Blogger Widgets

Tuesday, 23 October 2012

Masak dan Imam



Korang pernah dengar tak statement macam ni : “Kalau perempuan mesti pandai masak, lelaki mesti pandai jadi imam.” Ayat ni kira macam ayat pertahananlah. Kalau orang lelaki asyik suruh perempuan belajar masak sebelum kahwin, diorang boleh guna ayat ni untuk buat sang lelaki fikir 4 kali sebelum cakap benda ni lagi. Tak kesahlah apa pun tujuan statement ni dibangkitkan. Cumanya statement ni timbulkan dua soalan besar untuk diri aku sendiri. 1) Perlu ke semua perempuan pandai memasak? 2) Susah ke bagi seorang lelaki yang tak gila, cukup umur, Muslim dan sempurna panca indera untuk jadi seorang imam dalam solat?

          Aku jawab balik soalan yang aku timbulkan ni. 1) Tak perlulah untuk seorang perempuan pandai sangat masak. Sebenarnya tu bukan kerja korang pun. Lepas kahwin pun boleh belajar, tak ada masalah. 2) Tak susah. Selesai sesi menjawab.

          Huraian untuk jawapan pertama aku. Kenapa aku kata perempuan tak perlu pandai masak? Aku pernah pergi kem Cintai Rasulullah masa sekolah menengah dulu. Ada seorang penceramah yang merupakan kaki tangan tinggi kerajaan. Pangkat besar, gaji besar. Tiap-tiap hari dia yang masak untuk keluarga dia. Katanya kerja memasak bukan kerja sang isteri. Kerja sang isteri adalah melayan suami. Wah, bertuahlah isteri dan family dia. Sebelum tidur dia akan siapkan barang-barang memasak untuk hari esok. Kalau ye pun isteri kena masak untuk suami, tak jadi masalah kalau kemahiran memasak tu diasah lepas kahwin.

          Untuk jawapan kedua pulak. Kenapa aku kata tak susah jadi imam? Sebab hakikatnya memang tak susah. Pada pendapat peribadi aku, semua lelaki yang cukup kriteria berakal, baligh, Muslim dan sempurna pancaindera wajib, perlu dan patut mampu menjadi imam solat. Ada antara kita ni yang takut, malu atau malas jadi imam. Tak payah cakap korang. Kitorang yang dah belajar sampai Mesir ni pun sama je. Belajar tinggi-tinggi tapi tak boleh conduct solat jemaah. Takut-malu-malas tu boleh dibuang kalau kita praktikkan selalu. Ada pulak jenis yang boleh jadi imam zohor dan asar je. Solat-solat lain tak boleh sebab kena keluar suara -_-“.  Lepas ni aku nak tulis satu entri. Khas untuk lelaki-lelaki yang takut-malu-malas jadi imam.
Budak kecik yang mumayyiz pun boleh jadi Imam.
Akhir sekali. Lelaki yang tak boleh jadi Imam tak payah kahwin pun takpe. Orang yang tak boleh jadi imam ni selalunya orang yang tak baca Al-Quran je. Paling kurang sehari sekali kita kena baca Al-Quran. Maybe ada yang dah lupa pun bila kali terakhir dia baca Al-Quran. Sama-samalah kita ubah lepas ni. Buat mana-mana yang digelar perempuan yang tak tahu atau tak mahir memasak. Korang boleh mula belajar sikit-sikit. Lepas kahwin pun boleh belajar sehabis mungkin. Tapi kalau calon suami korang memang nak orang yang pandai memasak, korang kena paksa-relakan dirilah. Ibu, mak sedara atau kenalan-kenalan kita ramai yang belajar memasak lepas kahwin. Sekarang bukan main power lagi. Sedap yang amat. Tak ada masalah pun. Sampaikan dalam biodata masa kecik-kecik dulu kategori makanan kegemaran, kita akan tulis : 'Semua masakan ibu'.

Wednesday, 17 October 2012

Orientasi

        Sampai satu saat aku jadi rimas-cemas bila tak update blog. Sungguhpun tugas ni sekadar syok sendiri, tapi aku tetap excited . Haha ! Kepada pengunjung-pengunjung blog aku, sila tengok balik tajuk entri ni. Of course-lah korang mengerti dan memahami maksud  O R I E N T A S I . Kepada korang-korang yang tetap membaca setelah melihat tajuk bosan ni , tahniah aku ucapkan ! Korang berjaya luangkan masa untuk membaca sesuatu yang bosan (sedih sekejap). Aku sebagai typical Malay student, sungguhpun dah jejak kaki kat Mesir ni tetap tak berapa suka pergi ber-orientasi. Tapi aku still nak share dengan korang kelainan program orientasi kat sini berbanding kat Malaysia.

        Aku pernah telefon kawan aku yang belajar kat UTM. Program orientasi diorang ada buat Gangnam Dance ! Wah, macam mana rupa pemudi-pemudi menari Gangnam yek? Tengok video 'Super Kampung Style'  pun dah buat aku berkerut kening. Ah, lupakan dulu. Aku sambung pasal program orientasi kat sini. Aku dengan paksa+relanya merela-paksakan hati ni join program orientasi. 

        Perkara unik pasal orientasi kat sini nak dibandingkan dengan orientasi-orientasi yang pernah aku join,
etika disiplin diorang. Korang boleh fikir-fikir etika disiplin yang biasa kita hadapi. Tepati masa, berpakaian kemas, menjaga tingkah laku dan lain-lain. Etika disiplin  kat sini sama jugak, tapi dengan beberapa penambahan. Etika disiplin pertama yang termaktub : Ikhlaskan niat kerana Allah, maksudnya bukan kerana terpaksa, (tepat-terkena-batang-hidung aku). Etika dispilin yang seterusnya, sentiasa mengekalkan wudhu'. Yang ni aku rasa unik. Etika-etika yang lain sama je macam yang aku sebut kat atas dan atas dan atas tadi.

         Then, ada pulak barang amanah. Antara benda yang aku tak minat dalam berprogram :
1) barang amanah 2) sesi nangis-nangis 3) sesi tengking-tengking 4) perjalanan tentatif yang tak sama tengan realiti. Yah ! Haha ! So, aku rasa barang amanah ni benda yang cliche dalam satu-satu program yang melibatkan tempoh masa lebih dari dua hari. Bosan. Aku bagi ontoh barang amanah yang kita kena jaga sampai habis program . Nametag, telur, beras, lingkaran ubat nyamuk dan lain-lain. Tapi program orientasi kitorang lain dari yang lain. Barang amanah bukan dari pihak penganjur. Peserta kena cari mana-mana tasbih untuk dijadikan barang amanah. Kenapa?. Dalam diam mulut kita terkumat-kamit berzikir tanpa disuruh. Sebab tasbih dah ada kat tangan. Memang terbaiklah barang amanah kali ni.

        Lastly, semua perkara ada pro dan kontra. Program orientasi ni pun tak terkecuali. Tapi perlu ke aku sebut perkara-perkara negatif pasal program ni? Tak perlu dan tak manis rasanya. Sebab aku ni manis orangnya. Yezza ! Biarlah aku simpan buat panduan menghadapi generasi akan datang pulak.