Monday, 29 July 2013
Friday, 26 July 2013
Random.
Nota rambut: Entri kali ni cuma borak kosong. Random Things.
Jam menunjukkan 1:48 pagi.
Kat bawah Kompleks Pelajar-pelajar Pahang ni dah bising dengan bunyi ketukan baldi ke hape oleh warga Mesir yang
prihatin mengejut orang supaya bersahur. Ya, kitorang bersahur seawal
pagi sebegini. Giliran housemate aku pulak masak juadah sahur hari ni. Nasi goreng cuma.
Tiap-tiap waktu sahur itulah menunya. Yang berbeza mungkin hanya warna, mengikut
citarasa tukang masak yang bertugas. Semalam giliran aku masak sahur. Nasi goreng yang lembik dek terlebih air. Hari ni mungkin sedap sikit sebab bukan aku yang masak. Aku baru je turun naik Kompleks Pelajar Pahang
tadi sungguhpun rumah aku kat tingkat 5, tingkat paling atas. Aku turun sebab bosan. Penyakit selepas exam itu datang lagi. Penyakit kebosanan akibat rutin yang sama setiap hari. Rutin biasa
itu ialah berpuasa, berbuka, berterawih, bersahur, internet surfing dan tidur.
Subscribe to:
Posts (Atom)