Blogger Widgets

Pages

Saturday, 24 November 2012

Tulislah In Shaa Allah, betul ke?


     1)Assalamualaikum kepada korang-korang  yang sedang membaca mahupun yang akan baca. Alhamdulillah, selawat dan salam kepada Rasulullah. Moga-moga kita dalam perhatian dan belas kasihan Allah lagi. Macam biasa tiap-tiap hari Jumaat aku akan post entri baru.Tapi ni dah kira terlajak dah. Dah masuk hari Sabtu, maaf-maaf.  Baru-baru ni aku ada chat dengan kawan aku and then dia ada tulis kalimah In Sha Allah untuk gantikan ‘insyaallah’. Betul ke salah? Cuba korang teka sikit. Ye, salah ! Aku akan terangkan serba sedikit berkaitan dengan kalimah "إن شاء الله" ataupun dalam tulisan ruminya ditulis sebagai insyaallah, inshaallah, inshaAllah dan yang terbaru, In Shaa Allah. Kenapa In Shaa Allah ye? Jom kita tengok penjelasan Dr. Zakir Naik. Some say that the quote is  not  from Dr. Zakir Naik himself. And i trust them. Tapi sampai sekarang aku tak jumpa kenyataan Rasmi Dr. Naik yang menafikan statement kat bawah ni. Kalau ada sesiapa boleh bagi link kepada kenyataan tersebut sangatlah dihargai.


Kita tak boleh tulis “InshaAllah” atau “Inshallah” kerana ia bermaksud “penciptaan Allah” (Nauzubillah). Sama ada kita tulis dalam bahasa Arab ataupun Inggeris, pastikan kita tulis betul-betul “In Shaa Allah” (Dengan memisahkan ketiga-tiga perkataan) yang membawa maksud “Jika Allah izinkan”. Jadi sila pastikan anda sebarkan kepada semua orang dan tolong mereka perbetulkan  kesalahan mereka. Moga Allah balas dengan kebaikan, In Shaa Allah.

      2) Ok, dekat sini aku pisahkan penerangan aku kepada dua. Yang pertama untuk mereka-mereka yang tak berpeluang mendalami bahasa Arab atau Nahu dan yang ke dua untuk mereka yang dah memahami sebahagian ilmu Nahu supaya penerangan aku ringkas dan tak complicated untuk difahami untuk kumpulan pertama.

       3) Penerangan pertama. Secara umumnya aku tak setuju dengan statement Dr. Zakir Naik kat atas. Pada bacaan dan fahaman aku, tak ada masalah kalau korang nak tulis macam mana sekalipun asalkan niat korang nak maksudkan 'jika Allah izinkan'. Tulislah Insyaallah, InsyaAllah, Inshaallah, In syaa Allah dan lain-lain lagi, ia takkan mengubah maksud sebab bunyinya tetap sama. Perbezaan tulisan selain bahasa Arab takkan memberi kesan kepada bahasa Arab. Ianya takkan sesekali membawa maksud 'penciptaan Allah' selagi mana korang tak maksudkannya.

       4) Penerangan kedua pulak, Insyaallah takkan membawa maksud 'penciptaan Allah'. Untuk jadikan maksud 'penciptaan Allah', sebutannya bukan 'insyaallah', tapi 'insyaullah' sebab perkataan 'insyaa' yang membawa maksud penciptaan adalah isim, bukan fe'el. Dan sebagai isim, dia mesti ditulis dengan baris depan/ marfu' sebab kedudukan dia kat situ adalah mubtada' atau khabar. Kalaupun kita kata hukumnya boleh jadi baris atas/mansub kerana 'amil nasabnya tersembunyi (muqaddarah), maka ia berbalik kepada hukum asal - bergantung kepada niat orang yang bercakap. Orang yang beracakap sahaja yang tau muqaddarah dalam pertuturannya.
   

Contoh penulisan yang salah dalam tulisan Arab. Membawa maksud "Penciptaan Allah".
Perkataan 'in' dan 'syaa' dieja dengan jarak.

       5)  Untuk tulisan yang lebih tepat, Kamus Dewan dah isytihar insya-Allah sebagai tulisannya, tapi aku lebih suka tulis 'insyaallah' (dengan huruf kecil) sebab perkataan 'allah' tu asalnya gabungan hujung perkataan 'syaa' 'شاء' dengan 'Allah' 'الله'. Jadi asalnya ialah ء الله bukan  الله . Akhir sekali, kat bawah ni aku letak nota kaki sikit untuk penjelasan masalah-masalah lain yang berkaitan. 

1) Tak ada masalah untuk tulis dengan jarak mahupun rapat ketiga-tiga perkataan in, syaa dan Allah. Selama ni kita tulis Assalamualaikum, Alhamdulillah dan Subahanallah. Bukan Assalamu Alaikum. Yang jadi masalah kalau kita rapatkan dalam tulisan Arab (seperti gambar di atas)
2) Shaa atau Syaa sama je bunyinya dan takkan jejaskan makna. Sekadar perbezaan tulisan mengikut negara masing-masing.

*   *   *

P/S: Ni adalah hasil ubahan semula setelah aku tengok pendapat aku yang sebelum ni salah dan tak boleh pakai. Juga mengambil kira komen-komen dibawah yang banyak membantu.

Comments
4 Comments

4 comments:

  1. Asalamualaikum, syukrn di atas penjelsan saudara kpd mereka yg sedikit tidak memahami mengenai ini.. Dalam Islam, kita tidak dibenarkan untuk taqlid buta tanpa nas2 dan dalil2 yg boleh diterima..:)

    Sy ingin mmbuat seddikit tambahan mngenai no 4 dan 6, InsyaAllah dan In Sya Allah.. baik, pd kdua2 kalimah ini, sy kira pembaca melakukan waqaf selepas pkataan Sya.. hal ini, tidak membawa kepada mksud yg berbeza..

    sama kita kiaskan dengan perkataan, salam alika.. perkataan salam di waqafkan, nmun mksud msih tidak brubh, iaitu sejahtera ke atas kamu..

    kita bawa permasalahan ini ke dlm kaedak " setiap perkara bergantung kepada niat" kaedah pertama daripada 5 kaedaha feqhiah.. jdi, selagi niat ia mmbawa mksud kpada " jika diizinkan/ dikehendaki Allah.." maka, perkataan yg dirumikan dari jawi tidak berubah mksud..wallahua'alam..^__^

    Faqiran indillah..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, respon pertama yang saya dapat. terima kasih kerana sudi berkongsi.

    saya setuju pendapat saudari. semuanya bergantung kepada niat. jazakillahu khairan

    ReplyDelete
  3. Saudara dr zakir naik tidak pernah mengeluarkan kenyataan ini. Sila rujuk pada facebook rasmi beliau

    ReplyDelete
  4. terima kasih. saya ada baca jugak dari blog-blog lain yang Dr. Zakir Naik tak pernah keluarkan kenyataan macam ni. Jazakallahu khairan

    ReplyDelete