Blogger Widgets

Pages

Wednesday, 1 May 2013

Kod Pemakaian Yang Extreme


                  Di sesetengah tempat kerja atau tempat menimba ilmu, kita akan dikenakan kod etika pakaian. Sebagai contoh kalau kita kerja kat office, kita kena pakai tali leher + seluar slack + tali pinggan + kasut kulit berkilat. Kalau kerja kat KFC pulak kita kena pakai baju seragam yang disediakan bersama topi kiut-miut tu. Pelajar pun ada kod pakaiannya jugak sama ada pelajar sekolah mahupun institusi tinggi. Teringat masa aku jadi MPP kat Kulliah Al-lughah Waddin dulu. Aku ada lima jenis pakaian untuk lima hari yang berbeza. Kat Al-Azhar pulak tak ada kod etika pakaian yang spesifik, asalkan tidak melanggar syariat yang digariskan Islam. Jadi kalau nak pergi kuliah pakai topi + t-shirt + seluar track + selipar pun boleh, Walaupun nampak selekeh kalau kita pergi kelas pakai selipar. Haha. Bagi kaum hawa, kod etika pakaian mereka selalunya mudah dan senang difahami. Tak ada baju khusus yang ditetapkan melainkan di sesetengah tempat yang mewajibkan staff atau pelajarnya memakai baju kurung atau kebaya. Kod etika pakaian yang selalu dikenakan ke atas para wanita ialah pakaian yang sopan,  tidak menjolok mata, dan tidak ketat. Kalau pakai skirt pulak mestilah labuh ke bawah lutut.  Sebab tu kita tengok pakaian perempuan lebih bervariasi  berbanding pakaian lelaki. Mereka lebih bebas. Itu sedikit warm up dari aku tentang tajuk artikel ini.


Aku ni orang yang tak berapa berilmu tapi pandai bercakap (Insyaallah akan menuntut lebih ilmu di sini). Kadang-kadang aku dijadikan rujukan yang terakhir sebahagian kawan aku. Kalau tatabahasa Melayu membenarkan aku untuk gunakan ayat ‘rujukan yang paling terakhir sekali’, sungguh akan aku gunakan. Jadi, ada kawan-kawan yang tanya tentang hukum itu dan ini yang mana tak mampu aku jawab. Ada sesetengah kawan-kawan aku yang lain pulak jadikan aku tempat rujukan berbahasa Arab. Mungkin sebab aku belajar kat tanah Arab, so diorang pun fikir aku power bahasa Arab. Huh! Tak apa, aku boleh bantu korang jawab soalan-soalan yang berkaitan dengan assignment bahasa arab korang. Tapi ada sesetengah yang lain pulak fikir dengan cara yang berbeza. Dia fikir aku boleh siapkan 100% assignment dia. Eh? Asyik-asyik kena suap, bila mau pandai? Golongan inilah yang aku tak berapa layan meskipun dia kawan perempuan yang baik, ayu dan attractive. Aku lelaki yang kuat iman! Ameen. Cehh. Kadang-kadang ada jugak kawan-kawan perempuan yang tanya soalan untuk dapatkan jawapan menurut  persepsi seorang lelaki, antaranya bab pakaian.

Seorang kawan aku dari Darul Quran (dQ) pernah cerita kat aku tentang masalah di dQ. Kod etika pakaian bagi pelajar perempuan di dQ ialah jubah, jubah sahaja. Tabik satu kali kat dQ, memang sedap mata memandang. Jubah diorang pulak tak boleh terlalu meriah dengan corak-corak . Tak boleh jugak yang berlapis-lapis. Sunnguh, kawan aku tak ada masalah pun dengan kod macam ni. Cumanya, bila dia berprogram di luar, dia akan tukar cara pemakaian tu kepada tudung labuh + baju kurung (+ stokin + arm guard + kasut, perlu ke aku sebut semuanya?). Mungkin supaya lebih fleksibel untuk bergaul dengan orang yang ingin mendekati Islam, Perkara penting yang aku nak highlightkan ialah, PAKAIAN YANG DIA KENAKAN TAK MELANGGAR SYARIAT ISLAM, LANSUNG. So, tak jadi masalahlah kan?. Yang menjadi masalah ialah, ada seorang pelajar lelaki dQ yang mempertikaikan tindakan dia. Kenapa kat luar tak pakai jubah? Betul ke alasan waqi’/environment/persekitaran menjadi motif pengharaman jubah bercorak dan baju kurung di dQ? Apa beza dQ dengan dunia luar sehinggakan perlu laksanakan peraturan pemakaian macam tu? dQ lebih mulia? Hey, alangkah indahnya kalau budak lelaki ni adik aku. Alangkah !

Untuk yang bertanya, ini adalah jawapan dari aku yang tak berapa tinggi belajar, tapi tak pula berapa rendah jatuh dalam gaung kebodohan. Ceh, ayat. Pada pendapat aku, tak menjadi kesalahan atau dosa sekiranya pelajar perempuan mengenakan jubah bercorak atau baju kurung sebagai pakaian. Yang menjadi kesalahan dan dosa hanyalah sekiranya mereka mengenakan pakaian tersebut dalam dQ.  Dalam hal pemakaian, kaum wanita sepatutnya lebih arif tentang pemakaian mereka. Pakaian yang mana satu salah di sisi undang-undang Islam, pakaian yang macam mana pulak yang salah di sisi undang-undang dQ.  Semua kod etika pakaian yang Islam gariskan WAJIB dipatuhi di mana sahaja di dunia ini. Kod etika pakaian dQ pulak hanya berkuat-kuasa di dQ sahaja. Clear? Kalau tak clear aku buat lagi satu entri khas untuk terangkan dengan lebih terperinci. Alasan mengapa dQ laksanakan kod tersebut bukanlah kerana dQ tempat yang mulia. Eh, Al-Azhar ni aku rasa berkali-kali lebih mulia dari dQ. Kalau nak diikutkan dari segi huffaz , ilmuwan serta tarbiyah yang dihasilkan, dQ jauh tertinggal di belakang. dQ mengenakan kod etika pakaian tersebut bukanlah kerana ianya tempat yang mulia tetapi dengan sebab yang sama seperti kewajipan memakai uniform di sekolah menengah dan sekolah rendah. Cuma bezanya dQ lebih mempelbagaikan pakaian disebabkan korang bukan budak hingusan lagi. Pernah pergi sekolah sebelum masuk dQ? Mesti pernah kan? Tujuan uniform adalah untuk menyeragamkan pelajar, membezakan mereka daripada orang awam.  Ia juga supaya tiada pelajar yang tampak lebih bergaya, tampak lebih kaya, tampak lebih elegan berbanding pelajar-pelajar lain. Semua sama. Berbeza kalau kita pijak kaki di dunia luar, maka selarikanlah cara pemakaian tanpa mengabaikan syariah Islam. Dalam masa yang sama mudah melunjur tangan menyebar dakwah kepada mereka yang takut-segan-malu dengan pendakwah berjubah. Arasso? Banyak undang-undang dQ yang dicipta supaya menjaga pelajar dQ SELAGI dia bergelar pelajar di sana. Dan, tak semua undang-undang tersebut applicable di semua tempat. Besarkan skop, besarkan minda, luaskan pandangan. Jangan sempitkannya kerana kita akan jadi orang yang jahil di mata orang lain, tapi hebat di hati sendiri. Lagi satu, jubah bukanlah yang terbaik. Kalau ya jubah ialah pakaian yang terbaik, masakan sekolah aku dulu pernah mengharamkan pelajar perempuan memakai jubah untuk ke program anjuran sekolah. Dan aku tahu sebab kenapa tu diwujudkan.

Sekali lagi, sekali lagi aku menjadi rujukan untuk mewakili persepsi kaum Adam. Ada kawan yang tanya, apa pendapat aku kalau dia pakai tudung lerang 60 + t-shirt muslimah (labuh) + seluar slack kat Mesir ni. Aku fikir sekejap. Kat Mesir ni jarang ada muslimah yang pakai macam tu. Aku fikir lagi, setahu aku tudung lerang ada dua jenis. Lerang 60 dan lerang 45. Nampak tak kecaknaan aku tentang jenis tudung perempuan? So, pilihlah aku! Cewah.  Kalau lerang 60 yang tak disangkut ke bahu, saiznya lebih kurang tudung labuh. Jadi tak melanggar syariah. Cuma lerang 45 agak singkat sikit so aku tak berapa berkenan kalau ada adik perempuan aku yang pakai tudung lerang 45, itupun kalau aku ada adik perempuanlah. Setakat ni aku tak ada adik perempuan. T-shirt muslimah dan seluar slack pun tak jadi masalah dalam Islam. Kawan aku ni kata dia pernah tanya pendapat abang dia yang belajar di Mesir jugak, dan abang dia kata tak ada masalah. Dia pernah ajukan soalan tu kepada senior perempuan jugak. Senior tu kata tak berapa molek untuk perempuan berpakaian macam tu kat Mesir ni. Bila ditanya sebabnya, ringkas senior tu jawab, “Lelaki bernafsu.” Wah nenek, kau ingat perempuan tak bernafsu ke apa? Haha, relek. Ini bukannya program Liga Ilmu Musim ke-3 yang membahaskan sesuatu tajuk mengikut jantina (baca di sini: http://goo.gl/ts1Q0 ).  Bila aku fikir lagi, memang ada benar apa yang senior tu kata. Bayangkan ada tiga ekor meerkat. Di tengah-tengah kelompok meerkat tu ada seekor kucing. Mestilah mata kita mudah tertumpu kat kucing tu kan? Sama jugaklah dengan situasi di Mesir. Kebanyakan orang Malaysia pakai baju kurung atau jubah.  Tiba-tiba pulak ada muslimah yang mengenakan t-shirt labuh. Secara otomatiknya mata lelaki-lelaki bujang akan tertumpu kepada kelainan tersebut. Memanglah menutup aurat dapat dilaksanakan. Tapi ia tak boleh lepas dari menjadi fitnah dunia. Jadi lebih baik tak payah pakai macam tu. Itu pendapat akulah. Wallahua'lam.
Inlah yang I maksudkan!

p/s: pada pendapat aku, kalau nak pakai lerang 60 + t-shirt labuh + seluar slack, boleh je. Tapi kena pakai purdah, baru tak timbul fitnah. Barulah mata lelaki tak tertumpu dengan kelainan tu ;)


*   *   *

Novel pertama tulisan aku. Sila baca dan beri komen :)
Farouq : Perigi Mencari Timba




Comments
8 Comments

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. entri yang bagus untuk dikupas,

    sekadar perkongsian,memang bagus seorang muslimat itu memakai jubah,tapi ia mestilah jubah yang betul2 ikut syariat( sekarang terlalu banyak jubah yang menyedihkan),tetapi apa yang pasti kita tidak boleh menafikan pemakaian seluar,tudung bidang dan baju labuh untuk seorang muslimat jika ia masih longgar dan mematuhi syariat kerana kadang2 kita tidak boleh lari dari keadaan contohnya ketika berprogram lasak,atau riadhah atau kita kena buat dakwah street atau apa2 tugasan yang memerlukan pemakaian sebegitu,dan jika dia seorang muslimat yang suka aktiviti lasak,ana pasti pakaian ini yang menjadi favour mereka,dan ana yakin jika muslimat itu seorang pemakai jubah yang tegar dia pasti tidak selesa dengan pemakaian sebegitu dikhalyak tetapi jika perlu pakai dan aulawiyatnya begitu tidak mengapa,jika kita tetap dikomen dengan komen yang negatif serahkan pada Allah sebab kita bukan nak pakai pakaian sebegitu saja-saja..jika ada muslimat yang perlu berpakaian seluar,tudung bidang @ baju labuh 1.pastikan pakaian itu betul2 ikut syariat 2.jaga niat.

    boleh betulkan mana yang salah,mohon maaf segala kekurangan dalam ilmu khususnya bab ini,wallahua'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebab tu lah saya katakan,

      "Dalam hal pemakaian, kaum wanita sepatutnya lebih arif tentang pemakaian mereka"

      Cuma kadang-kadang ada sesetengah kaum adam yang merasa mereka lebih tahu, dan menegur tanpa memikir kesesuaian yang dipraktikkan seorang muslimah - tanpa melanggar syariat.

      Delete
  3. mungkin budak DQ yang tanye tu mahukan pendapat dari muslimin dari pelbagai latar belakang dan suasana yang berbeza.. alf syukr

    ReplyDelete