Hari ni aku nak kongsi
antara lagu yang aku minat, boleh tak?
Nampak tak kesopanan aku mintak izin kat para pembaca meskipun ladang ini aku yang punya? Haha! Dan macam biasa, kita start dengan 'Dah lama dah aku tak update kat blog ni, bersarang bla bla bla..'
Nampak tak kesopanan aku mintak izin kat para pembaca meskipun ladang ini aku yang punya? Haha! Dan macam biasa, kita start dengan 'Dah lama dah aku tak update kat blog ni, bersarang bla bla bla..'
I set out on a narrow way many years ago
Ku keluar berjalan di sebatang lorong sempit beberapa tahun yang lalu
Hoping that I would find true love along the broken road
Berharap aku akan jumpa cinta sejati di sepanjang jalan yang sudah punah itu
But I got lost a time or two wiped my brow and kept pushing through
Malangnya aku sesat sekali dua, ku kesatkan keningku dan teruskan menempuh lalu
I couldn't see how every sign pointed straight to you
Tidak aku perasan bahawa kepadamu sebenarnya tanda-tanda itu tuju.
That every long lost dream led me to where you are
Semua impian-impian yang hancur itu, memimpinku ke arah di mana kau berada
Others who broke my heart, they were like northern stars
Mereka yang pernah sakitkan hatiku, sebenarnya seperti bintang-bintang utara
Pointing me on my way into your loving arms
Yang menunjukkan jalan ke arah dakapan kasihmu
This much I know is true
Betapa sungguh aku tahu ia benar
That God blessed the broken road
Bahawa Tuhan telah merestui jalan punah itu
That led me straight to you
(Jalan) yang membawa ku terus kepadamu
Yes it did
Ya, ia sungguh telah membawaku
I think about the years I spent just passing through
Aku terfikir tentang masa-masa yang aku bazirkan melewati jalan itu
I'd like to have the time I lost and give it back to you
Aku harap aku dapat gantikan masa itu, untuk ku luang bersamamu
But you just smile and take my hand
Tapi kau hanya tersenyum, dan kau gapai tanganku
You've been there you understand
Kau ada di situ dan kau faham
It's all part of a grander plan that is coming true
Itu semua hanyalah satu cebisan daripada perancangan lebih agung yang menjadi nyata
That every long lost dream led me to where you are
Semua impian-impian yang hancur itu, memimpinku ke arah di mana kau berada
Others who broke my heart, they were like northern stars
Mereka yang pernah sakitkan hatiku, sebenarnya seperti bintang-bintang utara
Pointing me on my way into your loving arms
Yang menunjukkan jalan ke arah dakapan kasihmu
This much I know is true
Betapa sungguh aku tahu ia benar
That God blessed the broken road
Bahawa Tuhan telah merestui jalan punah itu
That led me straight to you
(Jalan) yang membawa ku terus kepadamu
And now I'm rolling home
Sekarang aku pulang ke halamanku
Into my lover's arms
Ke dakapan sang kekasih ku
This much I know is true
Betapa sungguh aku tahu ia benar
That God blessed the broken road
Bahawa Tuhan telah merestui jalan punah itu
That led me straight to you
(Jalan) yang membawa ku terus kepadamu
This much I know is true
Betapa sungguh aku tahu ia benar
That God blessed the broken road
Bahawa Tuhan telah memberi restuNya ke atas jalan punah itu
That led me straight to you
(Jalan) yang membawa ku terus kepadamu
Ok jujurnya, dulu aku tak faham pun llirik lagu ni sebenarnya. Tapi aku minat dengar sebab lagu dia slow je. Aku dengar sedap, aku malas kaji. Lagu ni aku jumpa dekat cerita Hannah Montana (2009). Haa lama kan ? First time aku dengar, aku terus search lagu ni kat youtube. Lagu dia tenang dan damai je. Bunyi gitar dia tak deras. Korang boleh rasa macam penyanyi ni nyanyi ramai-ramai dekat bawah pokok tengah malam, ditemani unggun api. Angin tiup sepo-sepoi je di celahan topi
diorang. Haa menjiwai sungguh kan ? Genre (disebut jen-ra) lagu ni, country. Macam lagu-lagu Taylor Swift (kot).
Cuma baru-baru ni lepas benda yang jadi kat aku, baru aku faham lagu ni. Baru terasa nak tengok balik lirik dia. So sekarang makin minat dengan lagu ni. Dulu minat je. Sekarang baru faham. Sama macam manusia jugak an. Dulu minat je, dah lama-lama kenal baru faham laaaahai cewah takde kaitan pun sebenarnya.
Actually, sedih sebenarnya. Marah pun masih ada lagi berbuku-buku dalam hati. Tapi terpaksa gagah gigihkan juga untuk lupakan apa yang jadi. Kalau aku tulis cerita aku kat sini pun, belum tentu niatnya baik. Belum tentu tujuannya supaya orang lain ambil iktibar dari cerita aku malahan tidak lebih dari sekadar untuk mengaibkan dia. Kalaupun sungguh niat aku murni, belum tentu orang lain bersungguh ambil iktibar. Akhirnya jadi sekadar sebuah lagi cerita tentang orang yang tak bagus dalam merangka jalan dan pilihannya. Tengok saja aku, dikeliling nasihat dan cerita, tentang berapa kali lubang jahat yang aku duga, lalu aku jatuh tersembam muka bukan sekali dua, tapi ada aku ambil iktibar dari mereka? Eh sejak bila entri ini bertukar pujangga? Haha.
Tapi Allah, sungguh aku syukur dengan apa yang jadi.
,Amry Sajad