Hari ni aku
mengadap laptop sorang-sorang kat bilik sebab kebanyakan kengkawan pergi main
bola. Diorang ada ajak main sekali, tapi aku tak nak. I’m really not into it. Kalau futsal boleh je. Boleh dikatakan hari-hari
aku main futsal lepas Asar. Walaupun futsal dengan bola lebih kurang sama,
futsal tak banyak sangat pakai tenaga. Ok dah, kita pergi kepada cerita utama. Aku
rasa semalamlah hari yang paling produktif pernah aku buat sepanjang minggu ni.
Mungkin bulan ni. Mungkin jugak sepanjang 2014 ni. Paginya aku berjemaah Subuh, lepas tu aku join mesyuarat penyelarasan untuk
program persatuan pelajar, petangnya pulak aku pergi kelas Feqh dengan
kengkawan yang lain. Tapi, tapi, hari produktif tak bermaksud hari yang
menggembirakan. Tak semestinya menggembirakan. Begini kisahnya.
Lepas balik
dari kelas, kitorang naik tramco untuk balik ke rumah. Malam-malam macam ni
susah nak carik bas. Dalam tramco tu jugaklah aku menggatal keluarkan tablet
Asus aku untuk hal kerja. Banyak lagi rupanya yang kena aku settlekan lepas mesyuarat penyelarasan tadi
supaya program yang bermula dari esok sampai
hari Selasa, tak jadi masalah. Lepas settle
berbincang dengan timbalan, aku bukak pulak aplikasi facebook, whatsapp, twitter dan lain-lain. Lepas tu aku lupa letak
balik tab tu dalam beg. Aku pegang je sambil berborak dengan member-member yang
lain. Bila dah turun dari tramco aku terus pergi beli lauk mentah dekat pasar
yang biasa aku lalu sebelum sampai ke rumah.
Tengah menunggu
brother tu sembelih ayam, aku pun duduk. Niat hati nak online sekejap sambil tunggu ayam dua kilo yang aku mintak tu siap.
Tapi baru aku perasan, tablet Asus yang aku beli guna duit titik peluh aku kat Malaysia
cuti yang lepas, dah tak ada. Masa tu aku lost.
Mulut mula berzikir macam-macam. Zikir yang jarang pun aku sebut bila waktu
senang dan sengkang. Kawan-kawan yang ada kat situ pun sama-sama kongsi rasa
panik. Macam-macam saranan diorang, tapi kepala aku dah tak betul masa tu.
Benda yang aku sayang dah hilang. Aku tak boleh fikir betul-betul dah sekarang.
Aku tak tahu macam mana aku boleh tak perasan yang aku tercicir tablet besar
tu. Aku balik. Niat hati aku mula-mula nak ulangkaji sikit apa yang aku dapat
lepas kelas Nilur Raja’ tadi. Tapi aku tak ada mood dah. Aku masuk bilik then
kunci pintu. Aku tutup lampu dan sedaya upaya nak tidur awal. Tak nak fikir
lagi. Bagi aku, tidur boleh lupakan masalah untuk walau sementara waktu. Sekejap
pun tak apa sebab sekejap tu lah yang aku perlukan masa tu.
Susah nak
tidur. Tapi aku paksa jugak sebab kepala aku dah celaru. Kepala aku tak nak aku
ambik mudah pasal tablet yang hilang tu.
Kepala aku asyik ingatkan macam-macam ‘kalau’. Kalaulah aku tak bawak tablet
tu. Kalaulah aku tak keluarkan tablet tu dari beg masa dalam tramco. Kalaulah aku
check dulu sebelum turun. Kalaulah aku
tak leka. Kalaulah aku tak sibuk berborak sampai terlupa. Kalau, kalau, kalau. Aku
khayalkan kepala aku supaya mudah tidur. Akhirnya aku tertidur jugak lepas
setengah jam aku paksa. Tengah malam tu seorang sahabat ketuk pintu. Aku bangun
then bukak pintu. Dia senyum je. Then dia bagi saratoga supaya aku tak
sejuk. Aku sambung tidur dengan muka yang kelat. Subuh tu dia kejut lagi. Dia urut
belakang aku, suruh aku solat subuh. Setiap kali aku bangun, kepala aku terus
laksanakan kerja dia yang dirasakannya tak selesai. Dia nak aku rasa menyesal,
patah hati, broke, rasa bersalah
mungkin. Dia cuba ingatkan aku dengan ‘kalau-kalau’ tadi. Sungguh, sakit. Sungguh.
Tadi, aku dah
cuba call tab aku tapi tak dapat. Aku
dah cuba track down guna AndroidDevice Manager, tapi hampa. Tab aku aktif cuma setakat semalam sahaja macam yang
tertulis dekat laman web tu. Aku tak dapat track.
Kadang-kadang sebelum tidur aku rasa boleh terima apa yang jadi. Ada hikmahnya.
Tab tu sekadar benda duniawi yang akan ada gantinya. Tapi kadang kadang aku
rasa tak boleh lupakan sebab aku kerap sangat guna tab tu. Korang mungkin tak paham
kenapa aku rasa macam ni. Aku sendiri pun tak paham. Bila aku cerita dekat
kawan-kawan pasal apa yang aku rasa sekarang, aku bagi perbandingan mudah. Pernah
rasa kena reject? Maksud aku reject yang macam tu. Yang macam tu lah.
Alaaa, macam ni. Kalau korang rasa suka kat seseorang then korang luahkan. Kemudiannya dia tak rasa macam mana yang
korang rasa. Apa yang korang rasa? Macam
tu lah. Tahu tak perasaan kena reject?
Hati aku lagi sakit daripada kena reject.
(Walaupun setakat ni tak pernah lagi kena reject. Sifar gagal adalah disebabkan
sifar cuba) Entah kenapa, aku tak dapat explain
dengan tepat. Aku harap dengan aku tulis dekat blog ni, aku dapat lupakan apa
yang jadi semalam. Aku harap, aku dapat move
on seperti mana orang lain boleh move
on setelah direject.
***
“Amry, semua orang kesiankan kau.”
“Insyaallah nanti digantikan dengan yang lebih baik.”
“Amry, macam mana? Ana dengar tab enta hilang?”
“Semoga kuat sahabat..” - twitter
“Amry, insyaallah kheir.”
“Arab yang baik akan pulangkan boh.”
*terima kasih kepada sahabat-sahabat yang support aku. Gembira
ada yang kongsi rasa yang sama.