Blogger Widgets

Pages

Thursday, 9 August 2012

Akhirnya Terpisah Juga


Assalamualaikum. Tahniah, tahniah. Menjadi yang terpilih. Sorry lah tak dapat join korang. Tak ada rezeki untuk aku.

          SMS dari Khairun Nas. Benda yang aku tak sangka. Tapi itulah realiti. Khairun Nas, kawan baik aku kat sekolah dulu tak dapat teruskan pelajaran ke Mesir. Siapa yang tak sedih? Kawan yang paling memahami dah tak ada di sisi. Daripada 50 pelajar daurah (kursus) bahasa arab kitorang, cuma lima orang saja yang lulus dalam Imtihan Qabul (IQ).

          Benda ni betul-betul tak dijangka. Khairun Nas pelajar terbaik kat sekolah aku. Dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2011, cuma dua orang saja dari seluruh negeri Pahang yang peroleh 10A straight. Khairun Nas dan ketua daurah kitorang. Aku sekadar berpuas hati dengan 8A.

          Aku terkejut bila ketua daurah bagitahu, aku tersenarai dalam enam orang pelajar Pahang yang berjaya dalam IQ.
Pelajar yang lulus IQ di negeri Pahang ada enam orang je. Semuanya lelaki. Ana, enta, Fauzul, Hakim, Sofian pelajar dari daurah lain dan…
Khairun Nas?
…Zulkarnain.
Nama Khairun Nas tak ada?
Tak..
Semua bayangan tentang aku dan Khairun Nas belajar sama-sama kat Mesir hilang macam tu saja. Tu semua tinggal angan-angan.

         Khairun Nas antara kawan paling akrab dengan aku. Kitorang selalu makan sama-sama. Belajar sama-sama. Berjalan sama-sama. Jatuh sama-sama. Bangkit sama-sama. Dia tempat rujukan kalau aku tak faham sesuatu. Aku rujukan dia kalau  berlaku perkara yang sama. Dia tempat berkongsi cerita. Tempat berkongsi rahsia. Tempat berkongsi perkara yang kitorang sama-sama minat. Tempat mengadu kerisauan.

                                                                               :::   Amry Sajad   :::                                 :::   Khairun Nas   :::



          Sungguh, Khairun Nas kawan yang baik .Mungkin lepas ni kitorang dah tak sama. Dia kat UM, aku di Al-azhar kalau Allah izinkan. Kita akan jumpa kawan-kawan lain kat sana. Tapi kenangan kita sama-sama dulu tetap aku ingat. Moga aku dan Kairun Nas tetap di jalan yang Allah redhai walau ke mana kitorang berada. Persahabatan ini kerana Allah. Perpisahan ini juga kerana Allah.


Allah tidak memberi apa yang kamu hendak.
Tetapi Allah memberi apa yang kamu perlu.


::                               Khairun Nas                                         Amry Sajad                            ::         


         
         
                                                                                                                                                                

Wednesday, 8 August 2012

Aku Sebagai Guru : Unorthhodox

          Aku dah mula mengajar adik-adik kat asrama. Aku buat kelas tambahan bagi sesi malam sebelum diorang minum malam dan tidur. Kelas tingkatan 4 sahaja. Aku ajar dua subjek Sijil Menengah Agama (SMA), Balaghah dan Nahu.

          Macam biasa, pelajar dalam mana-mana kelas tak semua yang nak belajar dan faham macam tu saja. Ada yang aktif, yang pasif, yang kuat bermain, yang kuat bercakap, yang fokus, yang senang teralih tumpuan dan yang acuh tak acuh. Apa perlu aku buat? Aku tak kisah betapa kuat diorang main atau bising, asalkan diorang faham apa yang aku sampaikan. So, aku tetapkan beberapa perkara menarik dalam P&P aku.

          Aku yang dah 12 tahun jadi pelajar ni dah tentu faham, ada beberapa perkara yang menarik tentang pelajar-pelajar sekolah. 
1) Ramai pelajar yang lemah menghafal. Tapi lagi ramai yang malas menghafal. 
2) Pelajar cepat teralih fokus kalau kelas tu boring.  
3) Lumrahnya (mungkin sesetengah tempat sahaja) pelajar lelaki lebih ngam dengan guru perempuan. Macam tu juga sebaliknya.

Bila aku masuk ke kelas, aku terus tulis satu ayat dalam bahasa Arab kat papan hitam. Apa-apa saja. Utnuk menarik minat diorang. Ayat pertama yang aku tulis untuk kelas pertama aku :

من قال قال الله فهو كافر

Kalau orang yang tak tahu, mungkin dia akan translate macam ni

       "Barang siapa yang mengatakan Allah itu berkata-kata, maka dia jatuh kafir."

          Kalau kau terkejut, budak-budak yang aku ajar lagi la terkejut. Aku cakap pada kelas aku yang aku akan terangkan makna kata-kata ni di akhir kelas. Itu sekadar penarik minat. Lepas tu kelas aku jadi meriah. Unsur-unsur humor pun aku letak dalam proses P&P ni. Supaya diorang lebih minat untuk hadir ke kelas walaupun penat. Banyak lagi perancangan yang aku buat untuk perbaiki kelas aku dalam masa akan datang. Insyaallah, dengan pertolongan Allah la perkara ni berjaya.

          

p/s : maksud sebenar ayat kat atas tu

"Barang siapa yang mengatakan Allah itu tidur di siang hari, maka dia jatuh kafir."


Monday, 6 August 2012

Helang & Olimpik



             
Aku tengok tajuk ni aku pun tak faham. Apa kena mengena helang dengan olimpik kan? Tak ada kena mengena pun sebenarnya. Aku pilih tajuk ni sebab dah tak ada tajuk lain. ( kau biar betul Amry?). Ok, tajuk ni sebenarnya aku ambil dari ceramah free Ustaz Abdul Karim kat sebuah kedai makan. Kalau kau tak kenal Ustaz Karim, boleh lah pergi ke entri aku ni di sini. Macam ni, dua bulan lepas aku dengan kawan-kawan melawat sekolah lama aku kat Pekan, Pahang. Setelah sekian lama tinggal kat rumah, kebosanan luar biasa melanda diri aku. Budak-budak lepasan SPM mesti faham perasaan ni kan? kan? Bosan duduk terperap kat rumah. So, kitorang pun ambil masa empat hari tinggal kat rumah guru MUET kitorang, Sir Mishkat sambil-sambil tu boleh melawat sekolah sebab dekat. Sampai mana tadi? Ha ! Ustaz Karim pelawa aku, Khairun Nas dan Anwar untuk teman dia minum pagi kat gerai makan. Perasaan aku ketika itu?
  Yeay ! Minum lagi !

Sesampai je kitorang kat gerai tu, baru aku and the gang perasan, kitorang baru je pergi gerai tu pagi tadi dengan ustaz Ruzlan dan Sir Mishkat -_-“. So, kitorang pun cakap kat Ustaz Karim.“Kami minum je ustaz. Tadi dah keluar makan dengan Ustaz Ruzlan”.  Ustaz cakap kat pemilik gerai, “Rebuskan saya telur ye Mak Ngah, tiga suku masak. Budak-budak ni dah makan katanya tadi ”.  “Makan kat sini jugak pagi tadi, ustaz. Hehe” tambah aku. Walaupun dalam hati kitorang ada sikit perasaan gerun dengan ustaz Karim, kerana hormat mungkin. Mak Ngah berlalu ke dapur. “Kenapa tak cakap awal-awal tadi? Saya tak tahu kamu makan kat sini. Kalau tak boleh pergi gerai lain.” “Tak ape ustaz.”, kata Khairun Nas.

Anwar mulakan topik perbualan. Dia bercerita pasal  kerisauan kitorang yang akan menduduki ujian kemasukan (Imtihan Qabul @ IQ) ke mesir tak lama lagi. “Kitorang risau IQ ni ustaz. Macam susah je”, kata Anwar. Ustaz nasihat kami, “Kamu kena letak diri kamu di atas. Jangan letak dibawah. Kalau kamu letak diri kamu dibawah memang la tak lulus.” Aku dapat tangkap sikit je kata-kata Ustaz Karim. Sebab aku tengah mengelamun masa tu. Ustaz Karim sambung “Helang terbang tak basah bila hujan turun. Sebab dia terbang di atas awan. Burung-burung lain yang terbang di bawah awan, memang basah bila hujan turun. Macam tu jugak kamu semua”. Itu dia falsafah Ustaz Karim. Aku tak pasti pula helang terbang kat atas awan. Ustaz selalu tengok National Geographic mungkin . Aku suka dengar ceramah ustaz Karim kat surau, berunsur humour dan penuh dengan perumpamaan-perumpamaan. Macam helang ni.

“Tahun-tahun sebelum ni IQ takde kan ustaz? Zaman kitorang ada pulak.” Kata Anwar. Ustaz Karim cakap “Memang dulu tak ada.Tapi kamu tak boleh buat perbandingan mengikut zaman. Zaman dulu dan zaman sekarang tak sama. Dulu ada sebuah je universiti, sekarang dah banyak.” Tiba-tiba aku rasa macam nak pasang telinga. Saat-saat manis adalah bila dapat tengok kata-kata Anwar dipatahkan oleh orang yang lebih berilmu. Yes !! “Kalau dulu orang-orang kampung hairan macam mana ada orang dapat masuk universiti, zaman sekarang ni orang hairan macam mana ada orang tak dapat masuk universiti.” Betul tu ustaz. Persaingan sekarang makin banyak, orang pandai berlambak-lambak ! “Cuba bandingkan juara-juara lumba lari olimpik zaman dulu. Kalau nak tengok pada rekod sekarang, tak ade seorang pun juara olimpik zaman dulu boleh kalahkan pelumba lari olimpik sekarang. Peringkat saringan mungkin diaorang tak lepas.

Helang & Olimpik? Boleh lah.


Betul apa yang ustaz cakap. Makin lama makin ramai orang yang lebih berbakat. Rekod-rekod lama semua dipecahkan. Begitu juga dari sudut pembelajaran. Ramai persaingan pada zaman kita ni. Ustaz Karim menyambung “Dulu saya tak percaya bila orang cakap, orang-orang yang ada MA cuma mengajar sekolah rendah je masa akan datang. Dan saya sempat melalui zaman itu. Sekarang zamannya. Cikgu-cikgu sekolah kita ada yang berijazah. Tak pelik pun. Zaman kamu nanti, entah-entah perlukan Ph.D kalau nak mengajar di sekolah rendah. Entah-entah Ph.D pun tak laku. Kena ada dua, tiga Ph.D”. Perlu gandakan usaha kita la nampaknya. Jangan berhenti sekadar itu. Jangan berusaha seperti usaha kebanyan orang. Jadikan ia berkali ganda. Dapatkan lebih dari kebiasaan, kerana ia berbaloi apabila kita tiba kat zaman tu. Zaman anak-anak darjah dua menggunakan komputer untuk menyiapkan kerja rumah walaupun pendidikan seni
-_-“.  Tak beragak lansung ! haha.

Wednesday, 1 August 2012

Aku Sebagai Guru



Tengah aku tunggu bas, sempat aku surf internet untuk update blog. Bas bertolak lagi dua jam, tapi aku dah terpacak kat Terminal Bersepadu Selatan dari pukul 9:00 pagi. Nasib baik kat sini ada wi-fi. Kalau tak tak tahu nak buat apa. Aku dalam perjalanan ke Kluang, Johor. Tujuannya untuk tolong sekolah menengah agama tempat aku belajar dulu. Kat sana kekurangan kaki tangan lepas perginya salah seorang cikgu aku ke rahmatullah.

Adik aku cakap kelas banyak kosong. Buat masa sekarang cikgu-cikgu sibuk mesyuarat tentang urusan sekolah dengan kementerian pelajaran. Sekolah tu sekolah swasta. Kerajaan nak ambil alih pentadbiran dan dijadikan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Aku baru habis Sijil Tinggi Agama. Mampu ke aku nak mengajar adik-adik kat sana? Adik aku pun kat sana jugak. Ah, haru.. haru..

Kat sana, dah ada kawan-kawan aku yang tolong sekolah. Kawan yang sama batch dengan aku dua orang. Senior tahun satu dari  mesir seorang. Senior dari UIA seorang. Semuanya tengah cuti ataupun tunggu panggilan universiti. So, aku takdelah kekok sangat nanti.

Tak banyak subjek yang boleh aku ajar. Kebanyakannya subjek agama. Kalau subjek-subjek PMR atau SPM, aku kena bukak buku seminggu baru boleh mengajar. Mungkin subjek Nahu, atau Sorof. Atau mungkin subjek Bahasa Arab Tinggi. Tu je la subjek-subjek yang aku terdaya. Yang lain mungkin susah sikit. Aku pun tengah fikir cara mana nak bagi adik-adik tu faham apa yang aku ajar. Lumrah dalam sebuah kelas, ada yang aktif, ada yang pasif. Ada yang kuat ingatan, ada yang lemah. Biasanya si kuat akan kuasai susasana kelas. Menjawab kebanyakan soalan yang ditanya. Banyak mencuba. Fast-learner. Aku takut si lemah akan terus ketinggalan.

Baru aku teringat.
Assalamualaikum, bu. Ayah tidur lagi eh?”, ayah  tidur sebab penat memandu semalaman.
Waalaikumussalam, haah. Kenapa?
Nak mintak ayah tolong hantarkan tuala lah. Am tertinggal tuala kat bilik.
Ok, nanti ibu kejut ayah.”

      Tak sampai hati pulak aku kacau ayah aku berehat. Nasib baik rumah aku dekat dengan terminal. Tak lama lepas tu, ayah datang dengan motor. Bukan seorang, tapi dengan mak aku sekali. Hmm, My parents.


::: Teringin nak mengajar budak sekolah rendah. Tapi kawan aku kata 
"L A G I   S U S A H" :::





Mat luthfi, Khairun Nas & Abdul Karim.




                      Siapa yang tak kenal kenal Mat Luthfi angkat tangan ! Sungguhpun aku tak nampak, angkat je tangan kau sebab aku nak banci. Ok? Satu, dua, tiga, empat..
Kau kenal Mat Luthfi la gamaknya. Dari tadi tak angkat tangan. Mat luthfi seorang Vlogger di youtube. Aku blogger, dia vlogger. Nampak tak beza dia ? huruf depan je kan ? Aku pun nampak tu je bezanya :D. Famous kot mamat ni.
Sebenarnya dia inspirasi aku untuk tulis blog. Dia boleh sampaikan mesej melalui video, so aku rasa aku pun boleh sampaikan mesej melalui penulisan. Video-video dia memang kreatif dengan jenaka dan mesej. Dia ni jugak cerdik dalam akademik. Sekarang ni dia belajar kat Australia rasanya.

                                                              


*             *             *

                       

         Yang atas ni salah satu dari status FB kawan aku, Khairun Nas. Dia suka update status berunsur peringatan. Jadi aku pun teringin nak buat macam dia. Korang-korang pun boleh jugak update status macam ni. Tak payah tunggu orang like atau pun komen. Sebab niat kita bukan nak dapat likes or comments. Tapi kita nak redha Allah. Am I right ?
*           *           *

\


          Dia ialah ustaz subjek Al-quran dan Usul Feqh aku kat sekolah. Dia banyak menulis sendiri, bukan sekadar copy/paste. (Uztaz kan). Kalau macam aku ni, banyak copy/paste je. Asalkan diri sendiri dan orang lain dapat manfaat, Alhamdulillah. Ustaz Karim selalu ajak orang meng-update status facebook dengan perkara bermanfaat. Dia pernah tegur cikgu sekolah aku di FB sebab cikgu tu update facebook tentang zodiak-zodiak. (Untuk pengetahuan semua, perkara tu syirik. Elakkan walaupun sekadar main-main). Katanya, “Janganlah kita update di facebook dengan perkara-perkara macam ni. Kalau seseorang baca dan kebetulan berlaku perkara seperti ramalan zodiak ini dan dia mempercayainya, maka jatuh syirik dan kita juga dapat sahamnya”.

          Aku suka baca tulisan-tulisan ustaz Abdul Karim. Dah banyak tulisan dia di facebook. Ada cerita, ada perkongsian ilmu dan ada perbincangan hukum.
Motif entri ni? Aku saja nak bagitahu korang nama orang-orang yang mendorong aku buat blog. Diaorang sampaikan  mesej kepada orang lain. Aku pun cuba untuk jadi macam tu. Kau yang tengah baca blog ni pun boleh buat macam ni. Kalau ada facebook lagi senang. Update status kau dengan sesuatu yang bermanfaat, yang mana jika diamalkan oleh orang lain dia dapat pahala. Copy paste pun takpe. Bukan susah. ‘Ctrl + c’ kemudian ‘ctrl + v’.

       Janganlah asyik update pasal putus cinta, perasaan jiwa , nak pergi shopping, kesedihan akibat di-reject, gaduh dengan member, HP rosak, sinopsis Running-Man, Taylor Lautner hensemlah, Amry comel lah (hadoi !) dan lain-lain.
Sila abaikan aku, jangan abaikan mesej aku :D