Blogger Widgets

Wednesday, 16 April 2014

Lama Tak Didengari

 
     Salah satu suara yang disukai Allah ialah suara ayam.

     Dekat kaherah jangan haraplah nak dengar kokokan ayam macam dekat Malaysia. Kat Kaherah, yang ada cuma salakan anjing. Lalu esok paginya, akan terkumat-kamitlah bibir penduduk-penduduk Asrama Indera Mahkota tentang betapa haremnya perangai anjing-anjing yang menyalak itu.
Anjing-anjing itu, sepertinya tak suka melihat ada anjing lain dikawasannya. Entah kenapa. Mungkin aku lihat dia seperti berkata, "Hanya aku yang layak menjadi anjing di sini."

     Anehnya, di Mansurah kita boleh dengar kokokan ayam. Dah rasa macam dekat Malaysia. Sungguh, rindukan kokokan ayam tersebut. Mungkin perbandarannya tak sepesat di Kaherah. Nak tengok ayam pun mungkin hanya di pusat penyembelihan.

    Ada satu lagi haiwan kecik yang ada di Malaysia, tapi tak ada di Kaherah. Mungkin ada, tapi terlalu rare untuk dilihat bersiar-siar dan berpeleseran di jalanan. Dan kita boleh jumpa dia di Mansurah ni.

    Nyamuk. Syuh! Aku tak rindu kau!

P/S : Habib Ahmad Al-Maqdi ada cakap, memang anjing ialah najis, tapi ia bukan untuk dibenci bahkan selayaknya disayangi atau diberi simpati seperti haiwan-haiwan lain. Kepada pembenci anjing, sama ada kau tak faham agama atau hati kau kotor. Yekk!
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. Mansurah mana ada nyamuk -- Kau dudu mansurah belah mana ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah berbintat-bintat badan aku still nak pertahankan mansurah. oh ye, dokter-dokter duduk dekat bandar, tak ada pokok. haha

      Delete