Blogger Widgets

Pages

Tuesday, 12 August 2014

Apakah Maksud: Soldadu Papan Kekunci

     

        Soldadu papan kekunci yang lebih popular dengan penggunaan bahasa Inggeris sebagai keyboard warrior ialah mereka yang aktif mengeluarkan hujah, bantahan dan pendapat di layaran internet. Kita boleh jumpa soldadu papan kekunci ni kat ruangan komen facebook, youtube dan twitter. Biasanya para soldadu hanya lantang bersuara di alam maya tapi tidak melakukan sebarang tindakan yang menyokong hujahnya di luar.

Saturday, 9 August 2014

Hobi Baru

       Post ni agak lama jugak tersimpan dalam draft aku. Dah dekat 3 bulan jugaklah aku tak update blog ni. Sebab utama seperti biasa; kemalasan. Ini baru satu post. Aku ada lagi 16 post dalam draft yang entah bila nak dipublish. Huh. Tengok tajuk pun tahu lah kan bendalah apa yang aku nak cerita. Aku nak kongsi hobi baru aku. Sebenarnya takdelah baru sangat. Sebabkan dah 3 bulan aku tak update, hobi ni sekurang-kurangnya muncul 3 bulan yang lepaslah. Hobi ni tak memenatkan. Sumpah. Dan hobi ni sangatlah seronok bagi mereka yang belajar kat Mesir. Hobi baru aku: jalan-jalan di Pasar Mesir.



       Waah. Jalan kot. Takkanlah tak penat? Kalau Pasar Mesir tu panjang, boleh longgar sendi lutut ni. Memang tak penat pun sebenarnya sebab Pasar Mesir ni bukan literally sebuah pasar. Pasar Mesir ni satu group dalam laman sosial Facebook khas untuk sesiapa sahaja yang ada kat Mesir dan nak lakukan transaksi serta perniagaan kat Mesir. Kat situ ada ramai penjual dan ramai pembeli. Sebab tu aku suka. Kalau kat Malaysia tu, aku minat sungguh ke pasar malam untuk cuci mata, especially kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Cuci mata je, tak beli pun. Lebih kepada window shopping sebenarny. Sekadar melihat barang yang berkenan kemudiannya merana dek sebab duit tak cukup. Heh. Macam tu jugak Pasar Mesir. Mostly aku sekadar window shopping kat situ. Kalau berkenan, aku beli.