Aku pernah telefon kawan aku yang belajar kat UTM. Program orientasi diorang ada buat Gangnam Dance ! Wah, macam mana rupa pemudi-pemudi menari Gangnam yek? Tengok video 'Super Kampung Style' pun dah buat aku berkerut kening. Ah, lupakan dulu. Aku sambung pasal program orientasi kat sini. Aku dengan paksa+relanya merela-paksakan hati ni join program orientasi.
Perkara unik pasal orientasi kat sini nak dibandingkan dengan orientasi-orientasi yang pernah aku join, etika disiplin diorang. Korang boleh fikir-fikir etika disiplin yang biasa kita hadapi. Tepati masa, berpakaian kemas, menjaga tingkah laku dan lain-lain. Etika disiplin kat sini sama jugak, tapi dengan beberapa penambahan. Etika disiplin pertama yang termaktub : Ikhlaskan niat kerana Allah, maksudnya bukan kerana terpaksa, (tepat-terkena-batang-hidung aku). Etika dispilin yang seterusnya, sentiasa mengekalkan wudhu'. Yang ni aku rasa unik. Etika-etika yang lain sama je macam yang aku sebut kat atas dan atas dan atas tadi.
Then, ada pulak barang amanah. Antara benda yang aku tak minat dalam berprogram : 1) barang amanah 2) sesi nangis-nangis 3) sesi tengking-tengking 4) perjalanan tentatif yang tak sama tengan realiti. Yah ! Haha ! So, aku rasa barang amanah ni benda yang cliche dalam satu-satu program yang melibatkan tempoh masa lebih dari dua hari. Bosan. Aku bagi ontoh barang amanah yang kita kena jaga sampai habis program . Nametag, telur, beras, lingkaran ubat nyamuk dan lain-lain. Tapi program orientasi kitorang lain dari yang lain. Barang amanah bukan dari pihak penganjur. Peserta kena cari mana-mana tasbih untuk dijadikan barang amanah. Kenapa?. Dalam diam mulut kita terkumat-kamit berzikir tanpa disuruh. Sebab tasbih dah ada kat tangan. Memang terbaiklah barang amanah kali ni.
Lastly, semua perkara ada pro dan kontra. Program orientasi ni pun tak terkecuali. Tapi perlu ke aku sebut perkara-perkara negatif pasal program ni? Tak perlu dan tak manis rasanya. Sebab aku ni manis orangnya. Yezza ! Biarlah aku simpan buat panduan menghadapi generasi akan datang pulak.