Blogger Widgets

Pages

Friday, 26 July 2013

Random.

Nota rambut: Entri kali ni cuma borak kosong. Random Things.


       Jam menunjukkan 1:48 pagi. Kat bawah Kompleks Pelajar-pelajar Pahang ni dah bising dengan bunyi ketukan baldi ke hape oleh warga Mesir yang prihatin mengejut orang supaya bersahur. Ya, kitorang bersahur seawal pagi sebegini. Giliran housemate aku pulak masak juadah sahur hari ni. Nasi goreng cuma. Tiap-tiap waktu sahur itulah menunya. Yang berbeza mungkin hanya warna, mengikut citarasa tukang masak yang bertugas. Semalam giliran aku masak sahur. Nasi goreng yang lembik dek terlebih air. Hari ni mungkin sedap sikit sebab bukan aku yang masak. Aku baru je turun naik Kompleks Pelajar Pahang tadi sungguhpun rumah aku kat tingkat 5, tingkat paling atas. Aku turun sebab bosan. Penyakit selepas exam itu  datang lagi. Penyakit kebosanan akibat rutin yang sama setiap hari. Rutin biasa itu ialah berpuasa, berbuka, berterawih, bersahur, internet surfing dan tidur.


      Kitorang mula berpuasa of course lah ketika azan subuh mula berkumandang. Waktu siang di Mesir masa musim panas macam ni sangat panjang. Subuh kitorang sekitar 3:30 pagi.  Maghrib pulak pukul 7 malam. Jadi waktu siang di Mesir lebih kurang 15 jam, lebih 3 jam berbanding Malaysia. Pun waktu siang kami panjang, ini tak bermakna waktu puasa kami juga turut sama panjang. Aku sebagai contoh, cuma berpuasa 8 hingga 9 jam sehari. Pelik? Tidaklah. Begini penerangannya. Kitorang kat Mesir sekarang ni sebolehnya mengelak daripada tidur waktu tengah malam. Kenapa? Andai kata kitorang tidur jugak around 10-11, maka probability untuk meninggalkan solat subuh secara tidak sengaja adalah sangat tinggi. Jadi nak tak nak terpaksalah bersengkang mata for the sake of our subuh. Ada jugak kawan-kawan yang tidur dalam sekitar 2 jam kemudian bangun untuk bersahur tapi tak ramai. Selepas subuh, kami pecah kepada dua kumpulan. Sama ada yang tidur lepas subuh macam aku (tidak bagus untuk rezeki), ataupun mereka yang tidur pada pukul 10 pagi ke atas. Normalnya kitorang akan tidur 5-6 jam. So, kalau aku tidur pukul 4 pagi, aku akan bangun pukul 10 pagi. Diorang yang tidur pukul 10 pagi akan bangun 2 atau 3 petang untuk solat zohor.

      Tadi aku masuk rumah ke rumah. Kebanyakannya tengah menyediakan menu bersahur. Tak seperti menu sahur aku, diorang akan masak nasi putih beserta lauk. Kenapa tak nasi goreng jugak? Sebabdiorang berbuka di masjid-masjid yang menyediakan ‘maidah rahman’. ‘Maidah rahman’ ialah juadah berbuka percuma yang disediakan oleh orang-orang pemurah di Mesir. ‘Madiah rahman’ boleh didapati di mana-mana di Mesir sama ada di masjid-masjid, di rumah-rumah tertentu ataupun di kedai-kedai di tepi jalan. Biasanya aku berbuka kat rumah dengan housemates. Diorang yang berbuka di ‘maidah rahman’ boleh masak sahur berlauk sebab diorang tak masak apa-apa untuk berbuka. Aku yang dah berbuka dengan lauk haruslah bersahur dengan nasi goreng sahaja bagi mengelakkan perbelanjaan bulanan melambung tinggi.

       Seusai ziarah sahur, aku pun pulang ke rumah dengan penuh kebosanan, kembali menunggu nasi goreng Agil siap. Sahur kami biasanya pukul 2:30. Ni dah 2:20 tak siap lagi? Haih. Kembali menghadap laptop. Dengan facebook pun dah tak ada nafsu lagi nampaknya. Mana taknya bila dah bukak 5 minit sekali. Eh, teringat semalam. Nawaj cerita tentang raya. Semua daerah kat Pahang disebutnya berserta penghuni-penghuni yang kitorang kenal. Sudah mula terfikir alangkah seronoknya dapat beraya dengan keluarga dan kawan-kawan kat Pahang. Sini beribu batu jauhnya dari Malaysia. Cuma sebut nama daerah dan nama kawan-kawan je lah yang termampu. Belum mampu untuk balik lagi setakat ni. Dan ramai jugak kawan-kawan yang dah mula beli jubah-jubah untuk beraya. Raya kat Tanah Arab, memang berjubahlah gamaknya. Ada jugak kawan-kawan yang balik Malaysia last minute. Ada yang balik dek tak tahan dengan panahan kerinduan. Ada jugak yang balik kerana risau dengan keadaan politik Mesir sekarang.

       Sungguh, kami di sini selamat setakat ini. Mungkin berita yang sampai kepada warga Malaysia di sana tak sama dengan apa yang kami alami di sini. Maka mulalah ibu bapa pelajar baru berkira-kira sama ada mahu lepaskan anak-anak belajar ke Mesir atau tidak. Ramai yang mula memujuk anak-anak mereka supaya lanjutkan pelajaran di Malaysia sahaja. Ada juga ibu bapa pelajar lama di Mesir yang pujuk anak mereka supaya berhenti belajar di Mesir, mulakan buku baru di Malaysia. Ibu ayah mana yang tak sayang anak? Ibu aku yang dah terbiasa dengan ‘perpisahan sementara’ dengan anak-anak pun suruh aku telefon. Inikan pulak ibu ayah yang masih baru lagi dalam proses ‘perpisahan sementara’ ini. Apa pulak pendapat aku bila orang tanya samada sambung belajar di Mesir atau Malaysia? Jawapannya begini. Mesir tak semestinya yang terbaik, Malaysia pun begitu jugak. Wallahua’alam. Mari bersahur

Nota kaki : Bersahur itu sunnah. Berbaju baru bila beraya juga sunnah. Tapi jangan sampai membazir.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment