Blogger Widgets

Wednesday, 6 June 2012

Selamat datang kepada diriku.

            "Memang, lima perenggan cukup ringkas. Tetapi sudah memadai untuk memenuhi tuntutan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, "Sampaikanlah daripadaku walau hanya sepotong ayat".


            Assalamualaikum w.b.t.. Firstly terima kasih sebab sudi melawat blog ni. Inilah entri pertama blog aku. Blog 5 perenggan ni dicipta khas untuk orang yang tak gemar atau kurang minat membaca. Jadi, kepada mereka-mereka yang malas membaca (macam aku :D), ataupun nak perkongsian ilmu dalam masa ringkas, cepat dan tangkas bolehlah berkunjung ke blog ini. Sudi-sudilah bagi feedback atau komen. Nak komen atau feedback boleh komen kat bawah ni, ataupun email kat amrybds@yahoo.com, ataupun cuma komen kat chatbox sebelah kanan entri ni.


             Aku akan berkongsi sedikit sebanyak tentang sesebuah isu mengikut pandangan dan pengalaman aku sendiri. Sedikit sebanyak masih perlukan pandangan orang lain yang lebih berpengalaman dan mempunyai pandangan tersendiri. Perkara-perkara lain mungkin tentang agama dan beberapa perkara yang aku peroleh dari pembacaan di internet dan buku.

            Diulangi sekali lagi, entri-entri aku adalah melalui kaca mata aku, bukan ideologi pihak lain. Jadi untuk menerima atau mengiyakannya adalah dibenarkan. Meninggalkannya juga dibenarkan. Entri-entri ini juga boleh digunakan sebagai perbandingan, penulisan, rujukan ilmiah (jika sesuai) dan penambah aktiviti di kala bosan kerana cuti sem yang lama (apekah?). Untuk dijadikan pusat rujukan tatabahasa Bahasa Melayu adalah tak dibenarkan. Haha !

              Semua artikel yang bakal aku tulis adalah milik ALLAH belaka. Jadi untuk share, copy/paste, printscreen mahupun mengambil link  tak perlu meminta izin daripada aku selagi mana dengan niat untuk berkongsi ilmu - bukan untuk menjatuhkan maruah aku atau orang lain sama sekali.
Dan sebagai penutup, aku masih baru (sebab tu tajuk entri ni lain macam) dan memerlukan apa jua jenis penambahbaikan. Jadi komen-komen membina amat ditagih olehku yang hanya mendapat kurang dari setitik lautan Ilmu milik Azza Wa Jalla. Persoaalannya, adakah kita peroleh manfaat dengan hanya membaca lima perenggan?  Wallahu a’lam. By the way, gambar budak comel kat atas tak ada kena-mengena dengan hidup aku, cuma menggambarkan keindahan ciptaan Allah dan syariat Islam, betul tak?