Blogger Widgets

Pages

Saturday, 10 November 2012

عِنْدَمَا يُسَبِّحُ الحُبّ


1)Assalamualaikum. Kepada kau yang tengah membaca, sihat? Dah solat? Alhamdulillah. Doakan Amry Sajad pun sihat dan dah solat. Baru-baru ni aku tengok cerita Indonesia yang pernah famous dulu, عندما يسبّح الحبّ ataupun lebih mudah kita kenal sebagai “Ketika Cinta Bertasbih” (KCB). Cerita ni dah lama, tapi aku baru start tengok bila sampai kat Mesir sebab latar belakang cerita ni kat mesir. Aku excited bila nampak tempat-tempat familiar dalam cerita tu. Haha. Kat entri yang lepas aku ada cerita pasal Mesir. Aku ada cerita pasal cara-cara nak melintas jalan kat mesir ni. Kat KCB ni lah aku jumpa situasi melintas jalan tu untuk kongsi dengan korang. Take a look.

1. Melintas dengan yakin
2. Melintas sambil melihat kereta yang menyusur
3. Melintas dengan gaya berdiri diam
4. Sama dengan no. 1
2)KCB ni adalah asal tulisan tangan Habiburrahman. Seorang penulis novel yang terkenal. Banyak cerita bergenre cinta-Islamik. Sangat Islamik . Cerita cinta yang dia karang selalunya menggunakan watak-watak yang dah faham Islam dan syariatnya. Batas-batas pergaulan pun di jaga. Watak-watak ni jugak mendahulukan cinta kepada Allah berbanding cinta manusia. Malaysia pernah jugak cuba untuk buat cerita cinta-islamik baru-baru ni. Tapi pada pendapat aku cerita tu sangat-sangat fail. Tak menggambarkan masyarakat yang faham batas-batas Islam. Tapi aku puji sebab ending cerita tu tak cliché.

3)KCB cerita tentang dua watak utama. Abdullah Khaerul Azzam dan Ana Althafunnisa’. Kedua-duanya graduan Al-azhar yang dah sampai masa mencari pasangan hidup. Kalau kita tengok memang seronok. Cerita ni tunjuk kat kita apa itu jodoh. Abdullah Khaerul Azzam berulang kali mencari perempuan untuk dijadikan isteri, tapi tak kesampaian. Lebih kurang 6-7 orang jugak lah yang dah jadi bakal-isteri-tak-jadi dia. Rasa  kesian pun ada jugak bila tengok Khaerul Azzam ni. Tapi dia tetap sabar. Sebab perkara-perkara tu terjadi mesti ada hikmahnya.

4)Akhirnya, Khaerul Azzam berhasil mengahwini gadis idamannya, Ana Althafunnisa’ (part ni korang kena baca dengan dialek Indonesia). Apa pulak kaitan cerita KCB ni dengan korang dan aku?  Macam ni, hari tu aku ada telefon kawan aku kat Malaysia. Sampai satu part tu kawan perempuan aku tanya soalan ni :
Am, orang-orang Arab lawa tak?”. 
Kejadah apa soalan kau ni? Kenapa tak tanya orang Arab hensem ke tak?”. 
"Takde lah. Amanda (bukan nama sebenar) suruh aku tolong tanyakan. Dia kata pakwe dia ada kat Mesir sekarang ni. So, dia risaulah kalau-kalau pakwe dia sangkut dengan perempuan Arab.”. 
. . .  ”.        Kenapa dia nak risau kalau pakwe dia suka dengan perempuan Arab? Padahal kat sini bukan main ramai lagi perempuan-perempuan Melayu. Patutnya tu yang dia kena risau. Haha! Kalau ada jodoh tak kan lari ke mana lah mak cik. Kalau tak ada jodoh, sedarlah yang dia bukan yang terbaik untuk kita. Bersabar lah macam Khairul Azzam.


*     *      *

            5)Aku pernah pernah belajar pasal syarat-syarat amalan diterima Allah. Syarat-syarat yang aku tahu ada dua je. Tapi lepas aku duduk kat Mesir, aku dapat ilmu yang aku tak tahu; syarat yang ke-3. Kalau kita nak amalan kita diterima Allah, kita tak boleh makan makanan yang haram. Sebab disebut dalam hadis, “Barang siapa memakan makanan yang haram, tidak akan diterima amalnya sedikit pun, baik yang sunnah mahupun yang wajib.”. Syarat yang pertama dan ke-2 nanti aku bagitahu kat entri lain. Aku nak jimatkan kuota 5 Perenggan. Haha! Lastly, bila ditanya, 
Am, orang-orang Arab lawa tak?”. 
Aku jawab 
Orang Arab tengok perempuan Melayu ni lawa. Orang Melayu tengok orang Arab pun lawa”.

famous - terkenal
familiar - biasa; lazim (dengar; lihat)
take a look - silakan lihat
ending - pengakhiran
cliché - ungkapan atau idea yang dah basi.

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment