Blogger Widgets

Tuesday, 10 December 2013

Useless


"Am, ajarkan Sorof kepadaku."
Balasku, "Aku tak tahu."
Kemudian aku diam membisu
Yang bertanya hanya memandang buku
Cuba memahami ilmu yang baru
Baru baginya, lama bagiku
Cabang ilmu Bahasa Arab itu
Dulunya ilmu kegemaranku
Tapi tika yang bertanya perlu pengantara ilmu
Kenapa ku tolak dengan senyum silu?

Bukan, penyebabnya bukanlah malu
Kerana berbicara sangat mudah bagiku
Bukan juga kerana ku rendahkan diri
Bukan itu sebabnya tuk tidak membantu
Bukan di dada duduknya ilmu!
Nah, inilah sebab nombor satu
Sebab ku tolak tuk berkongsi ilmu...
...bersama yang bertanya, bersama yang tidak tahu

Tidakkah di dada tempatnya ilmu?
Bukanlah kitab kecil dan juga buku
Jika tak diusik, tebal berdebu
Dada suci yang diisi ilmu
Boleh menjawab sekuat mampu
Apa pun soalan, apa pun ilmu
Baik sorof mahupun Nahwu

Layaknya aku masih di sini
Masih mengaji di tahun satu
Sahabatku sedang pantas berlari
Sedangkan aku masih belajar berdiri
Tatkala ada yang perlu dibantu
Aku cepat mengalah kerna tidak mampu
Menolak kerana tidak ku hadam ilmu

Lalu datang si pelari laju
Meninggalkan aku yang berdiri kaku
Menghulur tangan kepada yang bertanya
Memandangnya diriku membatu
Mendengarnya lidahku kaku
Memikirkannya tubuhku malu
Si pelari berkata, "Boleh aku bantu?"
posted from Bloggeroid