Blogger Widgets

Pages

Thursday 12 January 2017

Permaisuri Dingin



Sudah lima berlalu tahun, 
aku di sini jauh diterbang, 
Aku pinta Tuhan susun,
jadilah aku anak dagang, 
Hasrat kedua ku pohon,
citaku tak dihalang,
Asyik berpanas berembun,
ku mahu bayu dingin datang.

Hati-hati dengan apa yang kau pinta.

Lima tahun limalah juga musim salju, 
Bayu ku pinta bukan selalu selembut bayu, 
Kadang-kadang ia kencang mengherdik pintaanku dulu, 
"Ini pilihan, harapan, kemahuan, keinginan mu, 
Pelanginya engkau ambil, celanya kau tak mahu?"

Sudah lima musim sejuk, 
Satu ku jalani tanpa terkutuk, 
Empat lagi pula penuh cela, busuk.

Empat yang teruk.

Dua pertama kesannya tak lama. 
Pedih sebentar lalu terlapuk. 
Hanya dibiar, lalu berhabuk.

Yang ketiga jadikan ku bimbang, 
Ada tetamu sudah bertandang, 
Dia, pembunuh utama wanita seluruh dunia, 
Satu dari lapan menerima kunjungannya, 
Kunjungannya tidak kan terduga.

Dia sangat biadap, 
Datangnya menghendap, 
Mereka memanggilnya 
'pembunuh senyap'.

Lalu menyebabkan yang keempat.
Yang keempat ini lebih dahsyat, 
Yang keempat ini datangnya penuh amuk, 
Yang keempat ini merobek menusuk, 
Aku dipukul dipikul dibuang dihempuk, 
Sehingga kuat kakiku kini terduduk, 
Melayan hati pedih berkecamuk, 
Mendengar khabar paling buruk, 
Dia kini sudah tiada lagi.

Insan yang ku sayang juga enam yang lain, 
kini cuma terbayang walau tersangat ingin, 
ku peluk tubuhnya dalam angin dingin, 
Dahinya ku cium tangannya ku pimpin, 
Meminta segala maaf, memohon segala izin.

Tangisan apa pun tak mampu kembalikan, 
Batang tubuh permaisuri hatiku, kerinduan. 

Musim dingin kini semakin berlalu, 
Lalu bersama insan ku rindu, 
Ibu. 

Semoga ibu di kalangan hamba-Nya yang soleh. 
Diampunkan dosa, dikurniakan syurga, dijauhkan seksa kubur dan neraka.

13 Januari 2017

#musimsejuk #instablog
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment