Blogger Widgets

Pages

Sunday, 12 May 2013

Sesi Suai Kenal Dengan Azhar.


Nota rambut: Entri ni khusus untuk memperkenal Universiti Al-Azhar dan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan untuk kita sebagai rakyat Malaysia di sana.


     1)Umum mengentahui, Universiti Al-Azhar letaknya di Mesir. Al-Azhar dianggap sebagai universiti tertua dunia walaupun ada beberapa pendapat lain yang menafikannya sebab Al-Azhar memenuhi definisi ‘universiti’ pada tahun 1908 (lebih kurang 105 tahun yang lepas) . Pada peringkat awal, Al-Azhar ialah sebuah masjid yang dibina pada zaman kerajaan Syiah Fatimiyah yang mengambil masa selama 2 tahun. Masjid Al-Azhar siap dibina pada tahun 972 (lebih kurang 1041 tahun yang lepas). Kulliah pertama yang diadakan di Masjid Al-Azhar adalah pada tahun 975 Masihi. Masjid Al-Azhar dijadikan pusat penyebaran fahaman Syiah dan simbol kemajuan kerajaan Fatimiyah sehinggalah ditawan oleh kerajaan Salahuddin Al-Ayyubi yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Penambahan demi penambahan dilakukan sehinggalah Al-Azhar menjadi Universiti yang besar dan utuh, letaknya bersebelahan dengan Masjid Al-Azhar. Sehingga sekarang, konsep pembelajaran dan pengajaran secara talaqqi diamalkan di masjid tersebut Tak heranlah berlaku lambakan pelajar asing di Mesir disebabkan Universiti Al-Azhar.


Masjid Al-Azhar sekarang.
     2)Sekarang ni Universiti Al-Azhar ada banyak cawangan di seluruh Mesir. Tapi pelajar Malaysia cuma boleh masuk ke 10 cawangan je sekadar pengetahuan aku. Dua cawangan kat Kaherah, kemudian di Shoubra (masih dalam kawasan Kaherah), Tanta, Zagaziz, Shibin El-Kom, Mansoura, Dumyat, Damanhur dan Iskandariyah. Dulu, pelajar-pelajar bukan Arab boleh pilih nak pergi ke mana-mana cawangan. Tapi selepas tahun 2008, pelajar-pelajar bukan Arab tak dihantar ke cawangan-cawangan lain (yang ni tak berapa pasti, mohon pembetulan daripada pembaca). Selepas tahun 2008, semua pelajar bukan Arab ditempatkan di Kaherah. Kuliah siswi di Universiti Al-Azhar yang baru di Hayy Sadis, Madinah Nasr. Kuliah siswa pulak bersebelahan dengan Masjid Al-Azhar (Al-Azhar yang asal).

     3)Bercerita tentang fakulti-fakulti pulak. Semenjak tahun 1961, Al-Azhar dah membuka pelbagai fakulti selain agama. Antaranya Fakulti Sains, Fakulti Perubatan dan Fakulti Perniagaan. Fakulti yang diceburi pelajar Malaysia hanyalah
1.      Fakulti Perubatan,
2.      Fakulti Pergigian,
3.      Fakulti Farmasi,
4.      Fakulti Ulum Al-Quran dan Qiraat,
5.      Fakulti Syariah dan Undang-Undang,
6.      Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab,
7.      Fakulti Bahasa Arab, dan Fakulti Usuluddin dan Dakwah.
8.      Fakulti Ulum Islamiyyah, fakulti baru yang ditubuhkan pada 2008 hasil MoU antara Kerajaan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar.
Kebanyakan fakulti cuma menawarkan satu jurusan sahaja untuk pelajar Malaysia sebab Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang kita ambil kat Malaysia tu melayakkan kita ambil jurusan yang tertentu sahaja. Kat Mesir, pelajar Malaysia tak gunakan istilah ‘fakulti’. Diorang gantikan istilah tu kepada ‘kulliyah’. Contohnya Kulliyah Syariah, Kulliyah Perubatan dan Kulliyah Lughah (Bahasa Arab). Sebab tu kalau korang tanya pelajar-pelajar Al-Azhar pasal fakulti diorang, diorang akan pening sekejap. Ada jugak yang tahu, tapi lebih ramai yang tak tahu. Alaah, samalah dengan istilah study week. Kalau kau tanya senior, sama ada kat Al-Azhar ni ada study week atau tak, sesetengah daripada diorang akan cakap tak ada. Padahal study week tu wujud dalam istilah yang berbeza, iaitu 'tawaquf'.

     4)Di Mesir, pelajar Malaysia secara umumnya diklasifikasikan kepada pelajar Sains Perubatan dan pelajar Pengajian Islam. Pelajar yang mengambil jurusan Pengajian Islam mesra dipanggil Ustaz dan Ustazah bagi menggantikan istilah abang, kakak, saudara, saudari dan bro. Ahah. Pelajar Sains Perubatan pulak akan dipanggil doktor, dukturah, kakak atau abang mengikut peringkat kesesuaian dan keintiman masing-masing. Apa lagi yang aku tak bagitahu ea? Pending. Pending. Hmm, ha! Jurusan Sains Perubatan tak semestinya kat Universiti Al-Azhar je. Banyak lagi universiti kat Mesir ni yang tawarkan jurusan-jurusan berkaitan Sains Perubatan untuk pelajar Malaysia contohnya Cairo University, Mansoura University dan Alexandria University.

     5)Akhir sekali, mungkin selepas entri ni aku akan susulkan pulak dengan entri-entri berkaitan dengan  fakulti dan jurusan di Al-Azhar. Cumanya aku tak sentuh pasal Sains Perubatan kot sebab aku tak berapa mahir dengan benda-benda tu. Tak didedahkan pun. Then maybe aku akan selitkan jugak tentang Imtihan Qabul, ujian kelayakan sebelum menjadi mahasiswa/wi Al-Azhar. Jadi sila ikut rapat-rapat. Wallahua’lam. Kalau ada yang salah tolong betulkan ye.

Nota kuku kaki : Aku sendiri jadi pening bila baca entri ni.


*   *   *

Novel pertama tulisan aku. Sila baca dan beri komen :)
Farouq : Perigi Mencari Timba


Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment