Blogger Widgets

Pages

Monday 29 August 2016

Instablog


بارك الله لكما و بارك عليكما وجمع بينكما في الخير

Beginilah style kalau tangkap gambar. Gaya apa pun tak reti nak buat, kayu je, tak macam budak² lain.

At least Fauzul ada jugaklah tangan utk dipegang  Haha  .

Kepada Sang Suami

Tahniah Fauzul berjaya mendirikan rumah tangga dengan kekasih pilihan hati. Semoga berkekalan ke hembus akhir nafas kamu, dan sehingga kehidupan seterusnya. Semoga engkau suami yang soleh, isteri kau isteri yang solehah dan keturunan yang lahir dari kau berdua jugak solehin. .

Kepada Sang Isteri

Tahniah Fatin Izzati kerana menjadi isteri Fauzul. Sungguh Fauzul orangnya antara yang terbaik yang aku pernah kenal. Engkau berdua nampak synchronise bersama. .

Kepada keduanya

Kita manusia biasa yang pasti ada kurangnya. Sebab itu sabar adalah perkara yang paling banyak dinasihatkan oleh orang yang sudah berkahwin. . Sorang kawan ada cakap masa majlis semalam, orang yang senyap² ni lah yang tetiba je kahwin.

Betul, buat apa nak dihebahkan kalau tak komfem lagi? Boleh jadi ianya tak menjadi. Jadi kau rasa?

#crema #instablog #instagood #wedding #igersmalaysia #

Sunday 21 August 2016

Instablog


Memori ditinggal belakang.
Alhamdulillah habis dah trip 2 hari 1 malam kat Tioman. Trip last minute yang menjadi, tanpa ada sebarang unsur lipat-melipat (baca: sembang).

Lepas ni boleh dah masing² kembali ke kehidupan yang menyeronokkan, kecuali zaim sebab zaim tak habis praktikal lagi.

***

Terima kasih kepada Angah Epi, dan keluarga. Sungguh trip ni akan jadi krik² dan berbajet besar tanpa bantuan Angah dan keluarga.

Juga terima kasih kepada our unsung hero, Muhajir yang sanggup turun dari kuantan menyelamatkan kami² yang terdampar ni.

#tiomanisland #pulautioman #igers #igersmalaysia #aman di #tioman #instablog #menantuabahawak #brocuba

Sunday 14 August 2016

Bila nak beli barang online tapi kat iklan dia takde harga, automatic kau akan rasa geram. Dalam masa yang sama kau jugak peniaga dan kau faham kenapa diorang tak letak harga barang.

Geram & faham bersilih ganti datang.

Saturday 13 August 2016

Instablog


Maaf gambar makwe takde. Gambar Rahman je ada, nah.

Btw Rahman still single so sesiapa yang nak try dia dipersilakan.
Cuma jangan main²kan perasaan dia sebab hati dia rapuh, pernah dilukai.

#instablog #gambangwaterpark #igers #igersmalaysia #menantuabahawak #tb #throwback

Wednesday 10 August 2016

Aku Sebagai Guru - Kelas Tambahan

   


     Untuk 3 minggu yang lepas aku banyak luangkan masa dekat Kuala Krau, Pahang sebagai guru kelas tambahan subjek-subjek peperiksaan utama, PT3, SMA dan SPM.

     Aku cuma tolong kakak aku je dan beberapa cikgu yang lain memandangkan diorang tak larat atau disebabkan kawasan sekolah yang jauh daripada rumah atau diorang punyai komitmen lain.

    Aku mengajar dekat Sekolah Menengah Agama Darul Naim, sekolah yang kecik dan tak pening kepala sangat untuk kawal dan jaga bebudak neh.

     Subjek yang aku ajar cumalah Bahasa Arab Komunikasi Ting. 3, Bahasa Melayu Ting. 3, Insyak & Mutolaah Ting. 4 dan Pendidikan Al-Quran dan Sunnah Ting. 5. Aku teringin nak ajar Bahasa Inggeris tapi level aku belumlah sampai tahap tu. 
  
     Banyak yang aku dapat, tapi untuk entri kali ni aku just nak share kuot-kuot menarik sepanjang aku mengajar. Behold.