Blogger Widgets

Pages

Sunday, 12 May 2013

Sesi Suai Kenal Dengan Azhar.


Nota rambut: Entri ni khusus untuk memperkenal Universiti Al-Azhar dan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan untuk kita sebagai rakyat Malaysia di sana.


     1)Umum mengentahui, Universiti Al-Azhar letaknya di Mesir. Al-Azhar dianggap sebagai universiti tertua dunia walaupun ada beberapa pendapat lain yang menafikannya sebab Al-Azhar memenuhi definisi ‘universiti’ pada tahun 1908 (lebih kurang 105 tahun yang lepas) . Pada peringkat awal, Al-Azhar ialah sebuah masjid yang dibina pada zaman kerajaan Syiah Fatimiyah yang mengambil masa selama 2 tahun. Masjid Al-Azhar siap dibina pada tahun 972 (lebih kurang 1041 tahun yang lepas). Kulliah pertama yang diadakan di Masjid Al-Azhar adalah pada tahun 975 Masihi. Masjid Al-Azhar dijadikan pusat penyebaran fahaman Syiah dan simbol kemajuan kerajaan Fatimiyah sehinggalah ditawan oleh kerajaan Salahuddin Al-Ayyubi yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Penambahan demi penambahan dilakukan sehinggalah Al-Azhar menjadi Universiti yang besar dan utuh, letaknya bersebelahan dengan Masjid Al-Azhar. Sehingga sekarang, konsep pembelajaran dan pengajaran secara talaqqi diamalkan di masjid tersebut Tak heranlah berlaku lambakan pelajar asing di Mesir disebabkan Universiti Al-Azhar.

Wednesday, 1 May 2013

Kod Pemakaian Yang Extreme


                  Di sesetengah tempat kerja atau tempat menimba ilmu, kita akan dikenakan kod etika pakaian. Sebagai contoh kalau kita kerja kat office, kita kena pakai tali leher + seluar slack + tali pinggan + kasut kulit berkilat. Kalau kerja kat KFC pulak kita kena pakai baju seragam yang disediakan bersama topi kiut-miut tu. Pelajar pun ada kod pakaiannya jugak sama ada pelajar sekolah mahupun institusi tinggi. Teringat masa aku jadi MPP kat Kulliah Al-lughah Waddin dulu. Aku ada lima jenis pakaian untuk lima hari yang berbeza. Kat Al-Azhar pulak tak ada kod etika pakaian yang spesifik, asalkan tidak melanggar syariat yang digariskan Islam. Jadi kalau nak pergi kuliah pakai topi + t-shirt + seluar track + selipar pun boleh, Walaupun nampak selekeh kalau kita pergi kelas pakai selipar. Haha. Bagi kaum hawa, kod etika pakaian mereka selalunya mudah dan senang difahami. Tak ada baju khusus yang ditetapkan melainkan di sesetengah tempat yang mewajibkan staff atau pelajarnya memakai baju kurung atau kebaya. Kod etika pakaian yang selalu dikenakan ke atas para wanita ialah pakaian yang sopan,  tidak menjolok mata, dan tidak ketat. Kalau pakai skirt pulak mestilah labuh ke bawah lutut.  Sebab tu kita tengok pakaian perempuan lebih bervariasi  berbanding pakaian lelaki. Mereka lebih bebas. Itu sedikit warm up dari aku tentang tajuk artikel ini.