1)Alhamdulillah,
hari ni hari Jumaat, dapat lagi aku tulis sesuatu untuk dimuatkan ke dalam blog
ni. Rasanya entri kali tak ada apa-apa yang bermanfaat untuk aku kongsikan. Jadi kepada korang yang rasa nak skip entri minggu ni, silakanlah. Datang lagi jumaat
minggu depan pulak ye :). Sekarang ni (waktu Mesir) 21.12.2012. Saat korang
baca entri ni, maka terbuktilah ramalan suku kaum Maya itu salah tentang tibanya
hari kiamat. Syariat Islam jugaklah yang betul. Ayat Al-quran dan hadits Nabi
Muhammad (sila selawat sekarang) ada menyatakan tentang 5 perkara yang takkan
diketahui manusia. Salah satunya ialah bila berlakunya hari kiamat.
2)Stop
cerita tentang tarikh. Tiba-tiba aku teringatkan adik lelaki aku. Masa kat
Malaysia dulu dia tak percaya yang aku boleh cakap Bahasa Arab. How dare you
brother! Kurang asam kan? Maybe sebab aku ni tak ada gaya orang berilmu kot
-_-“. Kopiah pun jarang ada kat kepala. Lagipun umur dia baru 9 tahun. Logiklah
kalau dia tak dapat agak dan ukur kemampuan aku. Huh, ayat! Adik aku macam tak percaya
bila kakak sepupu aku suruh dia belajar subjek Bahasa Arab dengan aku. Sampai
hati kau meragui aku adik. Sedih sekejap. So, she asked her mother (mak long
aku) to speak arabic with me in front of my little brother. Masa tu aku macam jadi
idola kejap. Ternganga adik aku seakan tak percaya abang yang selalu tengok
cerita orang putih kat rumah boleh cakap Bahasa Arab. Baru kau kenal abang kau
ni. Tapi tu dulu, masa kat Malaysia.
3)Sesampainya
kat Mesir, aku jadi agak sopan dan pemalu untuk bercakap atau berborak dalam
Bahsa Arab dengan orang ramai. Wah! Berubah 360 darjah. ‘Pendiam’ tak sinonim
dengan Amry Sajad sebenarnya. Kat sini diorang guna bahasa ammiah Mesir (bahasa
pasar, tempatan). Setiap negara Arab ada bahasa ammiah sendiri, tapi ammiah
Mesirlah yang paling *tutt * tutt. Nak
kutuk pun tak boleh sangat sebab aku pendatang asing dengan izin kat sini.
Ustaz-ustaz yang dah balik Malaysia cakap, bahasa ammiah ni tak berguna untuk kita walaupun sikit. Sebabnya diorang dah balik Malaysia dan haruslah diorang kena
gunakan bahasa Arab yang satu dunia faham iaitu bahasa fusha (baca dengan
fus-ha, bukan fu-sha). Kitorang ni masih duduk kat Mesir. Kadang-kadang ada
jugak budak kecik, remaja dan orang tua yang tak faham lansung bahasa Arab fusha. Nak
tak nak kena belajar jugak bahasa ammiah Mesir. Kalau aku dapat jumpa orang
bukan arab (pendatang asing macam aku) rasa lega sikit sebab diorang faham
bahasa fusha.
4)Sedar
atau tak tabiat aku yang pemalu dan pendiam ni sedikit sebanyak melunturkan
bahasa Arab aku. Kalau sebelum ni aku yakin untuk berbahasa Arab tapi sekarang
tak lagi. Aku segan kalau-kalau apa yang aku cakap kat sini satu kesalahan. Ah,
salah tu perkara biasa, yang penting jangan putus asa untuk mencuba. Wah, siapa yang
cakap macam tu tadi? Mari sini aku tepek tin coca-cola yang kemek kat dahi
kau. Ceramah bukan main lagi tapi bila suruh tolong aku tak nak pulak. Still, aku
nak improve bahasa Arab aku. Baru tadi aku dapat caranya! Kat sini ramai
budak-budak melayu yang dah lama tinggal kat Mesir. Budak-budak sekolah rendah. Diorang
dah duduk sini dari kecik lagi dan berkawan pulak dengan budak-budak Arab. So bahasa
arab dia macam *umphh, terbaik lah. Aku tak rasa segan sangat bila belajar
dengan diorang. Kalau aku tak faham apa yang budak-budak Arab cakap, budak-budak Melayu ni lah yang translatekan. Budak-budak Arab ni pun bersungguh-sungguh nak bagi
aku faham apa yang diorang cakap sebab diorang nak ajar aku main permainan diorang.
Ilmu yang aku dapat tadi : pink – banbi, biru cair – balani. Tapi nak dapat dua
perkataan tu aku kena jadi keeper bola, kena dukung budak, kena tarik dan tolak, kena main baling
selipar (sini versi batu) dan lain-lain. Tapi aku tak kesah sebab aku memang
suka budak-budak. Seronok! Yang paling tak tahan sekali diorang panggil aku
ammu (pak cik) -_-“. Tua sangatkah aku ni? Jumaat minggu depan kita jumpa lagi
ye anak-anak ammu!
al-hubb bermaksud 'cinta' |
* * *
5)Penghujung
khutbah Jumaat tadi macam biasa kita akan baca doa kebaikan akhirat untuk mukminin dan mukminat sebab itu ialah salah satu rukun khutbah Jumaat. Bila semua orang mengaminkan doa tu aku teringat
suara-suara yang aku suka masa aku kecik dulu, suara orang ramai mengaminkan
doa khutbah Jumaat secara perlahan dan serentak. Kadang-kadang aku diam sebab
nak dengar suara-suara diorang. Suara besar dan garau orang ramai buat aku
teruja. Tapi sekarang lain. Suara akulah salah satu suara yang mengaminkan
doa tersebut. Aku dah besar rupanya. Dah wajib solat Jumaat, tak kena marah
lagi kalau nak solat kat sof depan, tak berborak-borak kosong lagu masa khatib menyampaikan khutbah. Cepatnya masa berlalu. Patutlah budak-budak
tu panggil aku ammu.