Blogger Widgets

Pages

Friday 13 March 2015

15 Kata Majmuk Mantap

Serius, memang nama kata majmuk ni 'Kata Majmuk Mantap' ataupun 'Kata Majmuk Yang Telah Mantap'. Bukan macam mantap yang selalu kita guna tu.
"Mantap gila kau punya asam pedas!"
"Show semalam memang mantap!"
"Mantap laaaa Man! Kau punya cerita memang kalah cerita Interstellar!"
"Suara yang mantap datangnya dari kotak suara yang mantap."

Ok dah.

Senang cerita, kata majmuk ni ialah dua kata yang dihimpunkan lalu menjadi perkataan lain. 

Kadang-kadang ada kena mengena:
Cermin mata - Cermin yang kita pakai kat mata.
Kereta kuda - Kereta kayu yang ditarik oleh kuda... atau kuda-kuda (kalau kuda tu banyak).
Tengah hari - Waktu di tengah-tengah hari.
Kapal terbang - Takyah terangkan kot. Sangat literal.

Kadang-kadang tak ada kena mengena pun:
Mata pelajaran - Pelajaran tu ok. Mata tu.. Macam seram pun ada.
Alat tulis - Pengasah pensel boleh digunakan untuk menulis ke?
Guru besar - Guru tu tak semestinya besar pun untuk jadi guru besar.
Kaki bangku - Sesiapa yang duduk kat bangku simpanan je kerjanya, inilah gelaran dia. Tapi bukan ke yang duduk tu punggung? Apa kaitan dengan kaki?
Ada hati - I love you too.

Ini dia 15 kata majmuk yang telah mantap. Means, kata majmuk yang dieja rapat. 15 sahaja.
beritahu    bumi putera    jawatankuasa    kakitangan    kerjasama    matahari    olahraga    
setiausaha    sukarela    suruhanjaya    tandatangan    tanggungjawab    warganegara

Selain dari 15 ni, semuanya dieja dengan jauh. contoh:
Sekaligus
Urusetia
Aturcara
Keretapi
Kraftangan
Bandaraya

P/S: Sekarang ni dah mula minat Bahasa Melayu. Sikit-sikit bagi perit.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment