Hari ni aku
mengadap laptop sorang-sorang kat bilik sebab kebanyakan kengkawan pergi main
bola. Diorang ada ajak main sekali, tapi aku tak nak. I’m really not into it. Kalau futsal boleh je. Boleh dikatakan hari-hari
aku main futsal lepas Asar. Walaupun futsal dengan bola lebih kurang sama,
futsal tak banyak sangat pakai tenaga. Ok dah, kita pergi kepada cerita utama. Aku
rasa semalamlah hari yang paling produktif pernah aku buat sepanjang minggu ni.
Mungkin bulan ni. Mungkin jugak sepanjang 2014 ni. Paginya aku berjemaah Subuh, lepas tu aku join mesyuarat penyelarasan untuk
program persatuan pelajar, petangnya pulak aku pergi kelas Feqh dengan
kengkawan yang lain. Tapi, tapi, hari produktif tak bermaksud hari yang
menggembirakan. Tak semestinya menggembirakan. Begini kisahnya.
Friday, 14 March 2014
Thursday, 6 March 2014
Ayat-Ayat Cinta
Dan try tengok cerita Life of Pi.
Dan cerita The Croods.
Dan Cast Away.
Dan Up.
Dan Insidious.
Dan Taare Zameen Par.
Dan Usagi Drop.
Dan 3 Idiots.
Dan Miracle Of Cell Number 7.
Dan Ghajini.
Ok, stop.
Tuesday, 10 December 2013
Useless
"Am, ajarkan Sorof kepadaku."
Balasku, "Aku tak tahu."
Kemudian aku diam membisu
Yang bertanya hanya memandang buku
Cuba memahami ilmu yang baru
Baru baginya, lama bagiku
Cabang ilmu Bahasa Arab itu
Dulunya ilmu kegemaranku
Tapi tika yang bertanya perlu pengantara ilmu
Kenapa ku tolak dengan senyum silu?
Bukan, penyebabnya bukanlah malu
Kerana berbicara sangat mudah bagiku
Bukan juga kerana ku rendahkan diri
Bukan itu sebabnya tuk tidak membantu
Bukan di dada duduknya ilmu!
Nah, inilah sebab nombor satu
Sebab ku tolak tuk berkongsi ilmu...
...bersama yang bertanya, bersama yang tidak tahu
Tidakkah di dada tempatnya ilmu?
Bukanlah kitab kecil dan juga buku
Jika tak diusik, tebal berdebu
Dada suci yang diisi ilmu
Boleh menjawab sekuat mampu
Apa pun soalan, apa pun ilmu
Baik sorof mahupun Nahwu
Layaknya aku masih di sini
Masih mengaji di tahun satu
Sahabatku sedang pantas berlari
Sedangkan aku masih belajar berdiri
Tatkala ada yang perlu dibantu
Aku cepat mengalah kerna tidak mampu
Menolak kerana tidak ku hadam ilmu
Lalu datang si pelari laju
Meninggalkan aku yang berdiri kaku
Menghulur tangan kepada yang bertanya
Memandangnya diriku membatu
Mendengarnya lidahku kaku
Memikirkannya tubuhku malu
Si pelari berkata, "Boleh aku bantu?"
posted from Bloggeroid
Wednesday, 20 November 2013
Kembali
Bersarang. Bersarang ialah perkataan cliché yang digunakan oleh para blogger budiman untuk mentafsirkan bahawa blog mereka jarang dibuka atau diupdate. Oh, tak tahu maksud cliché? Cliché maksudnya sesuatu perkara itu biasa disebut atau dilakukan sehingga menerbitkan rasa muak dan bosan. Haa, part muak bosan tu aku saja tambah. Tapi lebih kurang macam tu lah erti makna cliché. Faham kan? Contoh benda cliché? Cerita Melayu yang memaparkan watak orang bandar sebagai antagonis/watak jahat. Orang-orang kampung pulak watak baik/sopan/tak ada kecacatan/serba tahu dan lain-lain lagi. Ataupun watak mak tiri yang jahat. Pernah tengok mak tiri yang baik plus penyayang dalam cerita Melayu? Aku rasa tak pernah. Cliché kan? Berbalik kepada bersarang, ianya perkataan cliché yang kita selalu jumpa bila
Wednesday, 14 August 2013
Baba dan Aish
1)Tersedia maklum, aku sangatlah menyukai budak-budak kecik
yang comel-comel. Jadi bila aku tau yang anak buah aku, Aish Mustofa akan
datang ke Mesir untuk bercuti dengan Abinya, maka aku sangatlah seronok. Aish
Mustofa. Nama diberikan oleh kedua-dua Ummi dan Abinya. Umminya memilih Aish,
sekadar meng-lelaki-kan nama Aishah yang bermaksud kehidupan. Mustofa pulak
bermaksud ‘terpilih’, nama yang diberi oleh abinya sempena nama guru Arab Mesir
yang banyak mengajar Abinya kat Mesir. Disitulah terbitnya nama Aish Mustofa,
belum pun cukup setahun umurnya. Dan dia sangat-sangatlah comel. Ha sebelum tu.
Semua pakcik makcik haruslah ada gelaran untuk anak-anak buah kan? Contohnya
Pak Long, Pak Uda, Pak Teh, Mak Tam, Mak Ngah dan lain-lain. Untuk aku,
anak-anak buah aku kan ku suruh mereka panggil aku Baba. Haa, unik kan? Baba samalah
maksudnya dengan ayah, bapak, abi, walid, papa, daddy dan lain-lain. Perkataan
Baba ni selalu digunakan orang Arab Mesir dan pasangannya ialah Mama. Aku pilih
Baba sebab aku nak anak-anak buah aku baik dengan aku. Chewah. Kenapa Baba?
Kenapa tak ayah or bapak or walid? Aku pilih Baba sebab ustazah aku yang aku
sayang and suami dia yang rindu + hormat gunakan Baba dan Mama. So aku just
copy paste je gelaran tu.
2)Mula-mula aku jaga Aish ialah masa aku, abang, kakak ipar
dan Aish pergi bercuti summer break ke Matrouh dan Siwa. Of courselah ‘ala
hisabi akhi (abang aku belanja). Kalau nak harap duit aku, memang sampai balik
Malaysia pun aku tak berjalan kat Mesir nih. Tak ada apa-apa masalah. Aish ok
je. Budak baik. Tak memilih orang. Dengan sesiapa pun dia boleh masuk asalkan
dia tak nampak ummi dia. Tapi kalau
Subscribe to:
Posts (Atom)




