely mom.


***

Biasanya ayah yang akan ajar benda-benda berkaitan hidup. Ayah yang akan tegur bila kitorang anak-anak buat silap. Ayah yang bagi kata-kata semangat dan hikmah, yang mana kalau aku ingat mesti aku bukukan. Ayah yang ajar  macam mana jaga mulut, jaga badan supaya tak sakitkan perasaan orang, macam mana nak buat baik dengan sanak saudara, cikgu dan kawan, macam mana nak komunikasi dengan orang, macam mana nak hadapi perangai sesetengah orang yang sangat memberi impak negatif pada kita. Ayah ajar semua tu. Ibu? Ibu tak. Mungkin ibu bukan orang yang pandai bercakap. Mungkin ibu tak ada pengalaman sangat. Mungkin ibu rasa tanggungjawab untuk buat macam tu dah tak ada, sebab ayah monopoli semua, eheh.

Tak sebenarnya. Ada jugak benda yang perlu dia kata. Ada jugak masin garam yang dia nak tunjuk kat anak dia. Lagi-lagi anak dia yang ni, yang namanya Saiful Amry, yang sebenarnya baru lagi dapat berdiri walaupun nampak macam dah pandai berlari. Sebab anak-anak lain dah pandai lari, dah uruskan keluarga, dah bekerja, dah bermasyarakat. Amry ni nak berdiri pun kena pimpin lagi. Jatuh pun belum banyak. Kalau jatuh pun tak ada kulit yang koyak, tak ada seluar yang rabak. Masih sikit jatuhnya.

Tahun lepas aku balik Malaysia. Baru aku mula tanya ibu tentang itu ini sebab aku dah mula berdiri. Banyak yang ibu mula kongsi. Ibu cerita macam mana mula hidup dia dengan ayah.

Friday 8 January 2016

Instablog


There, photogenic me 🙈 the only one who is smiling at the camera.
This event taken place yesterday where we were celebrating our abang long @ilmanyusof92 's 24th birthday.

 I was wondering too, where were you when this picture is taken? This is your birthday party, not mine.

Sorry bro, it wasn't my intention to steal the centre-of-attention title from you. But well, me being me, I always attract people.

Bluergh.

Anyway, I wish for your success in your imtihanat and your life. I wish, wherever you go, whenever you are, whatever your decisions will be - major or minor ones - you will be always guided by Allah.

Special thanks to @iamzulkarnain158 who his name mentioned semalam by ilman for being the only one who wished ilman happy birthday.

Sambung study Feqh.

#instablog #terobek

Saturday 2 January 2016

Instablog


Dengan ini, saya menyambut seruan #2kerja yang di sebut oleh pak menteri, Ahmad Maslan. Saya pelajar. Saya juga menjual tiket flight. Sebenarnya belajar ni bukan kerja pun.. . ..tapi penat kot! So dianggap kerja jugak, boleh? Nama customer dikaburkan supaya orang Pahang tak tau sape yg bakal balik winter break ni. LOL. ادعوا لي كي أنجح في الاختبارات القادمة. #sayabrokertiket #suamikubrokertiket #sayajual #saiataakuad #instablog