Blogger Widgets

Pages

Friday, 7 December 2012

Salam atau Assalam?


                  1)Minggu ni je ada satu kekecewaan yang aku rasa. Baru-baru ni aku dapat surat berantai. Huh! Padahal baru je minggu lepas aku post entri pasal surat berantai. Kalau korang tak baca lagi, silalah baca kat sini. Tapi kali ni surat berantai yang aku dapat berbentuk surat. Surat lah. Bukan email, bukan sistem pesanan ringkas (SMS) dan bukan pulak chat dari facebook. Dan, surat yang aku dapat kali ni bertulisan Arab daripada kawan sekuliah aku yang berbangsa Arab. Haha! Orang Arab pun tak terkecuali daripada percaya benda-benda ni. Kat surat tu tulis pasal orang yang dapat rezeki melimpah-ruah bila dia sebarkan surat tu kepada orang lain. Dan ada pulak yang mati beberapa hari lepas dia perlekehkan surat berantai tu. Aku ni macam mana pulak? Aku memang tak percaya dengan nikmat mahupun niqmat yang ada pada surat tu. Apa nasib aku? Dan sampai sekarang aku tak percaya. 

                      2)Kalau sebelum ni, aku ada cerita tentang penggunaan penulisan In shaa Allah (klik sini untuk ke entri). Sekarang ni aku nak terangkan tentang penggunaan ‘assalam’ (السلام) yang mengantikan penulisan ‘assalamualaikum’ (السلام عليكم) atau ‘salam’ (سلام). Bermulanya penggunaan ‘assalam’ ni apabila ada yang yang melarang orang ramai daripada menggunakan kalimah ‘salam’ kerana Allah pernah memerintahkan Nabi berpaling dari orang-orang yang meyembah berhala dan mengucapkan ‘salam’ kepada mereka. Peristiwa tersebut direkodkan dalam Al-quran :

Az-zukhruf : ayat terakhir, 89 " Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)".

Atas sebab tu lah kita dilarang menggunakan perkataan ‘salam’ dan perlu digantikan dengan ‘assalam’. Setakat ni korang boleh faham bahasa aku kan? Kalau tak boleh faham silalah selamkan kepala kedalam air sebab comfirm-comfirm korang tengah ngantuk dan hilang fokus. Kita teruskan lagi. Apa-apa pun, kita kena tahu bahawasanya perkataan ‘salam’ bukan sekali dua diulang di dalam Al-quran. Malahan banyak kali. Dan kebanyakannya membawa makna yang baik. Nak bukti? Aku boleh buktikan.

1) Yaasin : 58 "(Kepada mereka, ahli syurga diucapkan) "SALAM" sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang"
– SALAM diucapkan kepada ahli syurga.

2) Al-Hijr : 52 "Ketika mereka (malaikat) masuk ketempatnya, lalu mereka mengucapkan "SALAM". Dia (Nabi Ibrahim) berkata, kami benar-benar takut kepadamu"
- malaikat mengucapkan SALAM kepada Nabi Ibrahim

3) Yunus : 10 "Doa mereka (orang yang beriman) di dalamnya (syurga) ialah "Mahasuci Engkau Wahai Tuhan kami" dan ucapan penghormatan mereka ialah "SALAM" Dan penutup doa mereka ialah "Alhamdulillahi rabbilalamain""
-ucapan tahiyyat/penghormatan bagi orang-orang beriman di syurga ialah SALAM

4) Al-Furqan : 63 "Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata menghina) mereka ucapkan SALAM"
-hamba-hamba Allah yang rendah hati ucapkan SALAM dengan sabar walaupun dilontar kata-kata hina.

5) Al-Furqan : 75 "mereka itu akan diberi balasan dengan tempat yang tinggi (di syurga) atas kesabaran mereka, Dan mereka akan disambut dengan penghormatan dan SALAM"
-ahli syurga disambut dengan penghormatan dan SALAM

            3)Ayat-ayat kat atas ni hanya sekadar yang aku jumpa dan yang aku perasan. Mungkin banyak lagi perkataan ‘salam’ yang aku tak perasan. So, kepada sesiapa yang melarang dari menggunakan ‘salam’ silalah tampil di sini dan nyatakan kenapa Allah gunakan perkataan 'salam' untuk tujuan baik lebih banyak dari untuk tujuan sebaliknya? Dan takkanlah kerana satu maksud ‘salam’ yang ditujukan kepada penyembah-penyembah berhala tu, kita abaikan pula ‘salam’ yang ditujukan kepada para nabi dan ahli syurga. Malahan Nabi Muhammad sendiri pun peroleh selawat dan salam dari ummat-ummatnya berkurun lamanya.


“صلاة الله سلام الله * على طه رسول الله”

'Salam’ kat atas pun tak ada huruf ‘ال’. Mungkin ada yang lebih cerdik dalam kaedah nahu (tatabahasa) akan cakap, huruf ‘ال’ tu dibuang sebab mudhaf dan mudhafun ilaih. Ini pulak jawapan aku: mudah je, dalam kaedah balaghah ada kaedah membuang musnad, atau musnad ilaih. Membuang mudhaf, atau mudhafun ilaih. Membuang fa’il, maf’ul, serangkap ayat, beberapa rangkap ayat dan banyak lagi. Dalam kes ‘salam’ jugak, boleh jadi huruf ‘ال’  dibuang kerana mudhafun ilaihnya ada - tapi dibuang.

            4)Dalam solat ada 5 rukun qauli (percakapan):
1) Takbiratul ihram,
2) Al-fatihah,
3) bacaan tahiyyat akhir,
4) selawat keatas Nabi dalam tahiyyat akhir
5) salam pertama.

Dalam tahiiyat akhir kita akan baca :
 ‘السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته. السلام علينا و على عباد الله الصالحين.’
Kedua-dua Assalam ini hukumnya sunat. Kita boleh baca macam ni :
‘سلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته. سلام علينا و على عباد الله الصالحين‘
tanpa ‘ال’ . Sumber, At-taqrirat As-sadidah, kitab feqh mazhab Syafie. 
Kat tahiyyat akhir pun kita boleh gunakan perkataan ‘salam’ ke atas Nabi Muhammad. Kenapa kita tak boleh gunakan perkataan ‘salam’ untuk manusia? Adakah kita mendoakan keburukan kepada mereka dengan menggunakan perkataan tersebut? Tidak sama sekali ! Seterusnya, antara ‘salam’ dan ‘assalam’ yang mana satukah yang lebih bagus untuk kita gunakan? Jawapannya gunakanlah ‘assalamualaikum’ sebab itulah ucapan yang Islam syariatkan. Kalau ada orang ucap ‘assalamualaikum’, kita wajib jawab dengan ‘waalaikumussalam’. Tapi kalau orang ucap ‘salam’ atau ‘assalam’, kita tak wajib jawab apa-apa. Nak jawab boleh, tak jawab pun tak apa.

            5)Sekarang kita dah sampai ke perenggan yang terakhir. Perenggan yang menyimpulkan hasil tulisan aku. Pertamanya, kita boleh tulis sama ada ‘salam’, ‘assalam’ mahupun ‘assalamualaikum’ kerana ketiga-tiganya bertujuan mendoakan orang muslim yang lain. Yang keduanya, jangan lah kerana maksud ‘salam’ yang satu tu, kita abaikan semua maksud ‘salam’ yang lain yang kebanyakannya membawa maksud kebaikan. Ketiganya, aku ni hanyalah budak yang baru belajar, jadi aku harap ada orang yang sudi tegur kesilapan dalam penulisan aku. Tak semestinya apa yang aku tulis ni betul semua. Kalau ada silap, silalah tegur kat sini ataupun kat facebook. Selamat menyokong aku ! :D
Comments
3 Comments

3 comments: