Blogger Widgets

Pages

Wednesday, 19 March 2014

Marriage


       I have a mixed feeling about early marriage. Kadang rasa perlu, kadang rasa tidak.
Wow.
Takdelah.
Akhirnya sampailah jugak tajuk yang akan senantiasa menjadi bualan orang muda. Macam Solah kata, waktu umur 19 hingga 25 ni memang pemikiran kita cenderung ke arah situ. So, kalau aku tulis pasal kahwin, ini bukti yang aku ni normal lah, kan? Kan? Eh, bukannya maksud aku bila seseorang tu tak fikir pasal kahwin, dia tak normal. Tak, tak, tak. Mungkin aku ni je yang extra normal? Mungkin. Heh.
Begini.
Pemikiran kita tertakluk kepada persekitaran. Persekitaran pulak sentiasa berubah mengikut perubahan umur kita. Dan bila aku cakap pasal persekitaran, persekitaran tu luas. Pergaulan orang sekeliling tu persekitaran. Rancangan drama TV tu persekitaran. Kawan-kawan tu persekitaran. Pola perubahan tajuk bualan harian pun persekitaran. Kecenderungan ke arah pemilihan isi kandungan lagu tu persekitaran. Perubahan peringkat masyarakat pun jugak persekitaran. Macam yang aku cakap tadi, persekitaran sentiasa berubah mengikut perubahan umur kita. Kalau kecik-kecik dulu, persekitaran kita lebih cenderung kepada Power Rangers. Aku nak Ranger Merah, kau amek Biru, biar adik aku amek Ranger Hijau. Eh, kau Mat? Dah tak ada kaler lainlah. Kau ameklah Ranjer Merah Jambu.
Begitu.
Bila dah naik sekolah menengah, persekitaran lebih kepada pemberontakan. Aku nak ponteng kelas. Aku tak nak pakai tali pinggang. Aku nak bermasam muka dengan cikgu Kiah. Aku nak join tiga baris (baca: tiga line). Aku nak cerita pasal Kurt Cobain. Aku nak cerita pasal Megat A.C.A.B..
Begitu.
Bila dah masuk universiti, persekitaran cenderung kepada sesuatu yang lebih mencabar. Aku nak kahwin. Dia nak kahwin. Bila kau target kau akan kahwin? Senior Mazlan nak kahwin. Salmah dah kahwin. Mak aku ijinkan aku kahwin. Aku tak mampu nak kahwin. Tahun ni ada tiga pasangan nak kahwin. Junior Faizal akan berkahwin. Eh, jom kahwin!
Akhirnya begitu.

      Sekali lagi, pemikiran kita tertakluk kepada persekitaran. Kalau persekitaran aku asyik cerita pasal kahwin, secara tak lansung aku pun cenderung sekali untuk turut bercerita sama. Misy keda?
Dulu masa kecik-kecik, ibu ayah suka sangat melayan aku. Aku ni kategori yang banyak cakap. Orang putih cakap talkative. Melayu cakap mulut murai/banyak mulut. Orang Arab cakap, tsartsarah (ثرثرة). Disebabkan tsartsarahnya aku, diorang pun suka melayan apa jua soalan mahupun bebelan aku. Daaaan sekitar darjah tiga or empat dulu aku selalu cerita pasal kahwin. ‘Ibu, Am nak kahwin ramai. Am nak kahwin empat’. ‘Nanti kalau am dah kahwin, Am …’ ok stop. Ada lagi benda yang aku cerita kat ibu ayah masa kecik-kecik yang aku rasa tak payahlah aku cerita kat sini. Karang orang tak nak kahwin dengan aku pulak. Hehe. Tapi biasalah budak-budak. Dia pikir kahwin tu senang macam masak megi gamaknya. Tapi tu masa kecik-kecik. Bila dah besar sekarang makin pudar rasanya niat nak kahwin awal. Banyak sangat sebab yang prevent aku dari kahwin awal. Sama ada sebab-sebab tu datang dari luar, ataupun dari resolusi aku sendiri. Cumanya baru-baru ni aku ada terfikir pasal benda ni semula. Sebab tu otak aku ada dua macam pemikiran. Perlu dan tak perlu.

Kenapa rasa tak nak kahwin
      Aku ni masih belajar dan masih dalam tanggungan. ‘Nanti kalau kahwin, nak bagi anak orang makan apa?’ Ok, ayat tu aku quote dari ibu. Kewangan aku tak kukuh lagi. Masih mengharap duit zakat Selangor lagi untuk teruskan hari-hari mendatang sebagai pelajar. Alasan lain, aku rasa aku nak habiskan masa belajar aku dengan kawan-kawan. Aku tak maksudkan bila salah seorang dari kita nanti dah kahwin, dia akan lupa member-member lain. La’ah! Bukan macam tu maksud aku. Cumanya masa yang akan diluangkan nanti akan berkurangan. Yang pastinya bukan sikit. Banyak. Plus, bila dah kahwin nanti kita ada tanggungjawab yang lagi besar. Tak kira laki atau pun puan. Ada tanggungjawab untuk pasangan, pelajaran, komuniti (persatuan), dan kalau ada anak, kita doublekan tanggungjawab tu. Mana mungkin masa kita luangkan untuk kawan-kawan akan sama macam dulu. Kecualilah tiba-tiba sang isteri pun open-minded. ‘Ok, malam ni baba nak tidur rumah kawan sambil bergurau senda dengan diorang. Apa kata kalau mama pun tidur rumah kawan mama?’. Wah, hebat pasangan ni. Eh kejap. Kalau iye pun sang pasangan benarkan itu berlaku, masyarakat kita akan berkata-kata pula. Sebelum jadi fitenah, lebih baik kita hindarkan, misy keda? Apa alasan lain lagi untuk tidak berkahwin awal? Oh ye, ibu ayah tak bagi. Diorang suruh aku habiskan belajar dulu. Dan, kalaupun diorang tak cakap macam tu pun aku tetap akan pikir benda yang sama. Aku nak habiskan belajar dulu yang mana aku dah sangkut setahun. Then aku nak carik kerja dalam masa yang sama nak khidmat pada masyarakat. Kemudian kena carik tempat berteduh yang dimiliki sepenuhnya sebab dah tentu aku nak pakai lama. Banyak lagi perancangan yang aku susun dalam jangka masa yang panjang. Itulah resolusi aku.


Kenapa rasa nak kahwin
      Semenjak dua menjak ni aku ada jugak terfikir pasal kahwin bila mana kawan-kawan lain sebut-sebut pasal kahwin. Ada kawan yang nak kahwin, so aku pun ikut nak kahwin. Pemikiran tertakluk pada persekitaran kan? Kemudiannya aku terpikir kalau aku lambat, banyak bunga yang indah akan dipetik. Yo bro, bunga bukan sekuntum kan? Banyak lagi bunga lain. Memanglah ada banyak bunga lain kat taman tu. Tapi bayangkan macam ni. Bunga yang korang nak tu cantik, baik, dijaga rapi dan korang dok usha lama dah. Korang dah target nak petik bila masanya sesuai. Tiba-tiba ada pulak mamat hensem-baik-bergaya-cerdik yang petik dulu while korang tengah kumpul kederat, tenaga, keyakinan, kewangan dan kemampuan untuk petik bunga tu, tak ke hati parah? Bunga yang dah dipetik tak boleh petik lagi dah tau. ('Petik' yang aku maksudkan tu dipinang)Takkan tiba-tiba korang nak move on to other flower yang entah mana korang jumpa pastu petik je. Belum tentu sama dengan ciri-ciri yang korang nak sebelum tu, kan? So, bunga memang bukan sekuntum. Tapi makan masa jugaklah untuk seseorang tu terima bunga yang lain.
Baru-baru ni tab Asus yang kucintai hilang atas sebab kelalaian aku. Then aku terfikir, alangkah bestnya kalau ada orang yang jaga barang-barang aku. Seriously aku terpikir macam tu. Aku ni pelupa, lalai dan cuai orangnya. Aku boleh lupa dekat mana aku letak kertas kerja yang aku pegang seminit yang lepas. Yang ni serious betul. Kalau dekat rumah, aku boleh tanya ibu aku je pasal barang-barang aku. ‘Ibu, nampak kopiah Am?’ ‘Ibu tau tak kat mana Am punya sim card?’ ‘Ibu nampak tak Al-quran kecik warna merah?’ ‘Kat mana Am boleh carik sijil surat beranak Am eh, bu?’. Seriously, this happened a lot. Tu kalau kat Malaysia. Kalau kat sini, kat siapalah aku nak tanya soalan-soalan cuai macam tu. Aku sangat memerlukan orang yang boleh menjaga harta benda aku. Anybody? Haha.
Lagi. Lebih seminggu yang lepas aku ada telefon ibu dan ayah. Macam-macam yang kitorang bualkan. Salah satunya pasal gigi ibu yang dah tak kuat. Orang tua kan? Biasalah. Then ibu usik aku. Dia suruh aku kahwin dengan dentist. Senanglah nak buat gigi palsu nanti. Waah, besarnya harapan. Kalau ye pun aku mampu, belum tentu lagi dentist tu nak kat aku kan. Tiba-tiba ayah mencelah. Ayah kata jangan kahwin dengan dentist yang lagi tua dari aku. Lama jugak aku blur. Kenapa pulak tiba-tiba aku nak kahwin dengan dentist? Itu satu. Duanya, kenapa pulak aku nak carik dentist yang lagi tua dari aku? Lambat sikit baru aku faham. Dan rasanya tak perlulah aku share kat korang kenapa ayah aku cakap macam tu. Nak diceritakan kat sini, even ibu ayah aku pun dah cerita pasal kahwin-kahwin ni. Iyelah, abang kakak aku semuanya dah kahwin. Kalau nak sakat/gurau pasal kahwin of courselah dengan aku kan? Sebab aku yang seterusnya. Cuma, walaupun diorang selalu gurau pasal kahwin, diorang tetap takkan bagi aku kahwin. A bit ironic, isn't it?


      I have a mixed feeling about early marriage. Kadang rasa perlu, kadang rasa tidak.
Dan sampai setakat ni, aku masih lagi kuat dengan pendirian yang pertama. Aku masih belum mampu. Cuma kadang-kadang mungkin tiba-tiba naluri aku menendang loceng pemikiran supaya alert dengan persekitaran. Supaya aku tak ketinggalan. Supaya aku tak dicemuh kegagalan. Tapi naluri cuma mengingatkan sahaja. Keputusan seterusnya bergantung pada rasional otak yang tengah bekerja. Takut-takut dia sedang mabuk, dia buat keputusan yang silap. Akhir sekali, pendapat yang aku tulis kat atas tu applicable untuk aku sahaja. Orang lain mungkin ada pandangan diorang sendiri. Kalau korang ada cara untuk hindarkan masalah-masalah yang aku sebutkan, boleh kongsi tapi tak boleh paksa aku ikut. Frasa ‘dia boleh, takkan kau tak boleh’ sangat-sangat tak sesuai dengan dunia realiti. Aku pun tak boleh nak paksa korang terima pandangan aku. Aku cuma kongsi apa yang aku rasa je, bukan mintak korang terima apa yang aku rasa. Haaa, gituh. Terima kasih kat korang yang baca entri ni. Walaupun luar biasa panjangnya. Heh. Babai.

***

*La’ah = tidak
*Misy keda?  = bukankah begitu?
Comments
2 Comments

2 comments:

  1. bercinta kekadang mmg senang tanpa fikir baik buruk.. senang citer takda target..
    pendapat : sila fokuskan ap yg belum terfokus lg drp lakukan perkara di atas (buang masa)
    etc: pelajaran, cari pendapatan, bahagiakan family n kekawan, fikir ummah, berbakti pada negara dan ISLAM..
    tapi merancang utk ke-arah tu perlu. cuma cara dan bagaimana merancang tu.. belum lg proses mengenal hati budi msg-2.. makan masa sebenarnya (pendapat shj)
    kenal sendiri? kenal melalui perantaraan? mesej?..
    haha.. kompom ambil waktu.. tp ikut masing2 punye care asalkan ada matlamat yg jelas..
    teruskan berdoa dan isikan dengan ilmu mengenai perkara-2 ke-alam p'kahwinan ni sambil xjejas study..

    keep it up am.. bagus penulisan.. ak share ye ap kau tulis ni kawan.

    #hakikat.mudah difahami.sile delete kalo rase komen ak mengarut. hee

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk feed back.
    Insyaallah ke arah itu.

    Silalah share :)

    ReplyDelete