Blogger Widgets

Pages

Monday, 24 September 2012

Kini Di Mesir



Assalamualaikum !!!
Okay, okay. Tanda seru kat atas ni aku saja letak buat-buat macam excited. Tapi sememangnya aku excited. Sebab dah lama aku tak update blog ni. Rasa macam dah bersawang pun ada jugak. Blog ni dalam proses pembersihan dan renovate-lah kiranya. Tak mahir lagi pasal blog ni. So, kepada korang-korang yang baca entri ni, then rasa nak tolong aku renovate blog yang ‘cantik’ ni supaya lagi indah mata memandang, silalah bagi tutorial serba-serbi untuk perhias blog ni. Pertolongan sangat dihargai, 4-rious ! (sebab se-rious tak cukup).


        By the way, inilah aku. Insan yang sama, tapi di tempat yang berbeza. Sekarang aku kat MESIR ! Dalam bahasa Inggeris kita panggil EGYPT-lah kan. Sekarang aku nak share pasal Mesir. Kenapa? Saja je. Buat pemanas bicara. Nak cerita pasal Malaysia haruslah korang-korang dah tau. Apa benda yang best kat Mesir ni? Banyak beza Mesir dengan Malaysia. Of Course-lah. Sini tak hujan. Jemur bajulah aktiviti yang paling seronok. 48 jam tinggalkan tersadai tersidai kat luar pun tak risau tertimpa hujan. Cumanya, kena risau pasal habuk aje. Duduk kat tingkat 5 ni pun berdebu dalam rumah. (Rumah aku kat tingkat 5. Bayangkan betapa sedihnya parents aku bila aku balik Malaysia nanti aku dah slim.)


Benda lain yang berbeza? Bab ni ayah aku comfirm seronok-meriah-teruja. Kat sini (kawasan sekitar kediaman aku) tak ada traffic light. Kawasan yang ada pulak tak guna. Lampu kuning lip-lap lip-lap je yang menyala. Cara lintas jalan pun unik. Nak belajar? Mula-mula, pandang kiri, kalau clear lintas. Tapi lintas separuh jalan je. Berhenti kat tengah-tengah jalan tu. Orang-orang yang bawak kereta kat situ nanti pandai-pandailah mengelak dari TERlanggar kita. Kita tunggu je sampai clear,kalau okay  barulah habiskan proses pelintasan itu. :D. Kalau tak faham silalah berkunjung-lawat aku di sini. Akan ku tunjukkan keindahan mesir. Ni baru dua ter-pelik-an yang ada kat Mesir.


Perkara normal bagi sesebuah bangsa dan agama. Tak semuanya jahat. Tak semuanya baik perangai. Kitorang kena berjaga-jaga kat sini. Kudrat orang Arab dengan Melayu kerdil tak sama. So, pelajar-pelajar baru baik pelajar Pengajian Islam atau Sains Kesihatan kena berjaga-jaga. Banyak kes samun dan rompak kat sini. Kitorang tak boleh keluar jauh sangat. Kitorang kat sini masih dalam jagaan-didikan-pantauan-buaian anggota Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru. Kalau nak keluar walau untuk beli selipar sekalipun musti dengan teman seorang dua pelajar senior. Faktor lain kenapa pelajar senior sangat diperlukan, kitorang-kitorang ni belum fasih bahasa Arab Tempatan. Takut kena tipu masa jual beli.

Akhir sekali, pengetua sekolah menengah aku ada bagi nasihat. Pelajar dari Mesir boleh jadi 3 jenis manusia. Yang pertama, Firaun. Kerjanya nakkan kuasa. Menentang agama Allah. Dia sahaja yang betul. Yang kedua, Hamman, arkitek si Firaun. Apa yang dia tahu cumalah pangkat. Balik ke Malaysia bersijil-degree-BA segala bagai hanya untuk kerja semata. Yang terakhir, NABI MUSA A.S. Bukan kerja semata yang dicari, tapi redha Allah juga. Berkerja kerana Allah, berkhidmat untuk Allah, berdakwah kepada Allah. Tambahan terakhir, setakat ni aku belum rindukan Malaysia. Terlalu awal rasanya sebab aku tinggal kat sini 4 tahun lagi. Insyaallah, satu hari nanti aku akan rindukan Malaysia, sebab ada sesuatu yang perlu aku rindukan kat sana.

Monday, 10 September 2012

Aku Pun Boleh Terbang.


Ketahuilah anda-anda semua. Insyaallah, ni entri terakhir yang aku tulis kat Malaysia. Lepas ni kedua kaki berserta semua anggota badan aku dah kat Mesir. Excited? Haruslah ! Flight aku pukul 3, 11 september (Selasa).

Sebelum aku ke Mesir, aku ambil masa beberapa hari untuk ke sekolah-sekolah lama aku. Nak jumpa cikgu-cikgu. Nak mintak maaf, dan mintak doa. Moga-moga aku jadi antara yang berjaya dan bertaqwa. Cikgu mana yang tak gembira bila anak ada anak murid yang kenang jasa diaorang. Ada pulak member-member yang pelik bila aku nak pergi sekolah lama.
Kau nak pergi sana buat apa?

Nak pergi sekolah lah.

Nak buat apa? Ada urusan ke?


Nak jumpa cikgu-cikgulah, aku kan dah nak ke Mesir

Buat apa nak jumpa cikgu-cikgu pulak?
è Part ni memang aku speechless. Boleh pulak dia tanya soalan tadika berhingus tu.

Maybe aktiviti “Jumpa-jumpa-Cikgu-Sebelum-Sambung-Pelajaran” ni something yang tak masyhur. Tapi memang aku dah dibiasakan buat macam ni masa kat Madrasah Arabiah Kluang dulu. So, aku dan kawan-kawan aku kat sana tak pelik dengan aktiviti ni.

Antara kejutan ke Mesir yang buat aku gembira, Khairun Nas pun ke Mesir jugak. Alhamdulillah. Allah bagi peluang lagi kat pelajar-pelajar yang nak sambung pelajaran ke Mesir. Moga Allah permudahkan urusan dia. Lastly, tajuk entri aku ni pelik sikit. Feeling-feeling berbahasa puitis. ‘Aku terbang’ bukan bermaksud aku dah berjaya. Tapi membawa maksud yang aku baru nak mula melangkah ke tempat asing.


Antara kata dan pesan yang aku dapat sebelum aku ke sana :
Nanti kahwin dekat Malaysia. Belajar elok-elok. Join persatuan yang ada kat Mesir. Kahwin dengan orang Malaysia. Betulkan niat. Orang Melayu direspect kat sana. Bergaullah dengan orang Sudan dan Turki. Bawak ikan bilis. Jangan terlalu terlibat dengan program persatuan sampai menjejas pelajaran. Nanti kepala kau botak sebab rempah ratus orang Mesir. Musim sejuk nanti seronok makan, seronok tidur. Jangan ponteng kelas. Cari syeikh-syeikh untuk belajar. Jangan banyak tidur. Kumpul markah dari sem 1. Orang Mesir besar dan kasar. Ingat tujuan utama ke sana. 

Pesanan yang paling menarik bagi aku : tak payah bawak wire extension.


Friday, 31 August 2012

Bertawasul di Kuala Lipis



Aku bertawassul dalam berdoa .
 “Ya Allah, dengan solat Dhuha  yang telah hamba lakukan sebentar tadi,
Kau mudahkanlah urusan hamba.  Moga-moga ada bas yang menunggu hamba di terminal nanti”


Bagi yang tak tahu makna tawasul, kat bawah nanti aku bagi link artikel aku pasal tawasul. Bagi yang dah tahu, inilah cerita pasal aku bertawasul. Dua hari aku beraya kat Kuala Lipis. Hari Selasa dan Rabu (21-22 Ogos 2012). Hari Selasa aku selamat sampai kat Kuala Lipis, aku kena balik ke KL hari rabu. Disebabkan aku malas nak berkejar-kejar nanti, awal-awal lagi aku dah beli tiket untuk balik ke Kuala Lumpur. Tiket ke Kuala lumpur, hari Rabu, pukul 7.30 malam. Itu tiket last untuk hari tu.  Perjalanan Kuala Lipis-KL nanti lebih kurang 2 jam setengah. Boleh lah aku rehat dalam bas nanti. ‘Rehat’ kat sini lebih boleh korang gantikan dengan ‘tidur’, haha ! Kalau aku sebut ‘tidur’ nampak sangat macam pemalas. Kalau guna ‘rehat’ nampak macam orang yang kuat berusaha, berkerja keras dan bersusah payah serta tak mengenal penat lelah dalam perjuangan. Yezza ! Raya ni aku ke sini, tempat Dato’ Siti Nurhaliza membesar ni. Saja beraya dengan kawan-kawan sekolah. Insyaallah raya ni raya terakhir aku kat Malaysia sebelum aku berangkat ke Mesir. Sebab tu nak merasa beraya dengan member-member. Lepas ni susah nak jumpa kawan-kawan lagi. Semua bawak haluan masing-masing. Seronok beraya kat Kuala Lipis ni. Sebelum ni aku belum pernah lagi beraya dengan kawan-kawan sekolah. So, kali ni aku excited bukan main lagi.






*     *     *
           
Habis dua hari beraya. Sekarang dah pukul 6.55 petang. Aku mintak tolong kawan aku, Haikal untuk hantar aku ke terminal Kuala Lipis. Bas aku 7.30 malam. Kalau tak ada apa-apa masalah, lebih kurang 10 minit sampailah ke terminal Kuala Lipis dari rumah Haikal. Haikal mintak tolong abang dia drive. Abang Haikal kat depan. Haikal duduk sebelah abang dia. Aku sorang-sorang berlagak comel kat belakang dengan beg pakaian.
Bas pukul 7.30 malam kan?” , abang Haikal tanya.
Haah.” Haikal jawab.
Aku pun buat kira-kira. Maybe dalam pukul 7.15 sampai lah kot. Bukannya jauh sangat terminal tu. Kecualilah kalau ada banyak kereta kat jalan raya nanti. Aku keluarkan dompet aku. Nak check balik tiket tu. Kendatipun aku dah confident sangat tiket last tu pukul 7.30 malam. Manalah tau kalau-kalau aku ada masalah mata. Takut salah tengok masa kat tiket. Hmm, ni tiket ke KL. TRANSNASIONAL, KELAS EKONOMI, SEAT 5C. Aku sambung baca lagi. 22/8/2012, 7.00 PM. Nasib baik mata aku okey lagi. Memang bas aku pukul 7 malam. Haha ! erk.. bukan ke sepatutnya 7.30 malam? ALLAH !

            Sekarang dah pukul 7.10 minit. Bas aku dah bertolak dah pun. Macam mana ni? Takpelah. Aku pergi je terminal dulu. Alang-alang dah separuh jalan. Tapi, kalau takde bas macam mana? Aku kena tidur kat terminal sampai esok pagi lah. Bas terakhir dah pergi. Aduh. Takkan aku nak cakap kat Haikal yang aku salah tengok tiket? Kesian pulak kat dia dengan abang dia. Dah hantar aku separuh jalan dah pun. Tapi lagi kesian kat aku. Duit dah tak ada. Kena burn pulak tiket yang aku beli. () Pastu kena tidur kat terminal sampai esok pagi. Ya Allah, kenapa aku tak tengok tu tiket betul-betul? Takkan nak menyusahkan orang pulak sekarang ni? Takkan nak suruh abang haikal kejar bas tu terus sampai ke Raub. Jauh tu. Aku kena fikir elok-elok. Allah yang bagi masalah ni. Allah jugak yang mampu selesaikan. Kenapa aku nak pening-pening kepala? Apa yang Allah bagi adalah yang terbaik untuk aku. Sekarang aku cuma boleh doa. Oh ya, aku boleh bertawasul ! Walaupun aku segan sebab banyak dosa tapi memang Allah je tempat aku bergantung harap. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku. Aku bertawasul dalam berdoa. “Ya Allah, dengan solat Dhuha yang telah hamba lakukan sebentar tadi, Kau mudahkanlah urusan hamba. Moga-moga ada bas yang menunggu hamba di terminal nanti”

Kalau nak diikutkan, memanglah aku tak layak mintak sesuatu sebagai ganti amalan aku yang tak seberapa tu. Macam tak ikhlas pulak aku beribadah. Macam mengharapkan satu ganjaran daripada Allah. Seorang abid yang kerjanya sujud je kat dunia ni pun cuma mampu balas nikmat SEBELAH TELINGA yang Allah bagi kat dunia. Inikan pulak aku. Entah nikmat boleh bukak sebelah mata pun belum tentu aku mampu balas. Tapi tawasul memang diblolehkan. Ini salah satu cara kita berdoa. Dan ada beberapa cara tawassul lain selain yang aku gunakan tadi. Sekarang aku cuma mampu bertawakkal. Apa pun yang terjadi nanti adalah yang terbaik untuk aku. Kalau takde bas nanti aku redha. Kalau kena tidur kat terminal sampai esok pagi pun aku redha. Aku tak nak tumpang rumah kawan. Aku tak nak menyusahkan orang lagi dah. Dah lah semalam aku jahanamkan motor sorang kawan. ( yang ni cerita lain, kena senyap !) Itu ketentuan Ilahi. Inipun salah aku sendiri. Nak buat macam mana kan? Aku teringat satu lirik nasyid dari kumpulan Mestica  bertajuk ‘Rahmat Ujian
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

          Dah nak dekat sampai terminal. Sekarang dah pukul 7.27 malam. Ya Allah, Kau tolongkah hamba yang lemah ni. Jalan straight, round abaout, masuk kanan. Dah nampak terminal atas bukit. Sunyi je terminal ni. Eh, ada bas! Ada satu bas Transnasional baru je bertolak dari terminal. Bas tu dengan kereta Myvi kitorang berselisih. Kat cermin depan tertulis KL-Kuala Lipis-KL. Tu bas aku ! Abang Haikal terus kejar bas tu. Bas pun berhenti tepi jalan. Alhamdulillah. “Terima kasih bang. Terima kasih Haikal. Kirim salam mak kau.”. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa aku. Ada hikmah benda-benda ni terjadi. 1) Akhirnya aku manfaatkan ilmu yang aku dapat. 2) Aku belajar redha dengan benda yang terjadi. 3) Dan yang paling penting, aku ada sesuatu untuk share dengan korang. Sesuatu yang selama ni aku lupa untuk kongsikan. Inilah tawasul.
P/S: Allah makbulkan doa aku bukan sebab aku banyak beramal soleh. Tapi sebab aku hamba yang lemah. Tak berdaya nak buat apa-apa lagi.

Tuesday, 28 August 2012

Inilah Tawasul



          Maybe korang tak tau apa maksud tawasul.  And maybe jugak korang tau. Tapi takpe, aku sekadar nak share apa yang aku tau kepada yang mereka-meraka yang tak tau. (Apa aku merepek). Tawasul pada asalnya bermaksud perantaraan. Tapi untuk penerangan kat sini, tawasul bermaksud mendekatkan diri kepada Allah melalui jalan mentaatiNya, beribadah kepadaNya, mengikuti para Nabi dan RasulNya dan dengan apa sahaja amalan atau cara yang disukai Allah dan diredhaiNya. Dalam konteks berdoa pulak, lebih senang kita cakap tawasul ni sebagai bebeberapa kaedah untuk menjadikan doa lebih mustajab atau mudah dimakbulkan. Ada banyak cara tawasul. Tapi ada jugak perbahasan tentang tawasul yang aku rasa tak perlu selitkan kat sini. Buat susah je nanti. Kalau nak terangkan pasal perbahasan tu, tak boleh la jadi 5 Perenggan. Kena tukar jadi 18.3 Perenggan. Yeay ! Aku dah mula mengarut lagi.



          Ada beberapa cara tawasul yang aku tahu dan aku rasa boleh share dengan korang. 
::Yang pertama:: Tawasul dengan nama Allah dan sifatNya – Ni cara yang paling kerap kita guna, tapi tak perasan -_-". Untuk tawasul ni,  kita sifat-sifat dan nama Allah dalam doa. Kalau kita nak minta rezeki, kita sebutlah “Wahai Tuhan Yang Kaya, Maha Memberi Rezeki, Maha Melimpahlkan Rahmat, Kau berilah kepadaku . . .”. Kalau kita mintak ampun pulak, kita doa macam ni “Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Maha Mengampuni, Maha Sabar, Maha Lembut, Dengan kuasaMu, kau ampunilah . . .”. Cara ni senang, kita just sebut nama dan sifat Allah yang berkaitan dengan doa kita. ada satu doa yang kita selalu baca mengunakan kaedah tawasul. Doa ni popular, nak-nak bulan Ramadhan yang lepas.
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengampun, Engkau menyukai pegampunan. Maka ampunilah kami"


:: Yang kedua:: Tawasul dengan menyebut amalan kebaikan yang dah kita lakukan.Tawasul ni lah yang aku guna kat Kuala Lipis hari tu (sila lihat entri ini kalau tak malu). Caranya : kita sebutkan amalan kita dalam doa supaya doa dimakbulkan. Tawasul ni dibenarkan. Ada peristiwa dari hadits Nabi yang mana tiga orang pemuda terperangkap dalam sebuah gua. Gua apa aku tak tau. Pintu gua tu dihalang dengan batu besar. Pemuda-pemuda tadi mula menyebut amalan-amalan yang diorang buat. Pemuda pertama berbakti kepada ibu bapa. Pemuda kedua menjauhi zina. Pemuda yang terakhir pulak memberikan harta-harta yang dia sendiri kembangkan kepada pekerja dia. Semua pemuda-pemuda ni lakukan amalan untuk dapat redha Allah. Habis je pemuda ketiga berdoa, batu tu bergoncang kuat. Diorang pun dapat keluar dari gua tu.

::Yang ketiga:: Tawasul dengan keberkatan Nabi – cara ni ada khilaf ulama’. Tapi aku ambik  salah satu yang popular. Cara ni kita guna dengan sebutkan nama Nabi Muhammad SAW dalam doa. Contohnya “Ya Allah, dengan berkat dan syafaat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kau terimalah doaku ini.” lebih kurang macam ni lah.  Itulah antara cara tawasul yang aku tau. korang boleh carik sendiri nanti. Penerangan aku tak berapa mantap. Nama pun 5 Perenggan, mustilah penerangan ringkas je yang aku bagi kan? (mula bagi alasan, yeeha !). 

         Para ulama’ bersepakat harus untuk kita bertawasul.  Adik-adik semua, hukumnya harus ya. Nak buat boleh, tak buat pun boleh. Sebagai penutup, aku nak korang tau. Allah pencipta kita. Allah yang berikan kebaikan. Allah jugak yang berikan musibah atau lebih tepat kita sebut sebagai ujian. Dia pemberi dan pengurai masalah. Dan Dia ada hak sama ada untuk terima ataupun tidak segala doa kita. Segala apa yang Dia lakukan, ada hikmah yang kita kena rungkai. Tamat sudah entri ni. Terima kasih cause sudi baca :).

Saturday, 18 August 2012

Aku Sebagai Guru : Siraj dan Zulmaa


(Dah malam ke-29 Ramadhan. Nampaknya dia akan pergi. Aku hanya boleh berharap kami berjumpa lagi tahun depan)


     Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari je lagi berbaki sebelum aku tamatkan sesi pembelajaran dan pengajaran aku dengan adik-adik junior. Harap-harap diorang faham apa yang aku ajar. Aku dah rancang beberapa aktiviti supaya kelas yang aku buat ni tak bosan. So, aku masukkan unsur-unsur perpecahan, perbalahan, perkauman, persaingan dan permusuhan. Aku pun bahagikan junior-junior aku tu kepada dua kumpulan. Baru seronok !

      Dah bahagi kumpulan, mustilah kena bubuh nama kan? Nama kumpulan aku dah fikirkan. Tapi diorang yang kena pilih satu daripada dua nama ni: Zulmaa ataupun Siraj. “Abang Am, apa maksud Zulmaa? Apa maksud Siraj?
Pilihlah dulu, lepas korang pilih baru aku bagitahu maksud dia.” Lebih selesa perkataan ‘aku’ digunakan berbanding ‘saya’ sebab ni bukan kelas yang formal. Sekadar kelas tambahan kat asrama.
Kitorang pilih Zulmaalah, sebab kumpulan kitorang ada Zulelmi.”
Ok, kumpulan sebelah sini setuju?” aku tanya kumpulan yang lagi satu.
Ok. Kitorang setuju. Kitorang Siraj.”
Siraj maksudnya Pelita.” aku terangkan.
Apa maksud Zulmaa?” tanya ahli kumpulan Zulmaa.
Kegelapan…” aku jawab.
APA !!

     Berlakulah perbalahan antara ahli kumpulan Zulmaa. Masing-masing muka tak redha dengan nama Zulmaa tuh. Haha ! Korang yang pilih, aku just bagi pilihan. Yang kumpulan Siraj pulak buat muka bangga sebab dapat nama SirajThe typical way of thinking, yang hitam musti buruk. Yang putih musti baik. Aku kena betulkan persepsi ni ! Oleh sebab itulah aku suka hitam. Hitam sangat sesuai dengan aku ! Dan sebab tu lah aku lebih suka menyebelahkan kumpulan Zulmaa. So, kepada ahli-ahli Siraj yang terbaca blog aku nih, ketahuilah. Aku mintak maaf kat korang banyak-banyak. Haha !
See? Black suits me well

     Then, bermulalah game pertama yang dah aku plan. Game ni mudah. Aku suruh diorang baca beberapa topik. Then randomly, aku panggil mana-mana ahli kumpulan Siraj dan Zulmaa untuk jawab soalan yang aku tanya. Peraturannya mudah. Aku bagi setiap kumpulan 10 markah sebagai permulaan. Ahli kumpulan boleh tolong bagi jawapan. Tapi tak boleh hasilkan apa-apa bunyi. Kalau aku dengar satu bunyi, aku tolak satu markah. Kalau diorang salah jawab, aku tolak satu markah. Kalau diorang betul, aku tambah satu markah.

     Game tu berjalan lancar dan habis dengan dengan senyap-sunyinya. Kalau hari-hari macam ni kan bagus. Keputusannya? Siraj  dapat 0 markah. Zulmaa -1. Teruk betul diorang ni. Tak belajar ke apa? Haha. Kumpulan Zulmaa kalah then diorang kena denda ketuk ketampi. Cis, kumpulan aku kalah. Takpe, esok kita buat game lagi. Aku nak Zulmaa jugak yang menang. Haha ! Akhir sekali, aku berpakat dengan kumpulan Zulmaa untuk kalahkan kumpulan Siraj. Aku explain kat Zulmaa apa peraturan game akan datang. So, of courselah Zulmaa menang nanti. Wait and see.