1)Tersedia maklum, aku sangatlah menyukai budak-budak kecik
yang comel-comel. Jadi bila aku tau yang anak buah aku, Aish Mustofa akan
datang ke Mesir untuk bercuti dengan Abinya, maka aku sangatlah seronok. Aish
Mustofa. Nama diberikan oleh kedua-dua Ummi dan Abinya. Umminya memilih Aish,
sekadar meng-lelaki-kan nama Aishah yang bermaksud kehidupan. Mustofa pulak
bermaksud ‘terpilih’, nama yang diberi oleh abinya sempena nama guru Arab Mesir
yang banyak mengajar Abinya kat Mesir. Disitulah terbitnya nama Aish Mustofa,
belum pun cukup setahun umurnya. Dan dia sangat-sangatlah comel. Ha sebelum tu.
Semua pakcik makcik haruslah ada gelaran untuk anak-anak buah kan? Contohnya
Pak Long, Pak Uda, Pak Teh, Mak Tam, Mak Ngah dan lain-lain. Untuk aku,
anak-anak buah aku kan ku suruh mereka panggil aku Baba. Haa, unik kan? Baba samalah
maksudnya dengan ayah, bapak, abi, walid, papa, daddy dan lain-lain. Perkataan
Baba ni selalu digunakan orang Arab Mesir dan pasangannya ialah Mama. Aku pilih
Baba sebab aku nak anak-anak buah aku baik dengan aku. Chewah. Kenapa Baba?
Kenapa tak ayah or bapak or walid? Aku pilih Baba sebab ustazah aku yang aku
sayang and suami dia yang rindu + hormat gunakan Baba dan Mama. So aku just
copy paste je gelaran tu.
2)Mula-mula aku jaga Aish ialah masa aku, abang, kakak ipar
dan Aish pergi bercuti summer break ke Matrouh dan Siwa. Of courselah ‘ala
hisabi akhi (abang aku belanja). Kalau nak harap duit aku, memang sampai balik
Malaysia pun aku tak berjalan kat Mesir nih. Tak ada apa-apa masalah. Aish ok
je. Budak baik. Tak memilih orang. Dengan sesiapa pun dia boleh masuk asalkan
dia tak nampak ummi dia. Tapi kalau
tiba-tiba dia menangis, segeralah serahkan kepada umminya. Secara otomatiknya beliau akan diam. Ummi dia kata, tiga sebab Aish menangis. Aku rasa teori ni boleh pakai kat semua baby kot. Satu masa dia lapar. Dua masa lampin dia dah penuh. Lastly bila dia mengantuk. Yang last ni lah paling payah menduga sabar. Habis je jaulah kitorang ke Matrouh, sorang kawan aku cakap yang Aish ni baik dan tak banyak karenah. Eh? Macam mana hang tau dia tak banyak karenah? Hang pernah jaga dia masa dia melalak bagai kucing kehilangan anaknya? Tak pernah kan? Macam mana hang tau nih? Bukankah kita semua yang pergi jaulah ke Matrouh ni sepakat, seandainya Aish menangis maka segeralah passing dia ke tempat asalnya yakni umminya? Last-last bila kawan aku balik ke Malaysia dia post gambar anak buah dia yang baru lahir. Di caption tertulis ‘senang jaga, tak banyak karenah’. Aiseh? Baby tu baru lahir haruslah tak banyak karenah. Aku rasa semua baby dia label sebagai tak banyak karenah kot while she doesn’t mean it at all.
tiba-tiba dia menangis, segeralah serahkan kepada umminya. Secara otomatiknya beliau akan diam. Ummi dia kata, tiga sebab Aish menangis. Aku rasa teori ni boleh pakai kat semua baby kot. Satu masa dia lapar. Dua masa lampin dia dah penuh. Lastly bila dia mengantuk. Yang last ni lah paling payah menduga sabar. Habis je jaulah kitorang ke Matrouh, sorang kawan aku cakap yang Aish ni baik dan tak banyak karenah. Eh? Macam mana hang tau dia tak banyak karenah? Hang pernah jaga dia masa dia melalak bagai kucing kehilangan anaknya? Tak pernah kan? Macam mana hang tau nih? Bukankah kita semua yang pergi jaulah ke Matrouh ni sepakat, seandainya Aish menangis maka segeralah passing dia ke tempat asalnya yakni umminya? Last-last bila kawan aku balik ke Malaysia dia post gambar anak buah dia yang baru lahir. Di caption tertulis ‘senang jaga, tak banyak karenah’. Aiseh? Baby tu baru lahir haruslah tak banyak karenah. Aku rasa semua baby dia label sebagai tak banyak karenah kot while she doesn’t mean it at all.
Aish: Babababababa
Baba: Ya, Aish. Baba ada kat sini.
Baba jaga Aish hari ni.
Aish: Mamamama
Baba: Aik? Nak mama pulak.
Kena tunggu lama sikit lah. Eheh.
|
4)Bila Aish nak tidur, dia menangis sekuat hati. Menangis macam
kena pukul. Tapi still comel lagi. Comel macam aku. Ceh. Kau try lah bagi
apa-apa je supaya dia boleh tidur macam baby yang normal, dia tak nak. Kau
baringkan dia, dia bangun. Kau bagi dia minum susu, dia minum sikit dan buang
botol tu. Dia hanya akan diam kalau kau angkat dia mula berjalan. Kalau kau
berhenti berjalan, dia menangis lagi. Gila ke apa nak bagi baby menangis masa
orang sibuk berterawih? Maka aku pun terus berjalan dengan harapan dia boleh
lah terlelap nanti. Tapi Aish seorang yang sukar ditewaskan. Dia tak semudah tu
untuk ditidurkan. Kepala dia akan menoleh ke sana ke mari mengikut apa-apa yang
menarik perhatian dia. Dan kalau dia dah pandang ke sana ke mari, rasa ngantuk
dia akan hilang. Apa aku nak buat? Bawak dia berjalan dengan keadaan dia tak
mengantuk sampailah aku penat. Dan kalau aku letak dia ke lantai balik, rasa
mengantuk tu akan datang lantas menaktifkan sel-sel keamukan. Bila dia
keamukan, aku kena dukung dia semula dan berjalan walaupun tangan dan kaki aku
dah tak kuat. Begitulah putarannya. Haih. Situasi inilah yang aku panggil
sebagai ‘Aish nak tidur, tapi dia tak nak tidur.’ Barulah aku tau keperitan ibu
aku jaga 7 orang anak dia. lepas ni aku nak sayang ibu aku lebih lagi.
Kemudiannya separuh diri aku yang ada nilai keibuan (ceh) mula mengingati
gaya-gaya seorang ibu menidurkan anaknya. Menyanyi! Yeay! Dengar bunyi yang
beralun molek boleh bantu kita tidur dengan mudah. ‘Lailaahaillallah…Muhammadurrasululullah’.
Itulah yang aku ulang-ulang walaupun kaki dan tangan dah penat. Akhirnya dia
tidur. Dan aku puas! Rasa dah layak jadi baba kepada anak sendiri pulak. Eheh.
Ini Aish yang dah tidur di Masjid Al-Azhar. |
5)Pernah aku tidurkan Aish masa aku duduk kat rumah abang
aku kat Mansoura. Abang aku sibuk dengan kerja depan laptop. Kakak ipar aku
pulak tengah sediakan juadah berbuka untuk kitorang. Aku? Aku jaga Aish lah.
Bila aku tau Aish dah ngantuk, aku dukung dia bawak masuk dalam bilik. Aku
duduk menghadap kipas dan sekali lagi ‘Lailaahaillallah…Muhammadurrasululullah’.
Aish terlena. Then aku tinggalkan Aish atas katil. Abang aku terkejut.
“Amry tidurkan Aish ke?”.
Dengan bangganya, “Yelah.”
“Macam mana?”
“Adalah nyanyi-nyanyi sikit.”
“Suara Amry sedap ke?” Hampeh!
Lepas aku balik dari Al-Azhar, aku pernah tanya kakak
aku. Tangan dia tak sakit ke dukung Aish? Tangan aku dah sakit-sakit sebab lama
sangat dukung dia. Kakak aku cakap masa mula-mula dulu je sakit. Sekarang dah
terbiasa, tak sakit lagi. Dia pun cerita tentang sahabat Nabi SAW, Uwais
Al-Qorni. Dia nak bawak mak dia yang tak boleh berjalan tunaikan haji. Jaraknya
jauh. Jadi dia kena dukung mak dia dari Yaman ke Mekkah. Apa yang Uwais buat
ialah, tiap-tiap hari dia akan dukung seekor lembu dia keatas bukit untuk
meragut rumpun. Kemudiannya dia akan dukung lembu tu turun bukit. Itulah yang
dia buat selama dua tahun untuk membiasakan diri dia berpenat sakit mendukung
ibu dia.Tamat.
Aish mustofa
ReplyDelete