Blogger Widgets

Pages

Friday 23 February 2018

Instablog


(#ceritalajuku . sila baca dengan laju). . 17 Feb 2018. Check in kat Seoul Mom Guesthouse. Bilik kat tingkat dua, ada enam katil. Empat sudah di-reserve untuk orang lain, satu untuk aku, satu kosong. Tapi cuma aku sorang je yang ada masa tu. . Pendek cerita, aku tidur sebab dah malam. . Aku bangun pagi untuk subuh, satu dari empat katil dah bertuan, lelaki berjambang. . Aku mandi, berkemas dan turun untuk makan. Barang-barang aku bawak sebab check out pukul 11, tapi untuk duduk di lobi sampai pukul 12 tak jadi masalah. . Pendek cerita, lepas sejam, lelaki tu pun turun dengan beg dia. . Ya, aku pun ingat dia Arab. Ya, aku pun ingat dia Muslim. . Michael, Germany, 25 tahun (sebaya aku), multilingual juga (German, English, French). Kali pertama & hari pertama ke Korea, sebelum ini Taiwan. Dah dua tahun travel, mungkin berlanjutan 2 tahun lagi. Dah pergi 20 negara, antaranya Indonesia (dulu pernah belajar Bahasa), Singapore, Malaysia, Thailand, Taiwan. Tak masuk China sebab prosedur apply visa susah. Negara Eropah tak pulak aku tanya, takut cliche untuk dia. (Dia orang Eropah, duh). Simpan jambang sebab style. Being mistaken as a muslim too many times. . Sesi Q&A yang padu dan laju. . "Mak ayah tak kesah ke travel lama-lama?" "Ayah dia ada marah jugak." . "Lepas ni nak pergi mana?" "Esok nak ke Busan, tapi hari ni tak tau lagi nak ke mana." . "Pendapat tentang Korea?" "Tak pernah lagi tengok orang yang stress macam ni. Berlari-lari. Rushing." . "Kos sara hidup di Korea?" LBarang kat sini takde lah mahal sangat" (tapi dia ada complain jugak harga nasi dan subway kat sini. LELZ.) . Teman dia pergi kedai serbaneka. Beli nasi dan daging jjajang. . Makan dan farewell. . "Jumpa lagi Michael." Kata aku. Gelak. Tandanya mustahil. . . #KeKoreaKeKita #instablog #snapseed #winter #travelog #musimsejuk #igersmalaya #korea #한국 #KR
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment