Blogger Widgets

Pages

Saturday, 9 August 2014

Hobi Baru

       Post ni agak lama jugak tersimpan dalam draft aku. Dah dekat 3 bulan jugaklah aku tak update blog ni. Sebab utama seperti biasa; kemalasan. Ini baru satu post. Aku ada lagi 16 post dalam draft yang entah bila nak dipublish. Huh. Tengok tajuk pun tahu lah kan bendalah apa yang aku nak cerita. Aku nak kongsi hobi baru aku. Sebenarnya takdelah baru sangat. Sebabkan dah 3 bulan aku tak update, hobi ni sekurang-kurangnya muncul 3 bulan yang lepaslah. Hobi ni tak memenatkan. Sumpah. Dan hobi ni sangatlah seronok bagi mereka yang belajar kat Mesir. Hobi baru aku: jalan-jalan di Pasar Mesir.



       Waah. Jalan kot. Takkanlah tak penat? Kalau Pasar Mesir tu panjang, boleh longgar sendi lutut ni. Memang tak penat pun sebenarnya sebab Pasar Mesir ni bukan literally sebuah pasar. Pasar Mesir ni satu group dalam laman sosial Facebook khas untuk sesiapa sahaja yang ada kat Mesir dan nak lakukan transaksi serta perniagaan kat Mesir. Kat situ ada ramai penjual dan ramai pembeli. Sebab tu aku suka. Kalau kat Malaysia tu, aku minat sungguh ke pasar malam untuk cuci mata, especially kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Cuci mata je, tak beli pun. Lebih kepada window shopping sebenarny. Sekadar melihat barang yang berkenan kemudiannya merana dek sebab duit tak cukup. Heh. Macam tu jugak Pasar Mesir. Mostly aku sekadar window shopping kat situ. Kalau berkenan, aku beli.



       Macam-macam barang dan perkhidmatan yang ada kat Pasar Mesir. Contohnya barang-barang elektonik macam henset, seterika, mesin basuh, kamera, power bank dan rice ccooker, barang pakaian macam baju, tudung dan seluar, ubat-ubatan, perkakas dan perabot, kitab-kitab, cincin, jam tangan, perkhidmatan ke airport, perkhidmatan perlancongan, pengangkutan barang, urusan lesen memandu, perkhidmatan tukaran wang asing dan lain-lain lagi. Series banyak. Sebab tu aku suka singgah kat Pasar Mesir. Aku nih cepat rambang mata. Kebanyakan barang-barang kat sini barang-barang second hand untuk dipindah milik.

Selain Jual Beli

      Banyak lagi kegunaan Pasar Mesir ni untuk orang Malaysia dan pentutur bahasa yang sama. Contohnya
hebahan berita, tragedi dan peristiwa, pertanyaan, pemberitahuan, pengumuman barang hilang, pengumuman barang yang dijumpai, pemberitahuan kelas-kelas terbuka dan lain-lain lagi. Pernah sekali ada orang post gambar lelaki Arab yang kuat mencuri kat dalam bas. Alhamdulillah, aku pernah jumpa dia sekali dan secara otomatiknya menjadi super waspada dengan tingkah lakunya, gituh. Ada jugak sekali, ada orang tolong carikan jodoh untuk kawan. Pun guna Pasar Mesir. Sekali je. Lepas tu tak pernah jumpa post macam tu lagi. Rare.

Terbaru, aku pergi call akak microwave tu even aku tak tahu nak guna untuk apa

       Kebanyakan penjual kat Pasar Mesir tu lelaki. Pembeli-pembelinnya kebanyakannya lelaki. So, tak bolehlah kita nak judge orang perempuan secara stereotaip sebagai jantina agung yang kuat berbelanja. Lelaki pun rambang mata gak apa. Kuat berjalan cari barang-barang yang entah berapa lama sangat nak diguna. Last-last ke tong sampah jugak. Kita sama je. Cuma mungkin untuk lelaki macam aku, lebih tertumpu kepada barang-barang murah dan terpakai. Kot.

p/s: Encik Satu Ticketing tu, akulah. Takpe kot kalau promote kat blog sendiri.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment