1) Ikan-mati-lemas tersangatlah popular kat Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang.
Apakah sebenarnya ikan mati lemas ni? Wujudkah ikan yang mati disebabkan
kelemasan? Ikan pun boleh lemas? Ikan duyung pun boleh survive kat dalam
laut. Ikan mati lemas sebenarnya nama sejenis lauk di kebanyakan asrama SMAN. Tapi
nama tu bukanlah nama yang asal. Nama asalnya aku pun tak tahu. Sebelum aku
pindah ke sekolah Pahang, aku belum pernah dengar nama ikan-mati-lemas ni.
Lepas pindah baru aku tahu macam mana rupa ikan-mati-lemas. Ikan biasa (apa-apa
jenis ikan) yang dimasak berkuah putih air. Kenapa pulak orang bagi
nama kat lauk ni ye? Adakah sebab diorang tak tahu nama lauk tu? Tidak, tidak,
tidak. Nama tu direka sebab kebanyakan pelajar tak suka lauk tu. Biasalah, kalau kita tak suka something tu, kita bubuhlah nama pelik-pelik. Cikgu James Bond lah, subjek 'Mengarudh dan Memayah' lah, Semin OP lah (orang penting), Abuncit dan macam-macam lagi contoh yang terdapat kat dunia ni. Kiranya ikan-mati-lemas ni lauk yang low class lah. Diorang lagi sanggup skip makan tengah hari/petang dan
makan mi segera berbanding makan ikan-mati-lemas ni.
2) Asrama
kitorang bersebelahan dengan kantin. So dari atas asrama tu kita dah
boleh dengar orang teriak ;
“Petang ni makan apa?!”
“Petang ni makan apa?!”
“Ikan mati lemas”
“Hmm, kalau macam tu malaslah nak turun makan.”
Apa reaksi aku masa
mula-mula pindah ke sekolah tu? Aku terkejut kenapa kebanyakan diorang ni tak
suka makan lauk tu. Kenapalah memilih sangat? Ikan macam tu pun diorang boleh
anggap tak sedap? Lainlah kalau dia bagi ikan bandaraya ke, ikan Nemo ke. Ikan yang terhidang tu
bukannya kotor, bukannya tak sedap. Mungkin lidah kita tak sama. Lidah aku lidah kuli, lidah diorang lidah bangsawan. Tak pun ikut negeri
masing-masing . Ataupun citarasa kita berbeza? Cop, cop, cop. Kenapa aku selesa makan ikan mati lemas
sedangkan kebanyakan pelajar tidak? Jawapannya mudah. Dan jawapan ni tak melayakkan aku untuk menyindir, mempersoal
mahupun mempertikaikan perangai diorang. Keterbiasaan dan suasana. Yup, tu lah jawapannya. Diorang dari
kecik lagi dah dididik untuk makan makanan yang sedap-sedap, sedangkan aku
tidak. Suasana kami berbeza. Dan aku tak merasa situasi diorang. Jadi aku tak boleh sewenang-wenangnya memperlekehkan perangai diorang.
3) Kat sekolah lama aku, kalau dapat makan ikan, ayam atau daging
dah macam syurga. Kalau kat Pahang ada istilah ikan-mati-lemas kan? Kat Johor pulak
ada istilah 3T (telur, tempe, tahu). Istilah ayam-takde-tulang pulak merujuk kepada tahu. Banyak lagi lauk-pauk yang lebih tut-tut-tut berbanding
ikan-mati-lemas. Kadang-kadang lauk kitorang cuma sayur, ikan masin dan sambal.
Tapi bila kitorang lapar kitorang bahan semacam je semua tu. Bila lagi nak rasa susah?
Hamba-hamba Allah ni kebanyakannya rasa bersyukur bila mereka dah pernah merasa
susah. Aku pernah makan 3T, ikan masin dan ayam-takde tulang, so aku
bersyukur bila dapat makan ikan-mati-lemas. Seorang pemilik syarikat yang besar pernah merasa susah membangunkan syarikatnya, so dia akan lebih bersyukur dan menghargai apa yang dia ada sekarang. Mak ayah
kita pernah makan ubi, kentang dan lain lain. So, diorang tak kesah pun makan nasi dengan kuah kosong untuk sarapan. Mungkin kalau aku pun
sekolah kat Pahang dari dulu lagi, aku pun terkena penyakit kufur nikmat ni. Sebab tu lah ku tak layak mempersoalkan tindakan diorang. Menegur dengan hikmahlah yang aku
perlukan.
4) Ada pulak perangai lain. Perangai yang satu ni aku cukup
pelik. Part ni aku rasa aku layak tegur, sindir, pertikai dan
persoalkan. Korang tahu roti buku? Roti biasa yang kita makan tu. Alaa, yang ada jenama Gardenier, jenama Hawaii, jenama Hi-5. Ada sesetengah pelajar, dia makan bahagian
tengah roti tu, yang bahagian tepi yang liat sikit tu dia kumpul, then dia
buang. Amboi,amboi,amboi. Nampak macam kaya sangat je. Padahal mak ayah yang
bayar yuran makan segala bagai. Tambahan support sikit dari kerajaan
negeri. Dah terlajak hidup senang, hujung roti pun dibuangnya, Alang-alang tak
nak makan hujung tu, tak payahlah makan semua. Pass je kat kawan yang selalu lapar
di kala malam hari ni (aku lah tu). Itulah lumrah pelajar sekarang. Kadang-kadang
tu termasuk aku jugak. Kita tak merasa kesusahan dalam memperolehi kesenangan
ni, so kita ambil mudah. Membazir je 24 jam. Kadang-kadang tu siap complain
masakan tak sedap. Time aku rasa semangat nak ‘membasuh’ aku basuh lah diorang. Time
aku malas, aku senyap.
5) Bercerita tentang syukur. syukur ni biasanya kita peroleh
bila kita pernah merasa susah. Ye, aku tahu aku dah cakap kat perenggan ke-2
tadi. Aku saja nak ulang lagi sekali. Dan sesetengah ulama’ melabelkan sifat
bersyukur itu lebih mulia dari sifat bersabar. Manakan tidak, ramai orang boleh
bersabar dengan ujian dan kesusahan yang dialaminya. Tapi bukan semua orang boleh
bersyukur dengannya. Lebih teruk lagi apabila kita lupa bersyukur bukan sahaja pada
kesusahan, tetapi juga kepada nikmat yang Allah berikan pada kita. Untuk yang
terakhir, kata-kata yang entah aku kutip dari mana, aku kongsikan dengan korang
semua.
“Sekiranya kita hanya mengingati Allah di saat kita susah sahaja, maka Allah akan selalu timpakan kesusahan kepada kita kerana Allah rindukan rintihan kita dan, supaya kita sedar siapa diri kita di muka Bumi ini.”
“Sekiranya kita hanya mengingati Allah di saat kita susah sahaja, maka Allah akan selalu timpakan kesusahan kepada kita kerana Allah rindukan rintihan kita dan, supaya kita sedar siapa diri kita di muka Bumi ini.”
* * *
PS: Tangan gatal terasa nak menulis cerita. tapi apakan daya tak banyak membaca. Ku tangguhkan dulu niat ini sehingga habis exam sem satu :)
Aku dah nak menduduki peperiksaan. yes ! bahasa skema itu.
Tolong tadah tangan sekarang. Ye, sekarang ! And baca "Ya Allah, mudahkan urusan Amry Sajad dan jadikan dia insan yang rajin. Amin"
Aku dah nak menduduki peperiksaan. yes ! bahasa skema itu.
Tolong tadah tangan sekarang. Ye, sekarang ! And baca "Ya Allah, mudahkan urusan Amry Sajad dan jadikan dia insan yang rajin. Amin"