Blogger Widgets

Sunday, 18 May 2014

Apakah Maksud: Kata Nama Konkrit dan Kata Nama Abstrak

      Kata nama terbahagi kepada dua, khas dan am.
Kata Nama Am pulak terbahagi kepada dua, Kata Nama Am Konkrit dan Kata Nama Am Abstrak.

Kata Nama Am Konkrit
Kata nama bagi sesuatu yang wujudnnya boleh dikesan oleh pancaindera. Boleh dilihat atau disentuh. Dalam istilah sainsnya kita sebut sebagai jirim.

Contoh: Orang, dinding, kayu, kucing dan udara.
Walaupun udara tak boleh dilihat dan disentuh, ia termasuk dalam kategori jirim.

Kata Nama Am Abstrak.
Kata nama bagi sesuatu yang wujudnya bukan secara fizikal. Tak boleh dirasai dengan pancaindera i.e tak boleh dilihat, dihidu, didengar, disentuh dan dirasa.

Contoh: Hidup, hairan, karenah, misteri, ketakutan, cemburu, dsb.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment