Blogger Widgets

Pages

Showing posts with label Apa Maksud. Show all posts
Showing posts with label Apa Maksud. Show all posts

Sunday, 18 May 2014

Apakah Maksud: Kata Nama Konkrit dan Kata Nama Abstrak

      Kata nama terbahagi kepada dua, khas dan am.
Kata Nama Am pulak terbahagi kepada dua, Kata Nama Am Konkrit dan Kata Nama Am Abstrak.

Kata Nama Am Konkrit
Kata nama bagi sesuatu yang wujudnnya boleh dikesan oleh pancaindera. Boleh dilihat atau disentuh. Dalam istilah sainsnya kita sebut sebagai jirim.

Contoh: Orang, dinding, kayu, kucing dan udara.
Walaupun udara tak boleh dilihat dan disentuh, ia termasuk dalam kategori jirim.

Kata Nama Am Abstrak.
Kata nama bagi sesuatu yang wujudnya bukan secara fizikal. Tak boleh dirasai dengan pancaindera i.e tak boleh dilihat, dihidu, didengar, disentuh dan dirasa.

Contoh: Hidup, hairan, karenah, misteri, ketakutan, cemburu, dsb.

Monday, 14 April 2014

Apa Maksud : Plagiarism

       Plagiarism ialah perkataan bahasa Inggeris yang ditranslate terus ke dalam bahasa Melayu sebagai 'plagiat'. Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, plagiat bermaksud : hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya sendiri (biasanya dalam hal karang-karang mengarang). Memplagiat = mencedok karya/tulisan orang lain dan menyiarkannya sebagai karya sendiri. 

Plagiarism juga pernah diamalkan oleh sasterawan Arab dengan mengaku bahawa sesebuah syair itu milik mereka, walhal milik sasterawan terdahulu sebelum datangnya Islam lagi.