Assalamualaikum.
Tahniah, tahniah. Menjadi yang terpilih. Sorry lah tak dapat join korang. Tak ada
rezeki untuk aku.
SMS dari Khairun Nas. Benda yang aku tak sangka. Tapi
itulah realiti. Khairun Nas, kawan baik aku kat sekolah dulu tak dapat teruskan
pelajaran ke Mesir. Siapa yang tak sedih? Kawan yang paling memahami dah tak
ada di sisi. Daripada 50 pelajar daurah (kursus) bahasa arab kitorang, cuma
lima orang saja yang lulus dalam Imtihan Qabul (IQ).
Benda ni betul-betul tak dijangka. Khairun Nas pelajar
terbaik kat sekolah aku. Dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun
2011, cuma dua orang saja dari seluruh negeri Pahang yang peroleh 10A straight.
Khairun Nas dan ketua daurah kitorang. Aku sekadar berpuas hati dengan 8A.
Aku terkejut bila ketua daurah bagitahu, aku tersenarai
dalam enam orang pelajar Pahang yang berjaya dalam IQ.
“Pelajar yang lulus IQ di
negeri Pahang ada enam orang je. Semuanya lelaki. Ana, enta, Fauzul, Hakim,
Sofian pelajar dari daurah lain dan…”
“Khairun Nas?”
“…Zulkarnain.”
“Nama Khairun Nas tak
ada?”
“Tak..”
Semua bayangan tentang aku
dan Khairun Nas belajar sama-sama kat Mesir hilang macam tu saja. Tu semua
tinggal angan-angan.
Khairun Nas antara kawan
paling akrab dengan aku. Kitorang selalu makan sama-sama. Belajar sama-sama. Berjalan
sama-sama. Jatuh sama-sama. Bangkit sama-sama. Dia tempat rujukan kalau aku tak
faham sesuatu. Aku rujukan dia kalau berlaku perkara yang sama. Dia tempat
berkongsi cerita. Tempat berkongsi rahsia. Tempat berkongsi perkara yang kitorang
sama-sama minat. Tempat mengadu kerisauan.
::: Amry Sajad ::: ::: Khairun Nas ::: |
Sungguh, Khairun Nas kawan yang baik .Mungkin lepas ni kitorang dah tak sama. Dia kat UM, aku di Al-azhar kalau Allah
izinkan. Kita akan jumpa kawan-kawan lain kat sana. Tapi kenangan kita
sama-sama dulu tetap aku ingat. Moga aku dan Kairun Nas tetap di jalan yang
Allah redhai walau ke mana kitorang berada. Persahabatan ini kerana Allah.
Perpisahan ini juga kerana Allah.
Allah tidak memberi apa yang kamu hendak.
:'(
ReplyDeletecongrat !
ReplyDeletesyukran.. please do pray for me
Delete