Assalamualaikum. Hari ni hari Ahad, dah terlajak dua hari. minggu lepas pun terlajak dua hari. Rasa bersalah? Tidak sama sekali. Jangan nak bajet blog ni meletoplah Amry sampai nak rasa bersalah sebab tak post entri. yang baca blog ni pun boleh kira pakai jari kaki. :D Hari ni aku tak cerita, tak menulis panjang-panjang. Aku cuma nak kongsi beberapa post kawan-kawan di facebook yang mana post-post tersebut telah menyentuh hati aku. Lebih tepat lagi, menyindir aku. Wahai sahabat, aku terasa dan terluka dengan post-post anda. Post-post tersebut tersangatlah pahit untuk ditelan.
Aku mulakan dengan post yang tak berapa pahit dulu. Ni post dari kawan aku yang namanya selalu disebut dalam blog ni. Khairun Nas. Simple. Just nak bagitahu yang kita berdoa atau tak kepada Allah, Allah tetap bagi apa yang kita perlu. Habis tu kenapa nak berdoa? Sebab kita ni hamba, dan doa adalah salah satu ibadat.
Bila kita bukak je facebook, kita akan ternampak ayat "How are you doing, _____ ?". Aku tak tahulah bila korang pakai Bahasa Melayu untuk berfacebook dia akan tulis apa. No offense
kepada sesiapa yang translate facebook dia dalam bahasa Melayu, tapi aku betul-betul tak suka pakai aplikasi antarabangsa yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Bila aku tengok facebook kawan-kawan aku yang guna bahasa Melayu, aku rasa nak gelak. Kadang-kadang ada sesetengah part tu yang memang berterabur. Rasa macam tengok subtitle movie cetak rompak pun ada. Yang aku tak tahan bila aku terbaca 'Permintaan Rakan Dikirim'. HAHAHA. Setengah jam jugaklah aku guling-guling kat lantai sebab tak tahan gelak. Yang ni tipu. Ok, aku dah lost kat situ. Mula melalut jauh-jauh.
Bila kita tengok "How are you doing, _____?" tu, macam-macam benda kita nak tulis kan? Tangan dah gatal nak tulis macam-macam. Post yang paling common sekali ialah post "BOOOOOORIIINNGG !" dan post ini datang dalam pelbagai vesi. Ada versi Melayu, versi Inggeris, versi panjang, versi sangat panjang, versi cuti sekolah, versi bajet hot dan versi jiwang. Benda pelik-pelik yang tak patut tulis kat umum pun ditulis jugak. Aku sendiri pun sama. Tapi kawan-kawan aku ni tak. dia tulis sesuatu yang lebih baik. Sesuatu yang bukan berbentuk peribadi tapi umum. Tapi aku rasa diorang semua memang tulis benda-benda ni khusus untuk aku. Memang nak menyindir aku. Ciss ! Sila tatapi postingan mereka.
Dan last but not least, pedih menusuk hati aku :