Blogger Widgets

Pages

Tuesday, 23 October 2012

Masak dan Imam



Korang pernah dengar tak statement macam ni : “Kalau perempuan mesti pandai masak, lelaki mesti pandai jadi imam.” Ayat ni kira macam ayat pertahananlah. Kalau orang lelaki asyik suruh perempuan belajar masak sebelum kahwin, diorang boleh guna ayat ni untuk buat sang lelaki fikir 4 kali sebelum cakap benda ni lagi. Tak kesahlah apa pun tujuan statement ni dibangkitkan. Cumanya statement ni timbulkan dua soalan besar untuk diri aku sendiri. 1) Perlu ke semua perempuan pandai memasak? 2) Susah ke bagi seorang lelaki yang tak gila, cukup umur, Muslim dan sempurna panca indera untuk jadi seorang imam dalam solat?

          Aku jawab balik soalan yang aku timbulkan ni. 1) Tak perlulah untuk seorang perempuan pandai sangat masak. Sebenarnya tu bukan kerja korang pun. Lepas kahwin pun boleh belajar, tak ada masalah. 2) Tak susah. Selesai sesi menjawab.

          Huraian untuk jawapan pertama aku. Kenapa aku kata perempuan tak perlu pandai masak? Aku pernah pergi kem Cintai Rasulullah masa sekolah menengah dulu. Ada seorang penceramah yang merupakan kaki tangan tinggi kerajaan. Pangkat besar, gaji besar. Tiap-tiap hari dia yang masak untuk keluarga dia. Katanya kerja memasak bukan kerja sang isteri. Kerja sang isteri adalah melayan suami. Wah, bertuahlah isteri dan family dia. Sebelum tidur dia akan siapkan barang-barang memasak untuk hari esok. Kalau ye pun isteri kena masak untuk suami, tak jadi masalah kalau kemahiran memasak tu diasah lepas kahwin.

          Untuk jawapan kedua pulak. Kenapa aku kata tak susah jadi imam? Sebab hakikatnya memang tak susah. Pada pendapat peribadi aku, semua lelaki yang cukup kriteria berakal, baligh, Muslim dan sempurna pancaindera wajib, perlu dan patut mampu menjadi imam solat. Ada antara kita ni yang takut, malu atau malas jadi imam. Tak payah cakap korang. Kitorang yang dah belajar sampai Mesir ni pun sama je. Belajar tinggi-tinggi tapi tak boleh conduct solat jemaah. Takut-malu-malas tu boleh dibuang kalau kita praktikkan selalu. Ada pulak jenis yang boleh jadi imam zohor dan asar je. Solat-solat lain tak boleh sebab kena keluar suara -_-“.  Lepas ni aku nak tulis satu entri. Khas untuk lelaki-lelaki yang takut-malu-malas jadi imam.
Budak kecik yang mumayyiz pun boleh jadi Imam.
Akhir sekali. Lelaki yang tak boleh jadi Imam tak payah kahwin pun takpe. Orang yang tak boleh jadi imam ni selalunya orang yang tak baca Al-Quran je. Paling kurang sehari sekali kita kena baca Al-Quran. Maybe ada yang dah lupa pun bila kali terakhir dia baca Al-Quran. Sama-samalah kita ubah lepas ni. Buat mana-mana yang digelar perempuan yang tak tahu atau tak mahir memasak. Korang boleh mula belajar sikit-sikit. Lepas kahwin pun boleh belajar sehabis mungkin. Tapi kalau calon suami korang memang nak orang yang pandai memasak, korang kena paksa-relakan dirilah. Ibu, mak sedara atau kenalan-kenalan kita ramai yang belajar memasak lepas kahwin. Sekarang bukan main power lagi. Sedap yang amat. Tak ada masalah pun. Sampaikan dalam biodata masa kecik-kecik dulu kategori makanan kegemaran, kita akan tulis : 'Semua masakan ibu'.

Wednesday, 17 October 2012

Orientasi

        Sampai satu saat aku jadi rimas-cemas bila tak update blog. Sungguhpun tugas ni sekadar syok sendiri, tapi aku tetap excited . Haha ! Kepada pengunjung-pengunjung blog aku, sila tengok balik tajuk entri ni. Of course-lah korang mengerti dan memahami maksud  O R I E N T A S I . Kepada korang-korang yang tetap membaca setelah melihat tajuk bosan ni , tahniah aku ucapkan ! Korang berjaya luangkan masa untuk membaca sesuatu yang bosan (sedih sekejap). Aku sebagai typical Malay student, sungguhpun dah jejak kaki kat Mesir ni tetap tak berapa suka pergi ber-orientasi. Tapi aku still nak share dengan korang kelainan program orientasi kat sini berbanding kat Malaysia.

        Aku pernah telefon kawan aku yang belajar kat UTM. Program orientasi diorang ada buat Gangnam Dance ! Wah, macam mana rupa pemudi-pemudi menari Gangnam yek? Tengok video 'Super Kampung Style'  pun dah buat aku berkerut kening. Ah, lupakan dulu. Aku sambung pasal program orientasi kat sini. Aku dengan paksa+relanya merela-paksakan hati ni join program orientasi. 

        Perkara unik pasal orientasi kat sini nak dibandingkan dengan orientasi-orientasi yang pernah aku join,
etika disiplin diorang. Korang boleh fikir-fikir etika disiplin yang biasa kita hadapi. Tepati masa, berpakaian kemas, menjaga tingkah laku dan lain-lain. Etika disiplin  kat sini sama jugak, tapi dengan beberapa penambahan. Etika disiplin pertama yang termaktub : Ikhlaskan niat kerana Allah, maksudnya bukan kerana terpaksa, (tepat-terkena-batang-hidung aku). Etika dispilin yang seterusnya, sentiasa mengekalkan wudhu'. Yang ni aku rasa unik. Etika-etika yang lain sama je macam yang aku sebut kat atas dan atas dan atas tadi.

         Then, ada pulak barang amanah. Antara benda yang aku tak minat dalam berprogram :
1) barang amanah 2) sesi nangis-nangis 3) sesi tengking-tengking 4) perjalanan tentatif yang tak sama tengan realiti. Yah ! Haha ! So, aku rasa barang amanah ni benda yang cliche dalam satu-satu program yang melibatkan tempoh masa lebih dari dua hari. Bosan. Aku bagi ontoh barang amanah yang kita kena jaga sampai habis program . Nametag, telur, beras, lingkaran ubat nyamuk dan lain-lain. Tapi program orientasi kitorang lain dari yang lain. Barang amanah bukan dari pihak penganjur. Peserta kena cari mana-mana tasbih untuk dijadikan barang amanah. Kenapa?. Dalam diam mulut kita terkumat-kamit berzikir tanpa disuruh. Sebab tasbih dah ada kat tangan. Memang terbaiklah barang amanah kali ni.

        Lastly, semua perkara ada pro dan kontra. Program orientasi ni pun tak terkecuali. Tapi perlu ke aku sebut perkara-perkara negatif pasal program ni? Tak perlu dan tak manis rasanya. Sebab aku ni manis orangnya. Yezza ! Biarlah aku simpan buat panduan menghadapi generasi akan datang pulak. 


Monday, 24 September 2012

Kini Di Mesir



Assalamualaikum !!!
Okay, okay. Tanda seru kat atas ni aku saja letak buat-buat macam excited. Tapi sememangnya aku excited. Sebab dah lama aku tak update blog ni. Rasa macam dah bersawang pun ada jugak. Blog ni dalam proses pembersihan dan renovate-lah kiranya. Tak mahir lagi pasal blog ni. So, kepada korang-korang yang baca entri ni, then rasa nak tolong aku renovate blog yang ‘cantik’ ni supaya lagi indah mata memandang, silalah bagi tutorial serba-serbi untuk perhias blog ni. Pertolongan sangat dihargai, 4-rious ! (sebab se-rious tak cukup).


        By the way, inilah aku. Insan yang sama, tapi di tempat yang berbeza. Sekarang aku kat MESIR ! Dalam bahasa Inggeris kita panggil EGYPT-lah kan. Sekarang aku nak share pasal Mesir. Kenapa? Saja je. Buat pemanas bicara. Nak cerita pasal Malaysia haruslah korang-korang dah tau. Apa benda yang best kat Mesir ni? Banyak beza Mesir dengan Malaysia. Of Course-lah. Sini tak hujan. Jemur bajulah aktiviti yang paling seronok. 48 jam tinggalkan tersadai tersidai kat luar pun tak risau tertimpa hujan. Cumanya, kena risau pasal habuk aje. Duduk kat tingkat 5 ni pun berdebu dalam rumah. (Rumah aku kat tingkat 5. Bayangkan betapa sedihnya parents aku bila aku balik Malaysia nanti aku dah slim.)


Benda lain yang berbeza? Bab ni ayah aku comfirm seronok-meriah-teruja. Kat sini (kawasan sekitar kediaman aku) tak ada traffic light. Kawasan yang ada pulak tak guna. Lampu kuning lip-lap lip-lap je yang menyala. Cara lintas jalan pun unik. Nak belajar? Mula-mula, pandang kiri, kalau clear lintas. Tapi lintas separuh jalan je. Berhenti kat tengah-tengah jalan tu. Orang-orang yang bawak kereta kat situ nanti pandai-pandailah mengelak dari TERlanggar kita. Kita tunggu je sampai clear,kalau okay  barulah habiskan proses pelintasan itu. :D. Kalau tak faham silalah berkunjung-lawat aku di sini. Akan ku tunjukkan keindahan mesir. Ni baru dua ter-pelik-an yang ada kat Mesir.


Perkara normal bagi sesebuah bangsa dan agama. Tak semuanya jahat. Tak semuanya baik perangai. Kitorang kena berjaga-jaga kat sini. Kudrat orang Arab dengan Melayu kerdil tak sama. So, pelajar-pelajar baru baik pelajar Pengajian Islam atau Sains Kesihatan kena berjaga-jaga. Banyak kes samun dan rompak kat sini. Kitorang tak boleh keluar jauh sangat. Kitorang kat sini masih dalam jagaan-didikan-pantauan-buaian anggota Urusetia Sambutan Mahasiswa Baru. Kalau nak keluar walau untuk beli selipar sekalipun musti dengan teman seorang dua pelajar senior. Faktor lain kenapa pelajar senior sangat diperlukan, kitorang-kitorang ni belum fasih bahasa Arab Tempatan. Takut kena tipu masa jual beli.

Akhir sekali, pengetua sekolah menengah aku ada bagi nasihat. Pelajar dari Mesir boleh jadi 3 jenis manusia. Yang pertama, Firaun. Kerjanya nakkan kuasa. Menentang agama Allah. Dia sahaja yang betul. Yang kedua, Hamman, arkitek si Firaun. Apa yang dia tahu cumalah pangkat. Balik ke Malaysia bersijil-degree-BA segala bagai hanya untuk kerja semata. Yang terakhir, NABI MUSA A.S. Bukan kerja semata yang dicari, tapi redha Allah juga. Berkerja kerana Allah, berkhidmat untuk Allah, berdakwah kepada Allah. Tambahan terakhir, setakat ni aku belum rindukan Malaysia. Terlalu awal rasanya sebab aku tinggal kat sini 4 tahun lagi. Insyaallah, satu hari nanti aku akan rindukan Malaysia, sebab ada sesuatu yang perlu aku rindukan kat sana.

Monday, 10 September 2012

Aku Pun Boleh Terbang.


Ketahuilah anda-anda semua. Insyaallah, ni entri terakhir yang aku tulis kat Malaysia. Lepas ni kedua kaki berserta semua anggota badan aku dah kat Mesir. Excited? Haruslah ! Flight aku pukul 3, 11 september (Selasa).

Sebelum aku ke Mesir, aku ambil masa beberapa hari untuk ke sekolah-sekolah lama aku. Nak jumpa cikgu-cikgu. Nak mintak maaf, dan mintak doa. Moga-moga aku jadi antara yang berjaya dan bertaqwa. Cikgu mana yang tak gembira bila anak ada anak murid yang kenang jasa diaorang. Ada pulak member-member yang pelik bila aku nak pergi sekolah lama.
Kau nak pergi sana buat apa?

Nak pergi sekolah lah.

Nak buat apa? Ada urusan ke?


Nak jumpa cikgu-cikgulah, aku kan dah nak ke Mesir

Buat apa nak jumpa cikgu-cikgu pulak?
è Part ni memang aku speechless. Boleh pulak dia tanya soalan tadika berhingus tu.

Maybe aktiviti “Jumpa-jumpa-Cikgu-Sebelum-Sambung-Pelajaran” ni something yang tak masyhur. Tapi memang aku dah dibiasakan buat macam ni masa kat Madrasah Arabiah Kluang dulu. So, aku dan kawan-kawan aku kat sana tak pelik dengan aktiviti ni.

Antara kejutan ke Mesir yang buat aku gembira, Khairun Nas pun ke Mesir jugak. Alhamdulillah. Allah bagi peluang lagi kat pelajar-pelajar yang nak sambung pelajaran ke Mesir. Moga Allah permudahkan urusan dia. Lastly, tajuk entri aku ni pelik sikit. Feeling-feeling berbahasa puitis. ‘Aku terbang’ bukan bermaksud aku dah berjaya. Tapi membawa maksud yang aku baru nak mula melangkah ke tempat asing.


Antara kata dan pesan yang aku dapat sebelum aku ke sana :
Nanti kahwin dekat Malaysia. Belajar elok-elok. Join persatuan yang ada kat Mesir. Kahwin dengan orang Malaysia. Betulkan niat. Orang Melayu direspect kat sana. Bergaullah dengan orang Sudan dan Turki. Bawak ikan bilis. Jangan terlalu terlibat dengan program persatuan sampai menjejas pelajaran. Nanti kepala kau botak sebab rempah ratus orang Mesir. Musim sejuk nanti seronok makan, seronok tidur. Jangan ponteng kelas. Cari syeikh-syeikh untuk belajar. Jangan banyak tidur. Kumpul markah dari sem 1. Orang Mesir besar dan kasar. Ingat tujuan utama ke sana. 

Pesanan yang paling menarik bagi aku : tak payah bawak wire extension.


Friday, 31 August 2012

Bertawasul di Kuala Lipis



Aku bertawassul dalam berdoa .
 “Ya Allah, dengan solat Dhuha  yang telah hamba lakukan sebentar tadi,
Kau mudahkanlah urusan hamba.  Moga-moga ada bas yang menunggu hamba di terminal nanti”


Bagi yang tak tahu makna tawasul, kat bawah nanti aku bagi link artikel aku pasal tawasul. Bagi yang dah tahu, inilah cerita pasal aku bertawasul. Dua hari aku beraya kat Kuala Lipis. Hari Selasa dan Rabu (21-22 Ogos 2012). Hari Selasa aku selamat sampai kat Kuala Lipis, aku kena balik ke KL hari rabu. Disebabkan aku malas nak berkejar-kejar nanti, awal-awal lagi aku dah beli tiket untuk balik ke Kuala Lumpur. Tiket ke Kuala lumpur, hari Rabu, pukul 7.30 malam. Itu tiket last untuk hari tu.  Perjalanan Kuala Lipis-KL nanti lebih kurang 2 jam setengah. Boleh lah aku rehat dalam bas nanti. ‘Rehat’ kat sini lebih boleh korang gantikan dengan ‘tidur’, haha ! Kalau aku sebut ‘tidur’ nampak sangat macam pemalas. Kalau guna ‘rehat’ nampak macam orang yang kuat berusaha, berkerja keras dan bersusah payah serta tak mengenal penat lelah dalam perjuangan. Yezza ! Raya ni aku ke sini, tempat Dato’ Siti Nurhaliza membesar ni. Saja beraya dengan kawan-kawan sekolah. Insyaallah raya ni raya terakhir aku kat Malaysia sebelum aku berangkat ke Mesir. Sebab tu nak merasa beraya dengan member-member. Lepas ni susah nak jumpa kawan-kawan lagi. Semua bawak haluan masing-masing. Seronok beraya kat Kuala Lipis ni. Sebelum ni aku belum pernah lagi beraya dengan kawan-kawan sekolah. So, kali ni aku excited bukan main lagi.






*     *     *
           
Habis dua hari beraya. Sekarang dah pukul 6.55 petang. Aku mintak tolong kawan aku, Haikal untuk hantar aku ke terminal Kuala Lipis. Bas aku 7.30 malam. Kalau tak ada apa-apa masalah, lebih kurang 10 minit sampailah ke terminal Kuala Lipis dari rumah Haikal. Haikal mintak tolong abang dia drive. Abang Haikal kat depan. Haikal duduk sebelah abang dia. Aku sorang-sorang berlagak comel kat belakang dengan beg pakaian.
Bas pukul 7.30 malam kan?” , abang Haikal tanya.
Haah.” Haikal jawab.
Aku pun buat kira-kira. Maybe dalam pukul 7.15 sampai lah kot. Bukannya jauh sangat terminal tu. Kecualilah kalau ada banyak kereta kat jalan raya nanti. Aku keluarkan dompet aku. Nak check balik tiket tu. Kendatipun aku dah confident sangat tiket last tu pukul 7.30 malam. Manalah tau kalau-kalau aku ada masalah mata. Takut salah tengok masa kat tiket. Hmm, ni tiket ke KL. TRANSNASIONAL, KELAS EKONOMI, SEAT 5C. Aku sambung baca lagi. 22/8/2012, 7.00 PM. Nasib baik mata aku okey lagi. Memang bas aku pukul 7 malam. Haha ! erk.. bukan ke sepatutnya 7.30 malam? ALLAH !

            Sekarang dah pukul 7.10 minit. Bas aku dah bertolak dah pun. Macam mana ni? Takpelah. Aku pergi je terminal dulu. Alang-alang dah separuh jalan. Tapi, kalau takde bas macam mana? Aku kena tidur kat terminal sampai esok pagi lah. Bas terakhir dah pergi. Aduh. Takkan aku nak cakap kat Haikal yang aku salah tengok tiket? Kesian pulak kat dia dengan abang dia. Dah hantar aku separuh jalan dah pun. Tapi lagi kesian kat aku. Duit dah tak ada. Kena burn pulak tiket yang aku beli. () Pastu kena tidur kat terminal sampai esok pagi. Ya Allah, kenapa aku tak tengok tu tiket betul-betul? Takkan nak menyusahkan orang pulak sekarang ni? Takkan nak suruh abang haikal kejar bas tu terus sampai ke Raub. Jauh tu. Aku kena fikir elok-elok. Allah yang bagi masalah ni. Allah jugak yang mampu selesaikan. Kenapa aku nak pening-pening kepala? Apa yang Allah bagi adalah yang terbaik untuk aku. Sekarang aku cuma boleh doa. Oh ya, aku boleh bertawasul ! Walaupun aku segan sebab banyak dosa tapi memang Allah je tempat aku bergantung harap. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan aku. Aku bertawasul dalam berdoa. “Ya Allah, dengan solat Dhuha yang telah hamba lakukan sebentar tadi, Kau mudahkanlah urusan hamba. Moga-moga ada bas yang menunggu hamba di terminal nanti”

Kalau nak diikutkan, memanglah aku tak layak mintak sesuatu sebagai ganti amalan aku yang tak seberapa tu. Macam tak ikhlas pulak aku beribadah. Macam mengharapkan satu ganjaran daripada Allah. Seorang abid yang kerjanya sujud je kat dunia ni pun cuma mampu balas nikmat SEBELAH TELINGA yang Allah bagi kat dunia. Inikan pulak aku. Entah nikmat boleh bukak sebelah mata pun belum tentu aku mampu balas. Tapi tawasul memang diblolehkan. Ini salah satu cara kita berdoa. Dan ada beberapa cara tawassul lain selain yang aku gunakan tadi. Sekarang aku cuma mampu bertawakkal. Apa pun yang terjadi nanti adalah yang terbaik untuk aku. Kalau takde bas nanti aku redha. Kalau kena tidur kat terminal sampai esok pagi pun aku redha. Aku tak nak tumpang rumah kawan. Aku tak nak menyusahkan orang lagi dah. Dah lah semalam aku jahanamkan motor sorang kawan. ( yang ni cerita lain, kena senyap !) Itu ketentuan Ilahi. Inipun salah aku sendiri. Nak buat macam mana kan? Aku teringat satu lirik nasyid dari kumpulan Mestica  bertajuk ‘Rahmat Ujian
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

          Dah nak dekat sampai terminal. Sekarang dah pukul 7.27 malam. Ya Allah, Kau tolongkah hamba yang lemah ni. Jalan straight, round abaout, masuk kanan. Dah nampak terminal atas bukit. Sunyi je terminal ni. Eh, ada bas! Ada satu bas Transnasional baru je bertolak dari terminal. Bas tu dengan kereta Myvi kitorang berselisih. Kat cermin depan tertulis KL-Kuala Lipis-KL. Tu bas aku ! Abang Haikal terus kejar bas tu. Bas pun berhenti tepi jalan. Alhamdulillah. “Terima kasih bang. Terima kasih Haikal. Kirim salam mak kau.”. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa aku. Ada hikmah benda-benda ni terjadi. 1) Akhirnya aku manfaatkan ilmu yang aku dapat. 2) Aku belajar redha dengan benda yang terjadi. 3) Dan yang paling penting, aku ada sesuatu untuk share dengan korang. Sesuatu yang selama ni aku lupa untuk kongsikan. Inilah tawasul.
P/S: Allah makbulkan doa aku bukan sebab aku banyak beramal soleh. Tapi sebab aku hamba yang lemah. Tak berdaya nak buat apa-apa lagi.