Dan try tengok cerita Life of Pi.
Dan cerita The Croods.
Dan Cast Away.
Dan Up.
Dan Insidious.
Dan Taare Zameen Par.
Dan Usagi Drop.
Dan 3 Idiots.
Dan Miracle Of Cell Number 7.
Dan Ghajini.
Ok, stop.
Sedikit Sebanyak
Tahmid cakap, cerita AAC ni lain sikit dari Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Lainnya di mana? AAC ialah hasil penulisan Habiburrahman tapi bukan dia yang memproduksikannya. Pihak produksi mintak kebenaran daripada Habiburrahman El-Sherazy untuk mengadaptasikan novel tulisan dia kepada filem. Habiburrahman ada terlibat dalam pemilihan pelakon. KCB pulak diusahakan sendiri oleh Habiburrahman dan pemilihan pelakon agak ketat, tekad dan tegas, ha gituh. Sebab tu kita tengok AAC ada watak buka aurat dan pegang tangan yang mana kita tak boleh jumpa dekat KCB. Dalam KCB jugak kita boleh nampak penglibatan Habiburrahman sebagai pelakon. Penampilan istimewa kot. Lokasi penggambaran pun berbeza. Memang dua-dua cerita berlatar-belakangkan Mesir, tapi lokasi penggambaran ACC bukan di Mesir. ACC dirakam kat India dan beberapa tempat lain dalam Indonesia sebab pihak pemeritahan Mesir tidak mengijinkan sama sekali. Err, mengizinkan.
Pelbagai Bangsa
Watak utama namanya Fahri. Ok, tu semua korang boleh faham. Dan jugak Aisha, dan Maria. Tiga orang ni tunjang utama dalam cerita AAC. Mula-mula aku jadi konfius sikit. Ramai Pak Arab dalam cerita ni. Ada Pak Arab yang mengamuk dekat pasar. Ada Pak Arab yang buat huru-hara kat dalam tren. Ada syeikh talaqqi yang mengajar Fahri ilmu agama kat Masjid Al-Azhar. Yang peliknya, semua Pak Arab ni cakap bahasa Arab dan bahasa Indonesia. So, aku mengsimpulkan diorang ni semua warga Indonesia yang sama-sama datang ke Mesir, macam Fahri. Dalam tren, Fahri ada jumpa dengan Aisha. Pertemuan pertama dua watak utama AAC. Masa tu Aisha cakap dia orang Jerman dan diorang berdua ni pun dok kecek Bahasa German instead of Arab. Sesampai je Aisha kat rumah, tiba-tiba dia cakap bahasa Indonesia. Eh, tadi kata gewe Jerman? Lenim kecek Indonesia pulok? Kesian Fahri kena tipu dengan Aisha. Mentang-mentanglah pakai purdah, sesuka hati je kata dia orang Jerman. Dalam pertemuan diorang yang seterusnya, Fahri dengan Aisha tak guna bahasa Jerman dah. Diorang kecek bahasa Indonesia je. Yang peliknya, fahri tak terkejut bila Aisha tu boleh cakap Indonesia? Apakah muslihat cerita ni? Wah! Serabut kepala. Rupanya-rupanya, dalam cerita ni ada bangsa lain selain Indonesia. Okaaaay. Cumanya pihak produksi ambik pelakon-pelakon Indonesia untuk melakonkan watak orang Jerman dan Arab. Dan untuk memudahkan penonton faham cerita ni, diorang pun guna bahasa Indonesia je. Tak payah banyak gunakan bahasa Arab dan Jerman.
Pemilihan Pelakon
Wah, pemilihan pelakon untuk AAC ni memang osem. Bukan main pilih je sesape yang diorang nak. Watak utama dah ditapis. Ramai yang datang interview. Tak kurang jugak yang 'terlebih' menjiwai watak Fakhri sampaikan nampak macam pak ustaz di TV-TV. Tapi tak ada satu pun yang diambil. Kemudian, watak Fahri ni nak diberikan kat pelajar pondok pesantren. Orang yang belajar agama sebagai asas. Lepas survey beberapa pesantren, tak jadi jugak. Sebabnya dalam dada diorang dah disematkan yang industri perfileman ni tak sewajarnya diwujudkan. Adalah hujah-hujah diorang yang kita tak tahu. Kemudiannya diberikan lah watak ni kepada Fedi Nuril walaupun dapat banyak tentangan daripada peminat-peminat terutama peminat Malaysia sebab Fedi Nuril pernah berlakon mencium perempuan yang bukan mahram dia dalam drama dia. Untuk watak Maria, mula-mula ingatkan nak ambik orang Arab Mesir yang real. Tapi apakan daya, rupa diorang lebih tua dari umur. Ada yang sebaya Fedi Nuril tapi bila digandingkan nampak macam kakak atau makcik. Pihak produksi cuba interview orang yang muda, belasan tahun. Wow, molek dah bila digandingkan dengan Fedi Nuril. Tapi sayangnya tak ada jiwa dalam lakonan. Iyalah, budak lagikan. Nak expect dia buat mimik muka orang yang bercinta, memang tak lah. Akhirnya watak Maria dan Aisha diberikan kepada orang Indonesia.
Akhir Kalam
Lastly, kesimpulannya, daripada 10 bintang aku bagi 7 untuk cerita ni. Eh tak bagus ke untuk dapat 10 bintang? Bukan tak bagus, cumanya baaanyak lagi cerita yang lagi seronok dihadap kalau nak dibandingkan dengan AAC neh. Macam biasa, orang akan cakap yang filem tak sebaik novel asalnya dan aku bukanlah Mat Novel disebabkan kemalasan aku untuk membaca. Dulu pernah layan novel, tapi lama sangat dah berhenti. So, aku prefer filem. Kepada sesiapa yang rasa nak rasa lebih syok, bacalah novel dia sebab Tahmid cakap Novel AAC dengan KCB lagi best dari filem dia.\ Ok, that's it. Entry warm up dari aku. Lama sangat dah tak update blog. Entri ni pun dah tiga minggu aku simpan dalam draft sampai aku ingat nak putus asa je. Huh. Maaflah kepada yang aku janji aku nak update. Sungguh kemalasan hampir tak ada penawar Gituh! Alangkah bestnya kalau ada kawan-kawan aku yang boleh tolong curahkan idea dalam bentuk penulisan untuk aku letakkan dalam blog ni. Tak larat dah tulis sorang-sorang. Anyone?