Blogger Widgets

Monday, 23 January 2017

Instablog


Dahab is a mistake that I'm going to redo. . Selamat malam Dahab, jumpa lagi pasti, kalau ada jodoh dan rezeki. . Macam biasa, taken by my #huaweip9 . Credit to Izzuarizul. . #ig #igers #igersmalaya #dahab #winter #menantuabahawak #followerskenatahu #snapseed #huawei #leica #instablog

Saturday, 21 January 2017

Instablog


Malam ni abang berbunga-bunga nak jadi sweeper yang berjaya. (Faham-faham je lah) . Mohon lutut abang tak buat hal macam trip ke Nuang ritu. . #igers #ig #igersmalaya #huaweip9 #leica #saintcatherine #winter #egypt #instablog

Thursday, 12 January 2017

Permaisuri Dingin



Sudah lima berlalu tahun, 
aku di sini jauh diterbang, 
Aku pinta Tuhan susun,
jadilah aku anak dagang, 
Hasrat kedua ku pohon,
citaku tak dihalang,
Asyik berpanas berembun,
ku mahu bayu dingin datang.

Hati-hati dengan apa yang kau pinta.

Lima tahun limalah juga musim salju, 
Bayu ku pinta bukan selalu selembut bayu, 
Kadang-kadang ia kencang mengherdik pintaanku dulu, 
"Ini pilihan, harapan, kemahuan, keinginan mu, 
Pelanginya engkau ambil, celanya kau tak mahu?"

Sudah lima musim sejuk, 
Satu ku jalani tanpa terkutuk, 
Empat lagi pula penuh cela, busuk.

Empat yang teruk.

Dua pertama kesannya tak lama. 
Pedih sebentar lalu terlapuk. 
Hanya dibiar, lalu berhabuk.

Yang ketiga jadikan ku bimbang, 
Ada tetamu sudah bertandang, 
Dia, pembunuh utama wanita seluruh dunia, 
Satu dari lapan menerima kunjungannya, 
Kunjungannya tidak kan terduga.

Dia sangat biadap, 
Datangnya menghendap, 
Mereka memanggilnya 
'pembunuh senyap'.

Lalu menyebabkan yang keempat.
Yang keempat ini lebih dahsyat, 
Yang keempat ini datangnya penuh amuk, 
Yang keempat ini merobek menusuk, 
Aku dipukul dipikul dibuang dihempuk, 
Sehingga kuat kakiku kini terduduk, 
Melayan hati pedih berkecamuk, 
Mendengar khabar paling buruk, 
Dia kini sudah tiada lagi.

Insan yang ku sayang juga enam yang lain, 
kini cuma terbayang walau tersangat ingin, 
ku peluk tubuhnya dalam angin dingin, 
Dahinya ku cium tangannya ku pimpin, 
Meminta segala maaf, memohon segala izin.

Tangisan apa pun tak mampu kembalikan, 
Batang tubuh permaisuri hatiku, kerinduan. 

Musim dingin kini semakin berlalu, 
Lalu bersama insan ku rindu, 
Ibu. 

Semoga ibu di kalangan hamba-Nya yang soleh. 
Diampunkan dosa, dikurniakan syurga, dijauhkan seksa kubur dan neraka.

13 Januari 2017

#musimsejuk #instablog