1)Semua orang yang lahir kat dunia ni ada hari lahir. Cuma
mungkin ada sesetengah orang tak tahu bila hari lahir dia. Kepada sesiapa yang
masih tak tahu apa itu hari lahir, hari lahir ialah hari di mana kita kita dilahirkan ke dunia. Takkan tak tahu kot. Ia juga disebut sebagai hari jadi. Tapi masa
aku wish birthday kawan-kawan dulu, diorang cakap mana ada istilah ‘hari
jadi’ sebab kita tak tahu bila masa kita dijadikan. Yang ada cuma ‘hari lahir’
je. Aku pun mengiakan apa yang diorang cakap. Sampai sekarang aku guna istilah
‘selamat hari lahir’ atau ‘happy birthday’ atau ‘sanah helwa’.
Hari lahir jugaklah antara hari yang istimewa untuk seseorang selain hari
ulang tahun perkahwinan, hari keluarga, hari Wanita, Hari Kanak-Kanak Sedunia, Capslock
Day dan lain-lain lagi. Alaa, kalau ada orang wish birthday korang,
sikit sebanyak musti ada rasa diri dihargai kan? Lagi-lagi kalau ada orang hulur hadiah
walaupun tak mahal. Rasa macam bahagia sekejap kan? Lebih-lebih lagi kalau orang
yang bagi tu orang yang disayangi dan menyayangi, perkh. Sebab tu ada orang sanggup tunggu pukul 12
malam depan komputer menghadap facebook menunggu ucapan-ucapan yang tak
putus-putus dari kawan-kawan. Eheh.
2)Tapi
kan, kenapa tiba-tiba aku gatal tangan nak tulis pasal hari lahir pulak? Adakah
kerana hari lahir aku yang jatuhnya pada 10 APRIL pada setiap tahun tu dah
semakin dekat? (promote kejap, korang dah boleh mula sediakan hadiah untuk aku) Eh, nononono. Ini khas untuk kawan
aku, Dr. Syusyek yang dah melangkau usia 20 tahun semalam (22 Mac).
Sambil-sambil tu bolehlah aku kongsi sedikit sebanyak benda-benda yang
berkaitan dengan hari lahir dengan korang-korang semua. Ada macam-macam cara
menyambut hari lahir. Ada cara bersederhana, ada cara syok sendiri, ada cara
merendah diri, ada cara tinggi diri, ada cara jahiliyyah, ada cara sambut sorang-sorang, dan ada
jugak cara yang gilang-gemilang mengalahkan majlis perkahwinan. Ada jugak cara buat prank ataupun tektik buat-buat lupa birthday member. Ah, sungguh klise. Dulu pernah ada kanak-kanak riang kat kawasan perumahan
aku sambut birthday abang aku. Masa tu umur abang aku dalam 18 tahun
rasanya. Diorang sambut birthday abang aku dengan aktiviti baling-membaling tepung dan
telur-telur. Memang nampak meriah tapi penuh dengan pembaziran. Maka, datanglah
my superbaba menasihati diorang. Ayah aku cakap tepung dan telur tu bukan ke
lebih bagus dibuat cengkodok? Eh, betul jugak.
3)Birthday
jugak datang dengan pelbagai cara ucapan. Ada ucapan yang suspen, ada ucapan
berserta hadiah, ada ucapan tangan kosong, ada ucapan yang macam nak tak nak,
ada ucapan dari si dia, ada ucapan yang tersangat nakal, ada ucapan yang
berserta doa, dan ada jugak ucapan yang macam tak ada faedah. Ada jugak ke? Cumanya pilihan tu terletak atas diri kita sendiri, bagaimana caranya untuk kita menzahir dan melahirkan ucapan tersebut. Masa aku dalam zaman keriangan kat sekolah dulu ada macam-macam cara untuk memeriahkan hari lahir orang kawan-kawan. Kadang-kadang aku tunggu ramai orang dulu then
aku akan ucap dengan suara yang tinggi, “Selamat hari lahir Si Polan!”. Aku
suka tengok muka kawan-kawan aku tergedik-gedik mengatasi rasa malu. Ataupun
aku akan guna ayat macam ni, jugak dengan suara yang tinggi, “Eh, hari ni bithday
kau ea?”. Yezz! Masa tingkatan 6 dulu aku antara ahli MPP kat sekolah. Boleh
dikatakan tiap-tiap minggu muka aku ada kat atas pentas untuk pengisian
perhimpunan pagi yang diadakan setiap hari. So, aku wish je birthday
kawan-kawan aku kat atas pentas tu biar semua orang tahu. Masa tu lah paling best.
Semua orang pandang muka dia sorang je. Dia pun mustilah resah gelisah sehinggan dahinya basah, Ada jugak kawan-kawan yang jumpa aku seraya
berkata, “Am, esok bithday Si Popolan. Esok ko cakap kat perhimpuan ea.”
Aku dengan riangnya terima permintaan diorang. Habis cerita.
4)Disebabkan aku ni penggemar fakta-fakta menarik, aku nak
kongsi fakta-fakta menarik berkaitan
hari lahir, kelahiran dan bayi dengan korang.
1)
Umur kita menunjukkan berapa kali kita dah mengelilingi matahari
bersama-sama bumi. So, Dr. Syusyek dan 20 kali keliling matahari, tahniah !
2)
Kita dilahirkan tanpa kepala lutut.
3)
9% orang menyambut hari kelahiran diorang pada bulan Ogos sekaligus
menjadikan bulan Ogos sebagai bulan yang paling banyak berlaku sambutan hari
lahir diikuti Julai dan September.
4)
Tarikh lahir yang paling banyak dikongsi ialah pada 5 Oktober. Korang
boleh agak kenapa. Kalau tak boleh agak, boleh tanya aku kemudian.
5)
Apa pulak tarikh yang paling kurang pemiliknya? Insyaallah korang semua
tahu. Kalau korang tak tahu boleh tanya aku lagi.
6)
Nabi Muhammad meninggal pada tarikh yang sama dengan tarikh kelahiran
baginda mengikut kalendar Hijrah iaitu 12 Rabiulawal.
7)
Golden Birthday ialah istilah untuk tarikh lahir yang sama dengan umur.
Contohnya, Golden Birthday Dr. Syusyek ialah masa umur dia menjangkau 22 tahun
sebab tarikh lahir dia 22 Mac
8)
Sijil kelahiran komposer dan juga ahli kumpulan The Beatles, Paul
McCartnery telah dilelong pada tahun 1997 dan ianya dipercayai sebagai sijil
kelahiran yang paling mahal.
9)
9 April 2003, Satyabhama Mahapatra, seorang pesara guru menjadi ibu
tertua yang melahirkan anak pada usianya 65 tahun.
10) Bobbie McCaughey memegang rekod sebagai ibu yang paling banyak
melahirkan bayi yang selamat dalam kelahiran tunggal. Dia telah berjaya
melahirkan kembar tujuh (bahasa Inggerisnya septuplet), empat orang
lelaki dan 3 orang perempuan.
Anak-anak McCaughey |
11) Ibu termuda dalam sejarah ialah Lina Medina yang lahirkan anaknya pada
usia 5 tahun 7 bulan di Lima, Peru pada tahun 1939. Anak tersebut dibesarkan
sebagai adiknya. dPada usia 10 tahun barulah dia tahu siapa ibu dia.
12) Lagu ‘Happy Birthday To You’ sekurang-kurangnya telah diterjemah ke
dalam 18 bahasa yang berbeza.
13) 10 nama yang paling banyak digunakan bagi bayi lelaki di Malaysia ialah
Muhammad, Adam, Rayyan, Ahmad, Daniel, Darwish, umar, Haziq, Irfan dan Zikri.
14) 10 nama perempuan pulak ialah Nur, Zara, Hannah, Damia, Sophia, Alicia,
Aishah, Humaira, Batrisyia dan Safiyyah.
5)Selamat
hari lahir semua!
Jawapan yang terbaik! |
Ucapan Ustaz Abdul Karim kepada aku. sebenarnya bukan 10 April, bukan 9. Facebook aku dah ikut masa Mesir.
* * *
Novel pertama tulisan aku. Sila baca dan beri komen :)
Farouq : Perigi Mencari Timba |
Terima kasih perkongsian ucapan hari lahir ini :)
ReplyDelete