Bersarang. Bersarang ialah perkataan cliché yang digunakan oleh para blogger budiman untuk mentafsirkan bahawa blog mereka jarang dibuka atau diupdate. Oh, tak tahu maksud cliché? Cliché maksudnya sesuatu perkara itu biasa disebut atau dilakukan sehingga menerbitkan rasa muak dan bosan. Haa, part muak bosan tu aku saja tambah. Tapi lebih kurang macam tu lah erti makna cliché. Faham kan? Contoh benda cliché? Cerita Melayu yang memaparkan watak orang bandar sebagai antagonis/watak jahat. Orang-orang kampung pulak watak baik/sopan/tak ada kecacatan/serba tahu dan lain-lain lagi. Ataupun watak mak tiri yang jahat. Pernah tengok mak tiri yang baik plus penyayang dalam cerita Melayu? Aku rasa tak pernah. Cliché kan? Berbalik kepada bersarang, ianya perkataan cliché yang kita selalu jumpa bila
seseorang penulis tu dah lama tak update blog dia. More or less dah 2 bulan aku tak update blog aku. So, blog aku ni kategori bersarang ke tak eh? Oh ya. Ada perkataan yang lebih power berbanding bersarang. Berhantu maybe?
Demam. Wah first time aku demam dekat Mesir ni. Tapi entah kenapa aku boleh riang ria walau kepala berat terasa. Disebabkan itulah kawan aku tak mau jaga aku walau penat aku pinta. Sedih. Penat aku buat muka sakit sebab nak keprihatinan diorang, tapi gagal pula. Dan dalam demam ni jugaklah aku gagahkan kaki melangkah pergi menghadiri kuliah, subjek Lapangan Kajian. Berebut-rebut dalam bas yang penuh dengan Arabians berbadan besar dan sasa. Tak kurang juga wanita-wanita separuh umur yang entah ke mana hala tujunya di pagi hari macam biasa. Haa, nampak macam rajin kan? Rajin lah sebab kelas aku dua jam cuma. Kemudiannya boleh terus pulang ke rumah sambil tersenyum bangga. Kuliah dah aku hadiri sepenuhnya walau badan tak bermaya. Balik ni aku nak terus menghadap katil, supaya dia berkongsi juga apa yang aku rasa.
Gagal. Inilah kali pertama aku gagal dalam peperiksaan yang besar. Setiap orang punya cara yang berbeza dalam menafsirkan kejayaan. Juga mereka punya pandangan sendiri tentang kegagalan. Aku pun! Daripada 14 subjek tahun satu, aku gagal empat daripadanya. Aku anggap ianya satu kejayaan, sekurang-kurangnya pada awalnya. Mana taknya, aku hampa dengan enam subjek yang dah aku hadapi dan aku rasa kesemuanya bakal kecundang. Alhamdulillah, dua daripada subjek tu aku lulus walaupun bukan dengan jaya dan bergaya. Aku hanya gagal empat subjek! Itulah kejayaan yang aku sendiri tafsirkan walaupun tak berjaya untuk naik ke tahun dua Fakulti Bahasa Arab dan Sastera. TETAPI, setelah aku tau yang kawan aku dapat naik tahun dua dengan bawak dua subjek mulalah kejayaan tafsiran aku bertukar kepada kehampaan. Kemudian bila aku tau kawan aku yang lain dapat naik tahun dengan jaya dan gaya, kehampaan itu berubah jadi kegagalan. Lama-lama baru rasa menyesal. Baru rasa nak menangis sampai suara sampai Malaysia. Ok, ini melampau. Tak adalah sampai menangis. Cuma rasa macam tak nak bercakap jugaklah. Tapi sokongan moral ibu ayah, cikgu-cikgu sekolah dan kawan-kawan banyak membantu. Cikgu aku cakap, "Nak duduk lama kat Mesir tak ada masalah, asalkan balik berilmu. Nak duduk sekejap pun tak ada masalah, asalkan balik berilmu." Gulp!
Zahmah atau bahasa Melayunya kesesakan. Kat Kaherah ni memang jalan raya penuh dengan bas, van dan kereta terutamanya waktu pergidan balik kuliah. Ramai orang pergi kerja masa ni. Nasib baiklah kelas aku untuk sem ni cuma 3 subjek. Sehari satu subjek je. Boleh balik awal dan opkos lah tak jumpa dengan waktu kemuncak. Kawan aku pernah naik bas dua jam setengah sampaikan tak sempat solat asar. Ada kawan yang lain pulak terpaksa turun daripada bas dan berjalan kaki. Serius jauh. Macam mana nak gambarkan jauhnya ya? Macam korang keliling padang bola sepak sekolah menengah 7-8 pusingan. Ikut koranglah nak bayangkan besar mana padang bola tu. Zahmah bukan je berlaku atas jalan raya bahkan berlaku di atas bas. Ini yang payah. Motif seseorang konduktor bas adalah untuk memaksimumkan keuntungan dalam satu perjalanan. Jadi, dia akan sumbat selagi yang boleh supaya orang lain boleh masuk lagi. Kalau jumpa orang Asia yang kecik-kecik ni dia lagi suka. Dia akan paksa kita mengisi segala kekosongan yang ada. Tepi kerusi, sebelah drebar, bawah ketiak Arab dan depan pintu. Bas yang normalnya boleh isi 44 orang boleh memuatkan 70 orang dalam satu-satu masa. Tempat duduk? Jika anda seorang lelaki Malaysia yang kecik, yang sekadar menumpang di negara orang, maka lupakanlah sebentar perihal tempat duduk. Ada ramai lagi perempuan Melayu, makcik tua, makcik tak tua, pemudi Arab, pemuda Arab dan pakcik tua yang lebih memerlukan tempat duduk. Insyaallah di depan sana nanti anda dapat duduk, apabila mereka semua dah turun dari bas.
Mesir. Sebelum kembalinya aku ke Mesir, aku pergi beli barang untuk balik ke Mesir di satu pusat beli-belah. Makcik yang que belakang aku seraya bertanya,
"Meniaga ke?" Nampak sangat barang aku banyak. Barang dapur kebanyakannya.
"Eh, tak lah. Ni barang-barang yang nak bawak balik ke Mesir."
"Bukan ke Mesir tengah bergolak."
"Sekarang dah okay sikit. Lagipun kehidupan orang Melayu kat sana nak terjejas pun."
Cakaplah apa pun tentang negara Arab yang satu ini, akan kami pilih ia jugak. Kotor, tiada peraturan, tiada tong sampah, miskin, banyak anjing, sesak, orangnya menipu, orangnya menyamun dan macam-macam lagi. Sisi buruknya banyak tidak tergambar jika hanya melalui kata. Pepatah Melayu menyebut, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Di Mesir ni hujan paku mungkin. Huh? Tapi, tapi banyak sisi baiknya. Inilah bumi Nabi Musa. Bumi inilah tempat Salahuddin Al-ayyubi memerintah. Di sinilah letaknya sungai terpanjang yang merupakan air ke empat terbaik ciptaan Allah. Negara ini ada penuntut dari pelbagai negara seperti Melayu, Cina, India, Arab, Korea, Indonesia, Rusia dan Turki. Negara ini ulamaknya ramai. Negara ini terletak universiti tertua dunia. Negara ini perkembangan politiknya diteliti dunia. Negara ini dan negara ini. Negara ini ada empat musim. Malaysia hado?
"Beranilah awak ni nak balik semula ke Mesir."
"Eh, kawan saya yang perempuan pun balik Mesir. Kalau saya tak berani malulah saya."
posted from Bloggeroid