Sebut menatang ni la yang aku seram
sikit. Bukan je dengan bunyi yang kuat
tu, tapi dengan macam-macam perkara yang berlaku disebabkan menatang ni.
Aktiviti menarik ni ringkasnya ada ciri-ciri : 1) Pencemaran bunyi yang melampau kat kawasan kejiranan kita, 2) Super pembaziran,
3) Membahayakan keselamatan. Kalau dulu mercun cuma sinonim
dengan hari raya. Ye la, meriah sikit dengan bunyi meletup-letup tu kan?
Tapi sekarang, mercun boleh pulak sinonim dengan ramadhan.
Tiba je ramadhan, macam-macam bunyi mercun kita boleh dengar.
Belum sempat pengumuman tarikh puasa habis malam tu dah banyak bunyi mercun.
Lagi-lagi kalau duduk kat KL ni. Bunyi mercun memang best kan? Nak-nak bila
kita tengah terawih. Bunyi tu betul-betul kat sebelah tangga masjid. Tak rasa
macam nak mencarut ? Relax, relax. Tengah solat terawih. Tak kan nak
maki hamun bebudak tu pulak? Lagipun tengah Ramadhan. Serba-serbi kita kena
jaga. Betul tak?
Dalam hal-hal macam ni, di samping kanak-kanak itu sendiri cuba untuk tidak meng-sebok-kan diri dengan aktiviti mercun, ibu-bapalah kena mainkan peranan.
Anak-anak takkan terlibat dengan aktiviti meriah tu kalau ibu-bapa tak
benarkan. Kita kena didik dari kecil lagi. Kalau macam family aku, memang haramlah ayah nak bagi main mercun. Mercun?
Bunga api pun jangan harap ayah nak belikan. Kalau nak main jugak masa balik
kampunglah. Sepupu-sepapat ada banyak bunga api, bagi la sikit. Paling best
bunga api besi kan? Kan? Oh zaman kanak-kanakku.
Pernah sekali, abang Ngah aku nak main mercun. (Dia yang
paling nakal masa kecik-kecik dulu). Masa tu aku kecik lagi. Abang aku masa tu
dalam darjah 5. Aku baru 4 tahun. Seronok tengok orang lain main, dia pun minta
ayah tolong belikan. Ayah belikan ! Semua seronok masa tu. Abang Long pun
seronok lah. Aku still budak
kecik yang belum mengerti dunia. Suci lagi, cheewah ! Ayah balik bawak banyak mercun.
Lepas tu dia ikat abang Ngah kat tiang, nyalakan mercun, baling kat abang Ngah.
Melalak lah budak kecik tu. Sampai sekarang (lebih kurang 15 tahun) belum ada
rekod yang mengatakan ada antara kami adik-beradik berani mengulangi permintaan
tersebut.
Ayah memang pantang dengan mercun. Bunga api pun sama.
Pembaziran katanya. Lagi satu rokok. Ayah perokok tegar. Kuat sangat merokok.
Kalau bangun tengah-tengah malam dari tidur, dia boleh seluk duit pegi beli
rokok kat kedai. Ceh, bukan nak tahajjud ke hape. Orang dulu, mana tau apa-apa.
Tapi, lepas ibu mengandungkan abang Long, ayah terus berhenti hisap rokok.
Memang susah katanya, tapi dia paksa diri. Kalau orang kawan-kawan rokok kat kedai-kedai makan, dia ambil bawak balik dan bagi orang lain. Ayah berhenti hisap rokok
sebab tak nak anak-anak dia hisap rokok. Sampai sekarang, anak dia 6 orang
lelaki seorang perempuan tak ada satu pun yang jadi perokok. See?
Peranan ibu-bapa.
p/s: Your parents are greater than mine in many aspects. Trust them :)
p/s: Your parents are greater than mine in many aspects. Trust them :)
terbaiiiiiikkkkkkkkk
ReplyDeletekalau xada mercun,x meriah hari raya...setuju???hehe
ReplyDelete