Blogger Widgets

Friday, 30 November 2012

Surat Berantai Yang Takkan Merantai.

   
     1)Pengenalan kepada surat berantai. Surat berantai pada asalnya ialah surat yang menyuruh si penerima surat untuk menyebarkannya kepada orang lain. Suruhan tersebut biasanya di sertakan dengan ancaman seperti kemalangan kepada si penerima. Surat berantai kemudiannya beralih kepada sistem email. Pada zaman sekarang, surat berantai lazimnya melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan yang terbaru, di FACEBOOK.



Satu jenis sindiran kepada surat berantai.
     2)Minggu lepas, aku dapat surat berantai kat facebook daripada salah seorang kawan aku.
Sebelum tu, aku nak bagitahu yang aku boleh percaya isi kandungan surat berantai, tapi BUKANnya doa, nasib malang, mahupun naib baik yang akan menimpa kepada si penerima atau pengirim. Dan surat berantai yang aku dapat baru-baru ni sangatlah annoying. Atau lebih teruk, the most annoying.
Korang nak baca? Aku tetap nak paksa korang baca walaupun korang tak nak, silakan.

*Aku mintak maaf kat korang yang tak dapat baca disebabkan 
faktor internet dan sebagainya. Sincerely, aku.

     3)Aku berhenti baca sampai situ. Pengirim kata kalau aku tak baca aku ditimpa ACCIDENT. Bila? BESOK? So, aku nak cabar si pengirim yang rasa doa dia boleh termakbul. Betul ke aku accident BESOK. Aku pergi kuliah macam biasa. naik bas, jalan kaki, turun bas, dan lintas jalan. Nak tengok ade accident tak macam yang si pengirim doakan. Oh, tak ada ! Aku jalan sorang-sorang kat negara Mesir ni. Kawan-kawan dan senior-senior aku ada yang kena rompak, kena tetak, kena pukul dengan orang arab Mesir sebab jalan sorang-sorang. Tapi aku tak kena apa-apa pun. Normal. mana ACCIDENT ?



     4)Tolong jangan salah faham. Aku bukan nak berlagak, jauh sekali untuk mencabar kuasa ALLAH. Tapi aku nak buktikan yang tawakkal kepada ALLAH lebih besar berbanding DOA orang yang tak faham agama yang mendoakan keburukan muslim yang lain. Tak kesahlah sama ada si pembuat mesej ni, mahupun si pengirim. Sedikit sebanyak akidah si pengirim dah rosak sebabkan mesej-mesej macam ni. KANDUNGAN mesej (sahaja) sangat baik. Tapi bila disertakan dengan KEWAJIPAN menghantar mesej kepada orang lain, keburukan dan kebaikan yang bakal diperoleh sekiranya disebar/tak disebar secara lansung menunjukkan cara dakwah yang dah terpesong. Tak pernah dengar ke hukum menyebar mesej berantai? Sila tengok video ni bagi sesiapa yang mampu. (Maksud mampu di sini bukanlah kemampuan dari segi waktu tapi lebih kepada kelajuan internet :) )



             



     
     5)Pada pendapat aku, si pencipta mesej berantai dan si pengirim kena belajar lagi. Banyak benda yang kita tak tahu, tapi kita ikut-ikut buat sekaligus menampakkan kebodohan kita. Bodoh. Kalau korang masih buat benda ni dan nak terasa silakan. Bila lagi korang nak bukak mata pasal benda alah simple-pimple macam ni?  Tak salah kan kalau salah aku istilahkan sifat ni sebagai bodoh ? Maksud bodoh ialah TAK TAHU, BELUM TAHU, atau MEMANG TAK NAK TAHU. Stop sampai situ dulu. Lepas tu, kawan aku yang bagi mesej berantai ni text aku, "Saya cuma sebarkan, tak semestinya saya percaya". WHAT!? pulak dah? Alasan ni tersangatlah tak relevan dan bodoh, serius. Sekali lagi, kalau korang nak terasa silakan. Memang ni tujuan aku buat post macam ni. Dan ini sambungan mesej berantai tu yang aku baru baca lepas aku balik dengan selamat dan selambanya tanpa sebarang accident.

 

Saturday, 24 November 2012

Tulislah In Shaa Allah, betul ke?


     1)Assalamualaikum kepada korang-korang  yang sedang membaca mahupun yang akan baca. Alhamdulillah, selawat dan salam kepada Rasulullah. Moga-moga kita dalam perhatian dan belas kasihan Allah lagi. Macam biasa tiap-tiap hari Jumaat aku akan post entri baru.Tapi ni dah kira terlajak dah. Dah masuk hari Sabtu, maaf-maaf.  Baru-baru ni aku ada chat dengan kawan aku and then dia ada tulis kalimah In Sha Allah untuk gantikan ‘insyaallah’. Betul ke salah? Cuba korang teka sikit. Ye, salah ! Aku akan terangkan serba sedikit berkaitan dengan kalimah "إن شاء الله" ataupun dalam tulisan ruminya ditulis sebagai insyaallah, inshaallah, inshaAllah dan yang terbaru, In Shaa Allah. Kenapa In Shaa Allah ye? Jom kita tengok penjelasan Dr. Zakir Naik. Some say that the quote is  not  from Dr. Zakir Naik himself. And i trust them. Tapi sampai sekarang aku tak jumpa kenyataan Rasmi Dr. Naik yang menafikan statement kat bawah ni. Kalau ada sesiapa boleh bagi link kepada kenyataan tersebut sangatlah dihargai.


Kita tak boleh tulis “InshaAllah” atau “Inshallah” kerana ia bermaksud “penciptaan Allah” (Nauzubillah). Sama ada kita tulis dalam bahasa Arab ataupun Inggeris, pastikan kita tulis betul-betul “In Shaa Allah” (Dengan memisahkan ketiga-tiga perkataan) yang membawa maksud “Jika Allah izinkan”. Jadi sila pastikan anda sebarkan kepada semua orang dan tolong mereka perbetulkan  kesalahan mereka. Moga Allah balas dengan kebaikan, In Shaa Allah.

      2) Ok, dekat sini aku pisahkan penerangan aku kepada dua. Yang pertama untuk mereka-mereka yang tak berpeluang mendalami bahasa Arab atau Nahu dan yang ke dua untuk mereka yang dah memahami sebahagian ilmu Nahu supaya penerangan aku ringkas dan tak complicated untuk difahami untuk kumpulan pertama.

       3) Penerangan pertama. Secara umumnya aku tak setuju dengan statement Dr. Zakir Naik kat atas. Pada bacaan dan fahaman aku, tak ada masalah kalau korang nak tulis macam mana sekalipun asalkan niat korang nak maksudkan 'jika Allah izinkan'. Tulislah Insyaallah, InsyaAllah, Inshaallah, In syaa Allah dan lain-lain lagi, ia takkan mengubah maksud sebab bunyinya tetap sama. Perbezaan tulisan selain bahasa Arab takkan memberi kesan kepada bahasa Arab. Ianya takkan sesekali membawa maksud 'penciptaan Allah' selagi mana korang tak maksudkannya.

       4) Penerangan kedua pulak, Insyaallah takkan membawa maksud 'penciptaan Allah'. Untuk jadikan maksud 'penciptaan Allah', sebutannya bukan 'insyaallah', tapi 'insyaullah' sebab perkataan 'insyaa' yang membawa maksud penciptaan adalah isim, bukan fe'el. Dan sebagai isim, dia mesti ditulis dengan baris depan/ marfu' sebab kedudukan dia kat situ adalah mubtada' atau khabar. Kalaupun kita kata hukumnya boleh jadi baris atas/mansub kerana 'amil nasabnya tersembunyi (muqaddarah), maka ia berbalik kepada hukum asal - bergantung kepada niat orang yang bercakap. Orang yang beracakap sahaja yang tau muqaddarah dalam pertuturannya.
   

Contoh penulisan yang salah dalam tulisan Arab. Membawa maksud "Penciptaan Allah".
Perkataan 'in' dan 'syaa' dieja dengan jarak.

       5)  Untuk tulisan yang lebih tepat, Kamus Dewan dah isytihar insya-Allah sebagai tulisannya, tapi aku lebih suka tulis 'insyaallah' (dengan huruf kecil) sebab perkataan 'allah' tu asalnya gabungan hujung perkataan 'syaa' 'شاء' dengan 'Allah' 'الله'. Jadi asalnya ialah ء الله bukan  الله . Akhir sekali, kat bawah ni aku letak nota kaki sikit untuk penjelasan masalah-masalah lain yang berkaitan. 

1) Tak ada masalah untuk tulis dengan jarak mahupun rapat ketiga-tiga perkataan in, syaa dan Allah. Selama ni kita tulis Assalamualaikum, Alhamdulillah dan Subahanallah. Bukan Assalamu Alaikum. Yang jadi masalah kalau kita rapatkan dalam tulisan Arab (seperti gambar di atas)
2) Shaa atau Syaa sama je bunyinya dan takkan jejaskan makna. Sekadar perbezaan tulisan mengikut negara masing-masing.

*   *   *

P/S: Ni adalah hasil ubahan semula setelah aku tengok pendapat aku yang sebelum ni salah dan tak boleh pakai. Juga mengambil kira komen-komen dibawah yang banyak membantu.

Friday, 16 November 2012

Bakso Itu


1)Aku dan kawan-kawan terasa nak makan kat luar malam tu. So, kitorang pergi ke kedai masakan Indonesia:
Ayam masak Aladdin ni apa?” tanya kawan aku.
Cubalah. Tak tahu nak cakap macam mana.” jawab seorang lagi yang lain.
 “Ada baksolah. Aku nak bakso.” Menu Indonesia yang lama aku tak jumpa.
Korang pernah makan bakso?”, semua menggeleng. Semua tak tahu bakso tu macam mana. Bakso ni makanan Indonesia berbentuk kepulan daging. Tak pasti daging ikan atau ayam. Dia berkuah dan kita makan dengan bihun. Maybe aku sorang je yang pernah merasa bakso sebab aku tinggal kat Ampang, Selangor. Kawasan yang menjadi lambakan warga Indonesia. Kawan-kawan yang lain pulak rata-ratanya-berasal dari Pahang. Khairun Nas pernah makan bakso tapi dah lupa macam mana bentuknya sebab dah lama tinggalkan Selangor.

***

2)Balik dari kuliah dalam keadaan penat, aku kena berdiri kat tengah-tengah puluhan warga arab yang lebih besar dari aku. Siapa suruh lambat? Memang takkan ada tempat duduk untuk kau kalau lambat kat sini. Haha ! Kat satu sudut aku perasan dua mahasiswa Indonesia tengah berbual kosong. Kat sebelah dia sorang perempuan arab berumur lingkungan 30-tahun. Aku tersenyum. Mahasiswa Indonesia hebat, fasih berbahasa arab. Diorang boleh bergelak tawa, bergurau dengan perempuan tu. Ntah apa yang diorang bualkan pun aku tak tahu. Tapi aku seronok tengok situasi tu. Aku teringatkan Andi, kawan yang aku kenal kat kuliah. Mesra, baik.
Nama saya Andi.” Andi hulurkan tangan.
Saya Amry.
Oh namanya ngak jauh beda
Rizqi pun peramah. Boleh berbahasa Arab dengan baik, bertubuh kecik, baru berumur 18 tahun. Berkenalan dengan orang Indonesia kat sini sama macam jumpa orang Melayu. Kita serumpun, dan sebenarnya sebangsa. Datang dari tempat yang sama, Asia Tenggara.

***
3)Bakso memang popular kat kawasan aku. Aku rasa satu KL tahu apa tu bakso. Kalo KL ada dua, dua KL tahu apa tu bakso. Haha ! (Ayat ni mesti korang familiar) Dari kecik lagi aku berkawan, berjiran, main emak-emak, main nyorok-nyorok, bertumbuk-gaduh dan tinggal dengan orang Indonesia. Ayah aku pun berkawan dengan orang Indonesia. Ada suku Bawean, Madura dan Jawa kat kawasan setinggan ni. Orang Indonesia kat kawasan aku baik, lagi-lagi jiran yang duduk kawasan dekat dengan rumah aku. Kadang-kadang kalau aku nak pergi sekolah, dia bagi seringgit. Masa tu seringgit dah sangat syurga. Seringgit tu banyak kot untuk budak kecik. Macam-macam boleh beli guna seringgit tu.  Kadang-kadang aku tumpang tidur kat rumah diorang. Tumpang mandi, tumpang makan. Aku pun konfius mana satu rumah aku  -_-“.
Tapi tu dulu. Semenjak kawasan setinggan tu kena roboh, diorang kena pindah. Aku jumpa diorang masa Aidilfitri je. Keluarga aku cari jiran-jiran lama kalau beraya kat Ampang.
Apa lah Pak Dolah, kita ni saudara tapi setahun cuma sekali je datang sini.”, rungut jiran lama.
Pak Dolah tu ayah aku lah. Korang jangan buat muka pelik sambil berkerut kening pulak. Ayah aku selalu ingat Tarmuji, jiran lama yang tak putus hubungan dengan ayah. Selalu telefon bertanya khabar.

***

4)Banyak benda yang dibualkan dua mahasiswa Indonesia tu.  Diorang seronok berborak. Kadang-kadang aku jeles sebab diorang lagi terkehadapan dari mahasiswa Malaysia. Suasana dan corak pembelajaran Islam kat Indonesia lagi bagus dari Malaysia. Diorang terus berbual.
Apa cerita saudaramu, katanya dia di Malaysia sekarang?” tanya SiA kepada SiB.
SiB yang perasan pelajar-pelajar Malaysia ni terkesima. Aku yang dari tadi perhatikan diorang pun tersentak. Soalan ni? Soalan ni? Kenapa soalan ni? Aku boleh agak respon SiB. Dia tengok pelajar-pelajar Malaysia sekejap, including me.
Bukan disini untuk ana ceritakan” kata SiB. Dia tahu ada mahasiswa Malaysia yang dengar perbualan dia, so dia tak nak cerita. Sebabnya mudah. Ada sebilangan besar orang Malaysia yang benci pendatang asing kat Malaysia. Dan ada juga orang indonesia yang membenci orang Malaysia atas beberapa faktor. Aku jadi tak sedap hati. Aku tak selesa bila dia buat macam tu. Bukan semua dari kami membenci antum. Aku pun membesar dengan orang-orang dari negara antum. Bas yang kitorang naik ni dah pun sampai kat kawasan perumahan aku. Aku dan kawan-kawan pun turun. Aku tengok SiB yang duduk kat bahagian tepi tingkap. Dia termenung. Aku pergi dekat dengan SiB, aku cakap
Akhi, ana Malizi wa ana uhibbuk”. 
Saudara, saya orang Malaysia. Dan saya sayang saudara.

***
5)Racism atau ke-KITA-an atau asobiyah macam ni dah lama wujud dalam diri rakyat kita. Tengok je kejohanan bola sepak peringkat Asia Tenggara . Siapa yang lebih banyak bergaduh? Ya, Malaysia-Indonesia. Sampaikan penggunaan perkataan 'bola sepak' dengan 'sepak bola' pun nak pertikaikan. Perkara benci-membenci ni biasanya dipupuk dari kecik lagi oleh mak ayah dan media massa. Beberapa ramai orang Malaysia yang jijik dengan orang Indonesia disebabkan sebilangan mereka. Aku pelik dengan diorang yang bencikan orang Indonesia. Diorang tak pernah jumpa ke orang Indonesia yang baik? Atau memang tak ada ruang lansung untuk berkenalan dengan orang Indonesia yang baik? Kenapa aku yang muda, belum matang ni sempat untuk kenal dengan diorang yang baik, tapi korang yang tua tak sempat lansung? Berapa ramai pulak orang Indonesia yang membenci rakyat Malaysia atas faktor-faktor lain. Sangat ramai dan sangat menyedihkan. Sebabkan diorang-diorang ni lah, nasib kami pelajar Indonesia-Malaysia tersiksa di negara orang. Aku risau satu hari nanti aku tak dapat makan bakso lagi.  By the way, bakso kat sini lagi sedap dari bakso kat Ampang :) Aku makan dulu ye !

Bakso yang sedap.


maybe - korang tau dah makna dia :)
familiar - biasa, lazim (dengar, lihat)
main mak-mak -  satu permainan yang menyerupai masak-masak.
including me -  termasuk aku
antum - kamu semua
by the way - apa-apa pun
racism - fahaman berbaur perkauman
Asobiyah - istilah bahasa Arab yang membawa maksud kelompok. Berbangga-bangga dengan kelompok atau keturunan sendiri dan merendah-rendahkan kelompok lain.

Saturday, 10 November 2012

عِنْدَمَا يُسَبِّحُ الحُبّ


1)Assalamualaikum. Kepada kau yang tengah membaca, sihat? Dah solat? Alhamdulillah. Doakan Amry Sajad pun sihat dan dah solat. Baru-baru ni aku tengok cerita Indonesia yang pernah famous dulu, عندما يسبّح الحبّ ataupun lebih mudah kita kenal sebagai “Ketika Cinta Bertasbih” (KCB). Cerita ni dah lama, tapi aku baru start tengok bila sampai kat Mesir sebab latar belakang cerita ni kat mesir. Aku excited bila nampak tempat-tempat familiar dalam cerita tu. Haha. Kat entri yang lepas aku ada cerita pasal Mesir. Aku ada cerita pasal cara-cara nak melintas jalan kat mesir ni. Kat KCB ni lah aku jumpa situasi melintas jalan tu untuk kongsi dengan korang. Take a look.

1. Melintas dengan yakin
2. Melintas sambil melihat kereta yang menyusur
3. Melintas dengan gaya berdiri diam
4. Sama dengan no. 1
2)KCB ni adalah asal tulisan tangan Habiburrahman. Seorang penulis novel yang terkenal. Banyak cerita bergenre cinta-Islamik. Sangat Islamik . Cerita cinta yang dia karang selalunya menggunakan watak-watak yang dah faham Islam dan syariatnya. Batas-batas pergaulan pun di jaga. Watak-watak ni jugak mendahulukan cinta kepada Allah berbanding cinta manusia. Malaysia pernah jugak cuba untuk buat cerita cinta-islamik baru-baru ni. Tapi pada pendapat aku cerita tu sangat-sangat fail. Tak menggambarkan masyarakat yang faham batas-batas Islam. Tapi aku puji sebab ending cerita tu tak cliché.

3)KCB cerita tentang dua watak utama. Abdullah Khaerul Azzam dan Ana Althafunnisa’. Kedua-duanya graduan Al-azhar yang dah sampai masa mencari pasangan hidup. Kalau kita tengok memang seronok. Cerita ni tunjuk kat kita apa itu jodoh. Abdullah Khaerul Azzam berulang kali mencari perempuan untuk dijadikan isteri, tapi tak kesampaian. Lebih kurang 6-7 orang jugak lah yang dah jadi bakal-isteri-tak-jadi dia. Rasa  kesian pun ada jugak bila tengok Khaerul Azzam ni. Tapi dia tetap sabar. Sebab perkara-perkara tu terjadi mesti ada hikmahnya.

4)Akhirnya, Khaerul Azzam berhasil mengahwini gadis idamannya, Ana Althafunnisa’ (part ni korang kena baca dengan dialek Indonesia). Apa pulak kaitan cerita KCB ni dengan korang dan aku?  Macam ni, hari tu aku ada telefon kawan aku kat Malaysia. Sampai satu part tu kawan perempuan aku tanya soalan ni :
Am, orang-orang Arab lawa tak?”. 
Kejadah apa soalan kau ni? Kenapa tak tanya orang Arab hensem ke tak?”. 
"Takde lah. Amanda (bukan nama sebenar) suruh aku tolong tanyakan. Dia kata pakwe dia ada kat Mesir sekarang ni. So, dia risaulah kalau-kalau pakwe dia sangkut dengan perempuan Arab.”. 
. . .  ”.        Kenapa dia nak risau kalau pakwe dia suka dengan perempuan Arab? Padahal kat sini bukan main ramai lagi perempuan-perempuan Melayu. Patutnya tu yang dia kena risau. Haha! Kalau ada jodoh tak kan lari ke mana lah mak cik. Kalau tak ada jodoh, sedarlah yang dia bukan yang terbaik untuk kita. Bersabar lah macam Khairul Azzam.


*     *      *

            5)Aku pernah pernah belajar pasal syarat-syarat amalan diterima Allah. Syarat-syarat yang aku tahu ada dua je. Tapi lepas aku duduk kat Mesir, aku dapat ilmu yang aku tak tahu; syarat yang ke-3. Kalau kita nak amalan kita diterima Allah, kita tak boleh makan makanan yang haram. Sebab disebut dalam hadis, “Barang siapa memakan makanan yang haram, tidak akan diterima amalnya sedikit pun, baik yang sunnah mahupun yang wajib.”. Syarat yang pertama dan ke-2 nanti aku bagitahu kat entri lain. Aku nak jimatkan kuota 5 Perenggan. Haha! Lastly, bila ditanya, 
Am, orang-orang Arab lawa tak?”. 
Aku jawab 
Orang Arab tengok perempuan Melayu ni lawa. Orang Melayu tengok orang Arab pun lawa”.

famous - terkenal
familiar - biasa; lazim (dengar; lihat)
take a look - silakan lihat
ending - pengakhiran
cliché - ungkapan atau idea yang dah basi.