Blogger Widgets

Pages

Saturday, 10 November 2012

عِنْدَمَا يُسَبِّحُ الحُبّ


1)Assalamualaikum. Kepada kau yang tengah membaca, sihat? Dah solat? Alhamdulillah. Doakan Amry Sajad pun sihat dan dah solat. Baru-baru ni aku tengok cerita Indonesia yang pernah famous dulu, عندما يسبّح الحبّ ataupun lebih mudah kita kenal sebagai “Ketika Cinta Bertasbih” (KCB). Cerita ni dah lama, tapi aku baru start tengok bila sampai kat Mesir sebab latar belakang cerita ni kat mesir. Aku excited bila nampak tempat-tempat familiar dalam cerita tu. Haha. Kat entri yang lepas aku ada cerita pasal Mesir. Aku ada cerita pasal cara-cara nak melintas jalan kat mesir ni. Kat KCB ni lah aku jumpa situasi melintas jalan tu untuk kongsi dengan korang. Take a look.

1. Melintas dengan yakin
2. Melintas sambil melihat kereta yang menyusur
3. Melintas dengan gaya berdiri diam
4. Sama dengan no. 1
2)KCB ni adalah asal tulisan tangan Habiburrahman. Seorang penulis novel yang terkenal. Banyak cerita bergenre cinta-Islamik. Sangat Islamik . Cerita cinta yang dia karang selalunya menggunakan watak-watak yang dah faham Islam dan syariatnya. Batas-batas pergaulan pun di jaga. Watak-watak ni jugak mendahulukan cinta kepada Allah berbanding cinta manusia. Malaysia pernah jugak cuba untuk buat cerita cinta-islamik baru-baru ni. Tapi pada pendapat aku cerita tu sangat-sangat fail. Tak menggambarkan masyarakat yang faham batas-batas Islam. Tapi aku puji sebab ending cerita tu tak cliché.

3)KCB cerita tentang dua watak utama. Abdullah Khaerul Azzam dan Ana Althafunnisa’. Kedua-duanya graduan Al-azhar yang dah sampai masa mencari pasangan hidup. Kalau kita tengok memang seronok. Cerita ni tunjuk kat kita apa itu jodoh. Abdullah Khaerul Azzam berulang kali mencari perempuan untuk dijadikan isteri, tapi tak kesampaian. Lebih kurang 6-7 orang jugak lah yang dah jadi bakal-isteri-tak-jadi dia. Rasa  kesian pun ada jugak bila tengok Khaerul Azzam ni. Tapi dia tetap sabar. Sebab perkara-perkara tu terjadi mesti ada hikmahnya.

4)Akhirnya, Khaerul Azzam berhasil mengahwini gadis idamannya, Ana Althafunnisa’ (part ni korang kena baca dengan dialek Indonesia). Apa pulak kaitan cerita KCB ni dengan korang dan aku?  Macam ni, hari tu aku ada telefon kawan aku kat Malaysia. Sampai satu part tu kawan perempuan aku tanya soalan ni :
Am, orang-orang Arab lawa tak?”. 
Kejadah apa soalan kau ni? Kenapa tak tanya orang Arab hensem ke tak?”. 
"Takde lah. Amanda (bukan nama sebenar) suruh aku tolong tanyakan. Dia kata pakwe dia ada kat Mesir sekarang ni. So, dia risaulah kalau-kalau pakwe dia sangkut dengan perempuan Arab.”. 
. . .  ”.        Kenapa dia nak risau kalau pakwe dia suka dengan perempuan Arab? Padahal kat sini bukan main ramai lagi perempuan-perempuan Melayu. Patutnya tu yang dia kena risau. Haha! Kalau ada jodoh tak kan lari ke mana lah mak cik. Kalau tak ada jodoh, sedarlah yang dia bukan yang terbaik untuk kita. Bersabar lah macam Khairul Azzam.


*     *      *

            5)Aku pernah pernah belajar pasal syarat-syarat amalan diterima Allah. Syarat-syarat yang aku tahu ada dua je. Tapi lepas aku duduk kat Mesir, aku dapat ilmu yang aku tak tahu; syarat yang ke-3. Kalau kita nak amalan kita diterima Allah, kita tak boleh makan makanan yang haram. Sebab disebut dalam hadis, “Barang siapa memakan makanan yang haram, tidak akan diterima amalnya sedikit pun, baik yang sunnah mahupun yang wajib.”. Syarat yang pertama dan ke-2 nanti aku bagitahu kat entri lain. Aku nak jimatkan kuota 5 Perenggan. Haha! Lastly, bila ditanya, 
Am, orang-orang Arab lawa tak?”. 
Aku jawab 
Orang Arab tengok perempuan Melayu ni lawa. Orang Melayu tengok orang Arab pun lawa”.

famous - terkenal
familiar - biasa; lazim (dengar; lihat)
take a look - silakan lihat
ending - pengakhiran
cliché - ungkapan atau idea yang dah basi.

Tuesday, 23 October 2012

Masak dan Imam



Korang pernah dengar tak statement macam ni : “Kalau perempuan mesti pandai masak, lelaki mesti pandai jadi imam.” Ayat ni kira macam ayat pertahananlah. Kalau orang lelaki asyik suruh perempuan belajar masak sebelum kahwin, diorang boleh guna ayat ni untuk buat sang lelaki fikir 4 kali sebelum cakap benda ni lagi. Tak kesahlah apa pun tujuan statement ni dibangkitkan. Cumanya statement ni timbulkan dua soalan besar untuk diri aku sendiri. 1) Perlu ke semua perempuan pandai memasak? 2) Susah ke bagi seorang lelaki yang tak gila, cukup umur, Muslim dan sempurna panca indera untuk jadi seorang imam dalam solat?

          Aku jawab balik soalan yang aku timbulkan ni. 1) Tak perlulah untuk seorang perempuan pandai sangat masak. Sebenarnya tu bukan kerja korang pun. Lepas kahwin pun boleh belajar, tak ada masalah. 2) Tak susah. Selesai sesi menjawab.

          Huraian untuk jawapan pertama aku. Kenapa aku kata perempuan tak perlu pandai masak? Aku pernah pergi kem Cintai Rasulullah masa sekolah menengah dulu. Ada seorang penceramah yang merupakan kaki tangan tinggi kerajaan. Pangkat besar, gaji besar. Tiap-tiap hari dia yang masak untuk keluarga dia. Katanya kerja memasak bukan kerja sang isteri. Kerja sang isteri adalah melayan suami. Wah, bertuahlah isteri dan family dia. Sebelum tidur dia akan siapkan barang-barang memasak untuk hari esok. Kalau ye pun isteri kena masak untuk suami, tak jadi masalah kalau kemahiran memasak tu diasah lepas kahwin.

          Untuk jawapan kedua pulak. Kenapa aku kata tak susah jadi imam? Sebab hakikatnya memang tak susah. Pada pendapat peribadi aku, semua lelaki yang cukup kriteria berakal, baligh, Muslim dan sempurna pancaindera wajib, perlu dan patut mampu menjadi imam solat. Ada antara kita ni yang takut, malu atau malas jadi imam. Tak payah cakap korang. Kitorang yang dah belajar sampai Mesir ni pun sama je. Belajar tinggi-tinggi tapi tak boleh conduct solat jemaah. Takut-malu-malas tu boleh dibuang kalau kita praktikkan selalu. Ada pulak jenis yang boleh jadi imam zohor dan asar je. Solat-solat lain tak boleh sebab kena keluar suara -_-“.  Lepas ni aku nak tulis satu entri. Khas untuk lelaki-lelaki yang takut-malu-malas jadi imam.
Budak kecik yang mumayyiz pun boleh jadi Imam.
Akhir sekali. Lelaki yang tak boleh jadi Imam tak payah kahwin pun takpe. Orang yang tak boleh jadi imam ni selalunya orang yang tak baca Al-Quran je. Paling kurang sehari sekali kita kena baca Al-Quran. Maybe ada yang dah lupa pun bila kali terakhir dia baca Al-Quran. Sama-samalah kita ubah lepas ni. Buat mana-mana yang digelar perempuan yang tak tahu atau tak mahir memasak. Korang boleh mula belajar sikit-sikit. Lepas kahwin pun boleh belajar sehabis mungkin. Tapi kalau calon suami korang memang nak orang yang pandai memasak, korang kena paksa-relakan dirilah. Ibu, mak sedara atau kenalan-kenalan kita ramai yang belajar memasak lepas kahwin. Sekarang bukan main power lagi. Sedap yang amat. Tak ada masalah pun. Sampaikan dalam biodata masa kecik-kecik dulu kategori makanan kegemaran, kita akan tulis : 'Semua masakan ibu'.

Wednesday, 17 October 2012

Orientasi

        Sampai satu saat aku jadi rimas-cemas bila tak update blog. Sungguhpun tugas ni sekadar syok sendiri, tapi aku tetap excited . Haha ! Kepada pengunjung-pengunjung blog aku, sila tengok balik tajuk entri ni. Of course-lah korang mengerti dan memahami maksud  O R I E N T A S I . Kepada korang-korang yang tetap membaca setelah melihat tajuk bosan ni , tahniah aku ucapkan ! Korang berjaya luangkan masa untuk membaca sesuatu yang bosan (sedih sekejap). Aku sebagai typical Malay student, sungguhpun dah jejak kaki kat Mesir ni tetap tak berapa suka pergi ber-orientasi. Tapi aku still nak share dengan korang kelainan program orientasi kat sini berbanding kat Malaysia.

        Aku pernah telefon kawan aku yang belajar kat UTM. Program orientasi diorang ada buat Gangnam Dance ! Wah, macam mana rupa pemudi-pemudi menari Gangnam yek? Tengok video 'Super Kampung Style'  pun dah buat aku berkerut kening. Ah, lupakan dulu. Aku sambung pasal program orientasi kat sini. Aku dengan paksa+relanya merela-paksakan hati ni join program orientasi. 

        Perkara unik pasal orientasi kat sini nak dibandingkan dengan orientasi-orientasi yang pernah aku join,
etika disiplin diorang. Korang boleh fikir-fikir etika disiplin yang biasa kita hadapi. Tepati masa, berpakaian kemas, menjaga tingkah laku dan lain-lain. Etika disiplin  kat sini sama jugak, tapi dengan beberapa penambahan. Etika disiplin pertama yang termaktub : Ikhlaskan niat kerana Allah, maksudnya bukan kerana terpaksa, (tepat-terkena-batang-hidung aku). Etika dispilin yang seterusnya, sentiasa mengekalkan wudhu'. Yang ni aku rasa unik. Etika-etika yang lain sama je macam yang aku sebut kat atas dan atas dan atas tadi.

         Then, ada pulak barang amanah. Antara benda yang aku tak minat dalam berprogram :
1) barang amanah 2) sesi nangis-nangis 3) sesi tengking-tengking 4) perjalanan tentatif yang tak sama tengan realiti. Yah ! Haha ! So, aku rasa barang amanah ni benda yang cliche dalam satu-satu program yang melibatkan tempoh masa lebih dari dua hari. Bosan. Aku bagi ontoh barang amanah yang kita kena jaga sampai habis program . Nametag, telur, beras, lingkaran ubat nyamuk dan lain-lain. Tapi program orientasi kitorang lain dari yang lain. Barang amanah bukan dari pihak penganjur. Peserta kena cari mana-mana tasbih untuk dijadikan barang amanah. Kenapa?. Dalam diam mulut kita terkumat-kamit berzikir tanpa disuruh. Sebab tasbih dah ada kat tangan. Memang terbaiklah barang amanah kali ni.

        Lastly, semua perkara ada pro dan kontra. Program orientasi ni pun tak terkecuali. Tapi perlu ke aku sebut perkara-perkara negatif pasal program ni? Tak perlu dan tak manis rasanya. Sebab aku ni manis orangnya. Yezza ! Biarlah aku simpan buat panduan menghadapi generasi akan datang pulak. 


Monday, 24 September 2012

Kini Di Mesir



Assalamualaikum !!!
Okay, okay. Tanda seru kat atas ni aku saja letak buat-buat macam excited. Tapi sememangnya aku excited. Sebab dah lama aku tak update blog ni. Rasa macam dah bersawang pun ada jugak. Blog ni dalam proses pembersihan dan renovate-lah kiranya. Tak mahir lagi pasal blog ni. So, kepada korang-korang yang baca entri ni, then rasa nak tolong aku renovate blog yang ‘cantik’ ni supaya lagi indah mata memandang, silalah bagi tutorial serba-serbi untuk perhias blog ni. Pertolongan sangat dihargai, 4-rious ! (sebab se-rious tak cukup).


        By the way, inilah aku. Insan yang sama, tapi di tempat yang berbeza. Sekarang aku kat MESIR ! Dalam bahasa Inggeris kita panggil EGYPT-lah kan. Sekarang aku nak share pasal Mesir. Kenapa? Saja je. Buat pemanas bicara. Nak cerita pasal Malaysia haruslah korang-korang dah tau. Apa benda yang best kat Mesir ni? Banyak beza Mesir dengan Malaysia. Of Course-lah. Sini tak hujan. Jemur bajulah aktiviti yang paling seronok. 48 jam tinggalkan tersadai tersidai kat luar pun tak risau tertimpa hujan. Cumanya, kena risau pasal habuk aje. Duduk kat tingkat 5 ni pun berdebu dalam rumah. (Rumah aku kat tingkat 5. Bayangkan betapa sedihnya parents aku bila aku balik Malaysia nanti aku dah slim.)


Benda lain yang berbeza? Bab ni ayah aku comfirm seronok-meriah-teruja. Kat sini (kawasan sekitar kediaman aku) tak ada traffic light. Kawasan yang ada pulak tak guna. Lampu kuning lip-lap lip-lap je yang menyala. Cara lintas jalan pun unik. Nak belajar? Mula-mula, pandang kiri, kalau clear lintas. Tapi lintas separuh jalan je. Berhenti kat tengah-tengah jalan tu. Orang-orang yang bawak kereta kat situ nanti pandai-pandailah mengelak dari TERlanggar kita. Kita tunggu je sampai clear,kalau okay  barulah habiskan proses pelintasan itu. :D. Kalau tak faham silalah berkunjung-lawat aku di sini. Akan ku tunjukkan keindahan mesir. Ni baru dua ter-pelik-an yang ada kat Mesir.


Perkara normal bagi sesebuah bangsa dan agama. Tak semuanya jahat. Tak semuanya baik perangai. Kitorang kena berjaga-jaga kat sini. Kudrat orang Arab dengan Melayu kerdil tak sama. So, pelajar-pelajar baru baik pelajar Pengajian Islam atau Sains Kesihatan kena berjaga-jaga. Banyak kes samun dan rompak kat sini. Kitorang tak boleh keluar jauh sangat. Kitorang kat sini masih dalam jagaan-didikan-pantauan-buaian anggota Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru. Kalau nak keluar walau untuk beli selipar sekalipun musti dengan teman seorang dua pelajar senior. Faktor lain kenapa pelajar senior sangat diperlukan, kitorang-kitorang ni belum fasih bahasa Arab Tempatan. Takut kena tipu masa jual beli.

Akhir sekali, pengetua sekolah menengah aku ada bagi nasihat. Pelajar dari Mesir boleh jadi 3 jenis manusia. Yang pertama, Firaun. Kerjanya nakkan kuasa. Menentang agama Allah. Dia sahaja yang betul. Yang kedua, Hamman, arkitek si Firaun. Apa yang dia tahu cumalah pangkat. Balik ke Malaysia bersijil-degree-BA segala bagai hanya untuk kerja semata. Yang terakhir, NABI MUSA A.S. Bukan kerja semata yang dicari, tapi redha Allah juga. Berkerja kerana Allah, berkhidmat untuk Allah, berdakwah kepada Allah. Tambahan terakhir, setakat ni aku belum rindukan Malaysia. Terlalu awal rasanya sebab aku tinggal kat sini 4 tahun lagi. Insyaallah, satu hari nanti aku akan rindukan Malaysia, sebab ada sesuatu yang perlu aku rindukan kat sana.

Monday, 10 September 2012

Aku Pun Boleh Terbang.


Ketahuilah anda-anda semua. Insyaallah, ni entri terakhir yang aku tulis kat Malaysia. Lepas ni kedua kaki berserta semua anggota badan aku dah kat Mesir. Excited? Haruslah ! Flight aku pukul 3, 11 september (Selasa).

Sebelum aku ke Mesir, aku ambil masa beberapa hari untuk ke sekolah-sekolah lama aku. Nak jumpa cikgu-cikgu. Nak mintak maaf, dan mintak doa. Moga-moga aku jadi antara yang berjaya dan bertaqwa. Cikgu mana yang tak gembira bila anak ada anak murid yang kenang jasa diaorang. Ada pulak member-member yang pelik bila aku nak pergi sekolah lama.
Kau nak pergi sana buat apa?

Nak pergi sekolah lah.

Nak buat apa? Ada urusan ke?


Nak jumpa cikgu-cikgulah, aku kan dah nak ke Mesir

Buat apa nak jumpa cikgu-cikgu pulak?
è Part ni memang aku speechless. Boleh pulak dia tanya soalan tadika berhingus tu.

Maybe aktiviti “Jumpa-jumpa-Cikgu-Sebelum-Sambung-Pelajaran” ni something yang tak masyhur. Tapi memang aku dah dibiasakan buat macam ni masa kat Madrasah Arabiah Kluang dulu. So, aku dan kawan-kawan aku kat sana tak pelik dengan aktiviti ni.

Antara kejutan ke Mesir yang buat aku gembira, Khairun Nas pun ke Mesir jugak. Alhamdulillah. Allah bagi peluang lagi kat pelajar-pelajar yang nak sambung pelajaran ke Mesir. Moga Allah permudahkan urusan dia. Lastly, tajuk entri aku ni pelik sikit. Feeling-feeling berbahasa puitis. ‘Aku terbang’ bukan bermaksud aku dah berjaya. Tapi membawa maksud yang aku baru nak mula melangkah ke tempat asing.


Antara kata dan pesan yang aku dapat sebelum aku ke sana :
Nanti kahwin dekat Malaysia. Belajar elok-elok. Join persatuan yang ada kat Mesir. Kahwin dengan orang Malaysia. Betulkan niat. Orang Melayu direspect kat sana. Bergaullah dengan orang Sudan dan Turki. Bawak ikan bilis. Jangan terlalu terlibat dengan program persatuan sampai menjejas pelajaran. Nanti kepala kau botak sebab rempah ratus orang Mesir. Musim sejuk nanti seronok makan, seronok tidur. Jangan ponteng kelas. Cari syeikh-syeikh untuk belajar. Jangan banyak tidur. Kumpul markah dari sem 1. Orang Mesir besar dan kasar. Ingat tujuan utama ke sana. 

Pesanan yang paling menarik bagi aku : tak payah bawak wire extension.