Blogger Widgets

Saturday, 26 January 2013

Saya Ingin Bercerita, Sila Dengar.



"Epal, anda tahu epal? saya ingin bercerita tentang epal."

            1)Ini ialah cerita tentang seorang tokoh. Tokoh ini tiada kaitan dengan gambar di atas. Tokoh ini sangat kuat pengaruhnya. Ramai yang tahu cerita tentang tokoh yang hebat ini. Dia membawa satu ilmu  yang disangkakan baru, padahal ilmu itu ialah  ilmu lama yang telah dilupakan manusia ketika itu. Ilmu itulah yang digunakan oleh sebahagian besar manusia pada zaman kita ini dan kalaulah bukan kerana dia, ramai yang akan hidup dalam kebodohan dan penipuan. Tokoh ini juga berjaya menambat hati ramai orang dengan sikapnya walaupun dia hanyalah seorang anak yatim yang membesar tanpa ibu dan ayah yang pada kebiasaannya tidak mendapat tempat di hati kebanyakan orang. Siapakah yang mahu mendengar cerita tentang anak yatim ini? Ya, anda-anda yang sedang membaca ketika inilah yang akan mendengar kisahnya. Kisah seorang lelaki yang kini mempunyai lebih kurang 16,000,000 pengikut walhal dia hanyalah seorang anak yatim yang secara tiba-tiba mengejutkan dunia dengan ilmu yang dimilikinya.

            2)Tokoh ini lahir pada tahun 571 Masihi dan berasal dari keturunan yang baik. Ibu dan ayahnya berasal dari puak yang sama, puak yang dianggap paling mulia di kalangan mereka sama ada dari segi politik, kepimpinan, perniagaan mahupun penggunaan bahasa. Bahasa yang digunakan puak ini difahami oleh kebanyakan penduduk disekitarnya dan dijadikan bahasa pengantaraan antara mereka. Si ayah ialah orang yang paling tampan di kawasan perkampungannya. Ketika si ayah melamar ibunya, ramai gadis-gadis di perkampungan itu patah hati. Tidak hairanlah tokoh in juga dikatakan mempunyai wajah yang sangat tampan.

Thursday, 24 January 2013

Exam Fever




                                       
             1)Dah lama aku tak update blog ni disebabkan ketiadaan broadband dan kemalasan untuk ke cyber cafe yang berhampiran. Sebab tu aku nak post dua entri sekaligus minggu ni, ganas tak? Gian punya pasal kan. Entri yang ni tersangatlah panjang jadi gagahkan diri korang untuk membacanya. Tapi, insyaallah entri ni bestBest kot (syok sendiri). Dua minggu lepas aku menghadap dua paper, Adab Jahili dan Bahas Adab. Kedua-dua paper ni tak ada kena mengena dengan akhlak ataupun syakhsiah diri walaupun terselit perkataan ‘adab’ kat situ. Aku terjemahkanlah ye. Adab Jahili bermaksud Sejarah Sastera Arab di Zaman Jahiliah.  Bahas Adab pulak ialah Lapangan Kajian berkaitan Sastera Arab. Kedua-dua paper ni aku tak berjaya jawab dengan jayanya. Series. Maafkan Amry ayah maafkan Amry ibu. Malam sebelum peperiksaan Adab Jahili hari tu aku sempat lagi bersenang-lenang sambil menikmati jus buah-buahan dengan kawan-kawan di gerai Pak Arab. Tiba-tiba aku dapat call dari senior. Kat Mesir, kitorang panggil senior kitorang dengan gelaran ustaz dan ustazah dengan niat diorang berjaya menjadi murobbi satu hari nanti.

“Assalamualaikum, Amry. Enta ok tak? Ada apa-apa lagi yang tak faham?” tanya Ustaz Muhajir dengan nada risau dan serius.

“Waalaikumussalam, ustaz. Insyaallah ok. Ustaz jangan risau.” Aku jawab ringkas tapi hati tetap hairan dan pelik kenapa tiba-tiba dia telefon.

“Kalau enta ada apa-apa yang tak faham pasal Adab ni, sempat lagi nak tanya.” Sambung Ustaz Muhajir.

“Tak apalah ustaz. Nanti ana bukak blog Indonesia yang ustaz cakap tu.” Masa tu aku dah tersenyum+tergelak-gelak sopan disebabkan terpelikan bila ada orang yang tanya pasal persediaan aku untuk hari esok. Nasib baik dia tak nampak reaksi  aku.

“OK, enta baca je blog tu. Nota yang dia buat tu dah ringkas dah.”, Ustaz Muhajir sambung lagi.

“Wah !” dengan nada riang dan kuat, “Bagusnya. Tiba-tiba ustaz cakna pasal ana. Haha!”

“Iyalah. Ana dah pernah gagal subjek ni. Ana tak nak lah orang lain gagal jugak.” Jawabnya simple. Aku terkedu. Senyap sekejap.


            2)Keesokan harinya, aku dengan kondifennya keluar dari rumah seawal pagi. Tak banyak yang aku dapat dari ulang kaji yang tak seberapa semalaman walaupun aku tak tidur. Dengan kondifennya aku bawak peralatan untuk menjawab exam dan nota kecil Adab Jahili yang sempat aku terjemah dalam bahasa Melayu. Senang sikit nak baca sejarah sastera ni nanti. Alhamdulillah bas yang aku dan kawan-kawan aku naik pagi ni tak penuh dan sesak macam selalu. Aku selak balik nota yang aku pegang tadi sebagai pengisisan sebelum sampai ke universiti. Aku cuba recall apa yang dah aku baca semalam. Lebih kurang 5 minit aku kat dalam bas tu, aku dapat miss call dari nombor Nawaj. Aduhai budak-budak ni, tak kanlah masa-masa macam ni pun nak main miss call-miss call? Tahulah korang exam petang nanti. Nawaj telefon lagi dan lagi. Akhirnya aku jawab.
Dengan pantas dan tangkasnya aku ucap, “Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam, Am. Aku Nain.”  Zulkarnain, salah seorang kawan aku. Dia guna phone Nawaj untuk telefon aku.

“Ha, kenapa?”

“Kau tertinggal passport

“Aku rasa aku bawaklah. Kejap aku check kat dalam beg.”

“…”




“Alamak, aku betul-betul tertinggal passport!”
Passport menggantikan fungsi IC bila kita ke luar negara. Aku tak boleh ambil peperiksaan kalau tak ada passport.

              3)Aku turun daripada bas untuk balik ke rumah. Aku kena patah balik. Dah lah lambat, lepas tu kena jalan kaki pulak untuk sampai ke rumah. Dibantu pulak dengan cuaca musim sejuk di pagi hari ni dan mata yang tak tidur semalaman. Memang seronok betul kalau hari-hari tinggal passport kan?! Kemudian, kemudian baru aku ingat. Rumah aku letaknya nun jauh di tingkat lima. Ah, aku kena daki tingkat lima ke? Dalam keterhampaan tu  aku gagahkan jugak kaki aku untuk dapatkan buku merah yang penting tu. Sesampai tingkat lima dah ada kelibat Nawaj, Zulkarnain dan Agil yang tersenyum-senyum tengok aku.
Zulkarnain cakap “Kenapa kau balik? Aku baru je nak pergi sana bawak passport kau.”

“Tak apalah. Aku dah sampai dah pun. Terima kasih.”
Selangkah anak tangga aku turun, aku teringat satu lagi benda penting.

“Duit. Aku dah tak ada duit tambang.” Aku mengeluh.

“Nah, nah. Ambik duit ni dulu.” Nawaj hulurkan 3 Genih. 3 Genih yang belum sempat aku bayar sampai sekarang. Aku naik bas lagi. Sekarang ni aku sorang-sorang. Kawan-kawan aku yang lain dah sampai dah. Aku berdiri kat bahagian depan sekali dekat dengan pemandu bas. Pemandu bas tunding jari ke arah bakul sampah yang terlingkup. Dia pelawa aku untuk duduk atas bakul sampah tu. Aku nak reject pelawaan dia? Jangan haraplah. Aku apa lagi, dengan tanpa segan silunya aku terus duduk. Aku terus selak balik buku Adab Jahili yang dah aku tanda bahagian-bahagian pentingnya.

4)Driver bas tu teruskan pemanduannya. Setiap kali ada orang nak turun dari bas dia akan balas dengan “Insyaallah.” Bahasa dia sangat indah. Aku tertarik dengan cara dia hinggakan aku rasa macam nak jadi driver bas jugak. Eh, apesal pulak ni? Geleng-geleng. Tumpukan perhatian kat buku Adab Jahili balik. Tak lama lepas tu ada pak cik lingkungan 50-an naik bas tu. Dia pun berborak-borak dengan driver bas. Aku? Aku hanyalah manusia Asia Tenggara yang kerdil, yang berada di antara diorang berdua, yang sedang buat-buat ulang kaji Adab Jahili.
“Essyams gameel. (Matahari hari ni cantik)” kata pakcik driver. Memang matahari sesuatu yang cantik dan indah bila tiba musim sejuk ni.

Dia tepuk bahu aku sambil senyum “Ta’rif syams? (kau tahu tak syams [matahari]?)”.

“Naam. (ya)”

“Enta tidris eh? Adab Gahili? (kau belajar apa ni? Adab Jahili?)” giliran pak cik 50-an pulak bertanya.

“Naam.(ya)” aku jawab ringkas.

“Enta fi sanah eh (kau tahun berapa sekarang)?” tanyanya lagi.

“Sanah uula (tahun satu)”

“kam sanah lid diraasah? (berapa tahun semuanya)”

“Arbaah sanawaat (empat tahun)”

“Wenta Indunisi? (kau ni orang Indonesia?)”

“La’ah, ana Malizi.(tak lah, aku orang Malaysia)”

“Ahsan naas (sebaik-baik manusia)” orang Malaysia memang dianggap baik sebab kita ni kaum yang lembut. Baik dari segi pertuturan mahupun perlakuan.

Sampai satu tempat, dia sambung lagi, “Tinzil hena? (kau nak turun kat sini?)”

“La’ah. Uddam Syuwaiyah (tak, depan sikit lagi).”


5)Korang jangan tanya dan jangan cuba tanya kenapa aku jawab sikit-sikit je dan simple-simple. Aku ni kan sopan dan menjaga adab. Ceh! Dah terang lagi bersuluh yang aku ni memang lemah dalam berbahasa Arab. Aku masih dalam tempoh pembaik-pulihan dan memperkuat bahasa Arab aku. Doakan aku wahai pelawat blog aku :) . Macam mana dengan exam aku? Hasilnya aku agak menyesal dengan jawapan aku untuk paper Adab Jahili. Soalannya senang. Cuma aku yang tak hafal. Ini baru kisah Adab Jahili. Paper Bahas Adab lagi lah teruk. sob3. Baru aku tahu beza mahasiswa dengan pelajar sekolah menengah. Arrrgh !





Friday, 4 January 2013

Darul Takzim dan Darul Makmur.



                 1)Assalamualaikum kat korang-korang yang masih lagi dapat membaca blog aku di hari Jumaat yang mulia ni. Tiga hari yang lepas aku ada tulis satu entri bersempena dengan perubahan aku untuk 2013. Aku mengakulah yang entri tu agak jiwang sikit. Ada kawan aku yang kata entri tu melankolik. Penghujung entri tu aku cuba gambarkan yang aku tengah happy tapi aku tak tahu macam mana entri tu tetap jadi melankolik. Aku mengaku. Ada jugak kawan yang gelakkan aku lepas dia baca entri tu. Sangat kurang asam wahai sahabat. Aku tak tahu kenapa dan mengapa, tiba-tiba pulak ramai yang melawat blog aku lepas aku post entri tu. Oh korang ni, kalau bab-bab kisah cinta dan jiwang memang korang seronok sangat kan? Bila entri aku cerita pasal adil, ramadhan, surat berantai, imam & memasak, dan entri pasal orang yang demand atau terlampau memilih dalam bab-bab makan (ikan-mati-lemas) sikit je yang nak membaca. Entri bertarikh 1 Januari 2013 tu tersangatlah ramai yang melawat. Aduhai -_-“. Sebelum korang terpesong dan tersasar dalam menilai blog aku, lebih baik aku tekankan sekali lagi yang blog ni bukanlah diari aku yang boleh aku cerita dan coret pasal semua benda yang berlaku kat aku. Blog ni hanyalah entri-entri lima perenggan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang aku rasa boleh aku kongsikan dengan korang.

               2)Hari ni aku masih dalam mood bercerita lagi.1,2,3 aaand, action! Cerita tentang sekolah menengah aku kat Kuala Lipis, Pahang. Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Ad-Diniah Padang Tengku (SMAPT). Sekolah yang boleh buat aku tersenyum sorang-sorang bila aku duduk sorang-sorang. Kalau aku tersenyum masa duduk ramai-ramai nanti orang kata aku gila pulak. Aku belajar kat SMAPT setahun je, tapi kenangan kat sana boleh buat aku lupakan kenangan empat tahun sebelum tu kat Madrasah Arabiah Kluang (MAK- sebut huruf perhuruf), Johor. Kat SMAPT ramai kawan. Terlalu ramai kawan sebaya, senior  (tingkatan 6) mahupun adik-adik yang dengan bangganya aku gelar diorang sebagai ‘kawan’. Ada jugak kawan yang bukan ‘kawan’. Part tu malas aku nak terangkan, sila buat-buat faham boleh? Haha. Aku belajar kat MAK dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4. MAK memang terbaik. Peraturan, pendidikan, perlaksanaan sunnah-sunnah Nabi SAW, latihan berbahasa Arab, pergaulan antara pelajar lelaki/perempuan dan banyak lagi perkara terbaik yang tak dapat aku sebutkan kat sini. MAK ni sekolah swasta. Kat MAK tak ada aliran Akaun mahupun Sains Tulen. Aku pindah dari situ atas faktor ketidak-mampuan untuk meneruskan pembayaran yuran disebabkan adik lelaki aku pun masuk belajar kat situ.

Madrasah Arabiah Kluang, Johor
                3)Bila aku pindah ke SMAPT aku terkena culture shock. Lelaki dan perempuan boleh pulak selamba penguin berjumpa, bergurau, bergelak tawa. Boleh gelak-gelak dan boleh borak-borak. Masa mula-mula masuk je aku tak biasa dengan situasi tu. Aku ditempatkan ke kelas 5 Ikhlas - kelas terakhir aliran sastera - sebab kelas tu ada tempat kosong. Aku pernah mintak untuk ambik Aliran Akaun tapi cikgu tak bagi sebab aku tak pernah belajar apa-apa pasal akaun masa kat MAK. Aku bersyukur sangat cikgu tak bagi aku tukar kelas sebab budak-budak kelas tu takde lah skema sangat asyik nak belajar je 24 jam. Kalau kita terlalu serius belajar tak dapatlah menikmati zaman keriangan. Ok, part ni jangan ikut cakap aku. Belajarlah sungguh-sungguh sebab aku tak nak bertanggungjawab kalau korang gagal dalam mana-mana peperiksaan. Kelas 5 Ikhlas riuh rendah. Masa aku mula-mula masuk macam-macam soalan yang ditanya, especially dari deretan belakang kawan-kawan perempuan.“Wei budak baru, siapa nama kau?” “Kenapa kau pindah sini?” “PMR dengan SMA kau dapat apa?” “Budak-budak perempuan sekolah kau macam mana ea?”dan soalan yang paling aku ingat, soalan yang diajukan Siti Zahirah ,“Kau ada makwe?” . . . erk. Duduk kat 5 Ikhlas ni aku boleh hafal kesemua lebih kurang 92 orang pelajar tingkatan 5. Ada jugak member-member aku yang duduk kelas depan-depan yang tak kenal budak-budak kelas aku. Apakah? Entah-entah kalau aku duduk kelas Akaun, aku pun tak kenal budak-budak kelas 5 Ikhlas.

Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis
Pahang.
                4)Yang paling aku sayang pasal SMAPT ialah penghuni-penghuninya. Terutamanya kawan-kawan aku yang sama batch. Kalau diorang tak sayang aku balik aku bom je rumah diorang satu-satu. Kawan-kawan aku, diorang tak sedar yang cara diorang berkawan antara satu sama lain sangatlah unik sampaikan aku tertarik. Contoh pertama ialah masa dalam perhimpunan, kawan aku si A pernah panggil nama si B. Tujuannya hanyalah untuk suruh si B betulkan kolar si C yang terkelepet macam orang tak betul. Tak kemas. Contoh kedua pulak, diorang tak kesah kalau disuruh buat benda-benda kecik (ambil baju, ambil lauk dll). Kalau disuruh memang jarang ada yang merungut. Benda-benda kecik macam ni biasanya diorang buat terus. Kat MAK tersangatlah pelik kalau kita suruh kawan kita buat itu ini. Mungkin tak semua. Diorang lagi suka suruh junior yang buat benda-benda tu. Contoh yang terakhir, kitorang suka makan setempat sesama form 5. Of courselah meja tu tak cukup besar untuk semua pelajar lelaki form 5. Jadi kalau aku atau sesiapa makan lambat tapi meja dah penuh dengan selambanya ada yang akan cakap macam ni “Wei, kau dah siap makan kan? Bangunlah, bagi Amry duduk pulak.” Tak ada masalah pun, dia akan bangun dan bagi tempat duduk.  Masa mula-mula dulu aku rasa  pelik sebab diorang tak kecik hati ataupun merungut sebab itu kebiasaan diorang.

                5)Kenangan SMAPT yang paling best haruslah masa SPM. Macam-macam yang kitorang buat. Semua seronok sampai tak tidur malam. Satu asrama tu kitorang punya. Kat sekolah tak ada orang lain selain kitorang. Malam-malam pergi makan kat gerai luar. Tengah malam balut selimut jadi pocong untuk kacau orang. Pukul 3 pagi rakam video miming lagu Ana Rafali. Sebelum masuk dewan periksa dengar lagu kat radio. Petang-petang terjun dalam kolah. Oh indahnya zaman sekolah. Dulu kat SMAPT pernah tergantung banner gambar aku dengan pelajar-pelajar lain sebagai antara yang cemerlang. Ayah aku seronok sangat bila tahu. Biasalah, ayah. Sekadar 7A takdelah cemerlang mana tapi tu dah cukup buat ayah aku gembira. Raya terakhir aku kat Malaysia pun aku raya kat Kuala Lipis dengan kawan-kawan SMAPT. Aku tak raya dengan kawan-kawan MAK. Bukan sebab aku lupakan diorang. Aku masih contact beberapa kawan-kawan MAK tapi yang lain macam tak kenal aku dah. Aku pun macam dah tak kenal diorang jugak. Pernah sorang kawan MAK aku telefon aku. Rupa-rupanya sebab nak pinjam duit je. Hampeh kau. Ku sniper nanti baru tau.

* * *

P/S: Entri ni dedikasi untuk adik aku yang masuk SMAPT  tadi untuk ambil Sains Tulen. Aku doakan dia mampu bawa semua subjek sains walaupun dia tak pernah belajar apa-apa masa tingkatan 4 kat MAK. Moga dia dapat rasa apa yang aku rasa kat sana.

# kawan aku suruh letak nama dia kat blog aku. So Aku letak lah ye. NAWAJ