1)28/12/12,
lusa dah exam tapi aku masih lagi menulis blog ini meskipun tak ramai
yang membacanya. Tapi takpe. Maybe ada jugak yang akan baca satu hari
nanti (mungkin masa tu aku dah ada 14 cucu). Hari ni hari Jumaat yang
indah dan aku nak berbincang pasal perkataan yang kita dah biasa sebut iaitu adil. Ramai yang dah faham tentang maksud adil. Adil tu sendiri
diambil dari perkataan bahasa arab dengan sebutan yang sama. Tapi, tak ramai
yang faham maknanya yang sebenar-benarnya. Secara umumnya kat malaysia kita
faham adil tu ialah sama rata. *tsk tsk tsk. Tidak sama sekali. Kalau
korang kondifen (confident) sangat adil tu ialah sama rata maka silalah
fikir sekali lagi. Kalau setelah berfikir pun korang masih berpendapat bahawa adil itu ialah sama
rata, silalah tepek dahi anda dengan tin yang sudah kemek.
2)Sini
aku ada sertakan tiga definisi adil yang betul dan tepat serta mujarab.
Sebelum tu aku nak ingatkan korang. Kata lawan bagi adil ialah zalim. Zalim bukanlah
membawa maksud kejam atau jahat tetapi membawa maksud berlawanan bagi adil. Korang
terbalikkan je definisi adil, maka *poof !!
korang akan dapat definisi zalim pulak. Definisi-definisi adil;
1.
Meletakkan sesuatu
sesuai dan kena pada tempatnya;
Yang ni aku mudah ingat sebab
ustazah aku pernah bagi contoh yang simple-pimple masa aku sekolah
rendah dulu. Contohnya kita ada kucing.
Kita bagi kucing kita tu makan kayu atau besi atau tulang dinosour. Di situ kita dah
bertindak zalim sebab kucing tak makan benda-benda tu. Kucing makan KFC je.
Kalau kita bagi kucing makan sesuatu yang dia tak boleh makan maka kita dah
meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya
2. Memberi hak kepada mereka
yang berhak;
Contohnya kau ada RM10. Pastu kau dengan aku pun main teng-teng sama-sama di petang hari. Lepas setengah jam kita main
teng-teng, aku pun rasa bosan main dengan kau sebab kau tak reti lompat betul-betul.
Asyik-asyik jatuh je. Aku bercadang nak balik rumah tinggalkan kau sorang-sorang kat situ. Tapi disebabkan kau cerdik kau
gunakan RM10 tu untuk menarik minat aku. Kau pun cakap yang kau nak belanja aku Choki Choki jenis coklat+susu yang sedap tu. Tapi bila kau check poket baru kau perasan yang duit kau dah hilang. Of courselah bukan aku yang ambil sebab aku ni
jujur orangnya. Aku cakap, “Siapa yang jumpa duit tu jadi
milik dia ea.”
Walaupun lepas tu aku jumpa RM10
kau, aku kena serahkan balik kat kau sebab aku perlu beri hak (RM10) kepada orang yang
berhak (iaitu kau).
3.
Mengambil hak sendiri tanpa
lebih dan memberi hak orang tanpa kurang:
Nak contoh jugak ke? Tak
payahlah. Sangat mudah difahami kan? :) Aku malas bagi contoh lagi sebab nanti aku merepek dan membebel panjang seperti contoh di atas.
3)Betul
kata Albert Einstein tu. Semua orang kat dunia ni cerdik dan bijak. Pernah
tengok cerita 3 Idiots? Mesti pernah kan? Kan? Pelakon utama cerita tu Amry Khan. Ada satu watak bernama Farhan. Watak Farhan ialah watak yang genius dalam
bidang fotografi. Taare Zameen Par pulak menceritakan tentang seorang pelajar bernama Ishaan yang menghidapi dikslesia tetapi genius dalam bidang seni lukisan. Tapi keperluan untuk hidup pada zaman kita sekarang ni tidak
mengiktiraf semua orang itu genius dalam bidang-bidang tertentu seperti Farhan dan Ishaan.
Keperluan hidup pada zaman sekarang bersandarkan gred dan markah di atas kertas
peperiksaan yang ditambah dengan beberapa kerja praktikal. Memang tak dinafikan
kaedah itu dapat mengukur kecerdikan dan kefahaman seseorang tentang sesuatu
subjek tetapi bukanlah 100% tepat. Kita tak boleh nilai yang anak Cik Beah tu pandai dan
genius sebab dia dapat skor 10A+ dalam SPM dan anak Pak Muaz pulak buduh sebuduh-buduh
makhluk sebab gagal 8 subjek. Kemahiran (kadang-kadang disebut bakat) setiap
manusia itu berbeza. Dan kemahiranlah yang boleh dijadikan kayu ukuran
seseorang itu genius atau tidak. Ada yang mahir melukis, ada yang mahir berbahas, mahir
mengurus, mahir menulis belog, mahir membuat vlog, mahir mengajar, mahir
memadam kebakaran, mahir memahami pembelajaran, mahir mengorat, mahir add
dan like status orang di FB dan ada juga yang mahir dalam memperoleh
markah yang tinggi dalam peperiksaan. Ya, menjawab peperiksaan juga merupakan satu kemahiran.
4)Aku
ada satu cerita dari manuskrip lama internet berkaitan dengan sifat adil
yang aku nak kongsi dengan korang. Di sebuah hutan yang tenang dan indah telah
dilansungkan satu pertandingan untuk memilih binatang yang paling genius. Banyak haiwan yang berminat
untuk sertai pertandingan ni. Tapi disebabkan aku yang buat cerita ni, aku
hadkan pesertanya kepada beberapa ekor haiwan genius sahaja. Antaranya ialah anjing, gajah, ikan, monyet,burung, anjing laut dan penguin (aku tak berapa pasti apa
yang anjing laut dan penguin tu buat kat sini). Mereka semua berkumpul dengan
bangganya dan bersedia untuk berentap bagi membuktikan bahawa merekalah yang paling genius. Mereka berbaris dengan tersusun dan beradab sebagai tanda haiwan yang genius. Dibelakang mereka terdapat sebatang pokok manakala di depan mereka pula ialah pengacara pertandingan. Maka tirai pertandingan pun dibuka. Pengaca lantas dan
pantas mengisytiharkan ujian yang perlu mereka hadapi dalam pemilihan ni.
Pengacara berkata : “Bagi memastikan pemilihan ini ADIL, kamu semua dikehendaki untuk menjalani ujian yang sama. Sila panjat pokok itu. ”
5)Apa !?
Korang rasa logik ke? aku pun rasa tak logik walaupun aku baru je karang cerita ni
tadi lepas tengok gambar kat atas ni. Dalam pertandingan tu komfem dan kondifen lah monyet yang akan menang
sebab beliau ada empat kaki bila di atas tanah dan empat tangan bila di atas pokok. Cuba kita bagi
arahan untuk berenang pulak, mestilah
ikan dan anjing laut yang pelopori bidang tu. Macam tu jugak dengan burung,
gajah, penguin dan anjing yang masing-masing ada kelebihan tersendiri. Jadi macam
mana nak buat? Kita ubah je nama pertandingan tu kepada ‘Pertandingan Mencari
Pemanjat Pokok Yang Paling Genius’. So,
yang masuk pertandingan tu cuma haiwan-haiwan yang genius dalam memanjat pokok.
Macam tu jugak dengan realiti kehidupan kita. Tak semua orang itu dikira pandai dan genius hanya dengan
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM, STAM, MAMAM, MAKAN
dan lain-lain. haha ! Setiap orang itu genius dan cerdik cuma kita yang tak sedar dan tak perasan kegeniusan diorang.