Blogger Widgets

Pages

Thursday, 13 June 2013

Sudah Setahun Hai Jagung.


       1)Ahah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku tak sangka aku dah terlepas tarikh penting untuk blog nih. 6 Jun 2012.  Itulah tarikh entri pertama aku. Ini bermakna blog aku dah berusia setahun! *applause*.  Korang-korang dah boleh nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu sekarang. Moga-moga blog nih terus terselamat daripada menyesatkan pembaca. Aku masih ingat masa mula-mula aku berblog. Masih terkial-kial mengintai blog orang lain untuk memberi ilham, baik dari segi isi, gaya penulisan mahupun template blog. Habis semua blog kawan-kawan aku selongkar. Macam tu lah saya mula-mula belajar.



       2)So, dengan niat untuk mencipta satu blog yang tak berapa panjang, aku hadkan semua entri aku kepada lima perenggan. Aku risau ada spesis aku di luar sana yang malas membaca, eheh. Dari situlah terbitnya nama blog ini, 5perenggan.blogspot.com. Eceh, lima perenggan pun, ada jugak entri yang sangat panjang. Maaf. Bila dah dapat nama, aku pilih jenis pengisian apa untuk diletak. Ada blogger yang cerita pasal sport, ada pasal memasak, ada yang tulis diari sendiri, ada pasal politik dan lain-lain. Maka aku tampil dengan segak dan tampan, memilih untuk berkongsi tentang apa-apa perkara yang boleh memberi manfaat. Iye-iye. Aku mengaku kadang-kadang ada post mengarut. Mintak maap banyak-banyak. (Sambil menyusun sepuluh jari).

       3)Dulu, duluuuuu blog nih tersangatlah buruk. *sekarang pun buruk, tapi masih boleh diterima dan boleh dihadam rasanya. What? untuk kategori lelaki maskulin, ini dah kira oklah kan? Melainkan banner kat atas tu yang berserabut dan tersalah adjust saiz. Haih. Template blog nih banyak yang aku copy atau tiru dari blog-blog lain yang aku minat. Kalau aku rasa chantek, aku try buatlah. Kalau korang rasa tak chantek, sila bagitau aku.

       4)Perkembangan terbaru aku dalam berblog ni ialah menukar tulisan putih ke hitam. Sungguh, aku dan korang akan sakit mata bila baca font putih berbackground hitam. Lebih baik baca tulisan hitam background putih/kelabu. Perkembangan lain pulak, aku berjaya letak facebook comment box kat bawah setiap entri. Woooo. Sungguh, lama gil-gil kot aku usahakan. Bila dah dapat attach comment box tu, aku tersenyum indah merasa puas. Then aku terus tidur sebab aku dah berjaga dari malam sampai subuh. Yang  terakhir yang aku nak tonjolkan, aku dah berjaya buat novel (Farouq : Perigi MencariTimba). Wah!. Tahniah mamat jiwang. Masa aku tulis entri nih, novel tu dah masuk episod dua dah pun (Farouq : Bulatkan Tekad). Aku dah suruh adik aku si kaki novel tu review, tapi sampai sekarang dia tak komen apa-apa. Sibuk prepare untuk SPM lah tu agaknya. Takpe-takpe.

       5)Akhir kalam, aku nak ucap ratusan ribuan jutaan terima kasih kat korang yang sudi meng-support blog nih. Sungguh, kalau tak ada pembaca, buat apa aku teruskan, kan? Terima kasih kepada 28 followers aku yang kebanyakannya tak aktif (huh!) dan kebanyakannya kawan-kawan yang aku kenal (yeay!). Terima kasih sangat-sangat. Juga kepada komen-komen membina mahupun meruntuh yang korang bagi, aku hargai. Moga Allah balas balik binaan ataupun runtuhan yang korang buat tuh, eheh. Macam ni pun boleh? Doakan supaya aku boleh terus menulis sesuatu yang bermanfaat, dan doakan tujuan aku buat blog ini tidak  lari. Teruskan membaca !

***

Serba-serbi  tentang 5 Perenggan.



  •  Followers terbaru ialah Hijrah Sufi dan Princess Star, sekaligus menjadikan keseluruhannya seramai 28 orang. Macam aku cakap tadi, beberapa dari diorang tu tak aktif.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment