Ketahuilah
anda-anda semua. Insyaallah, ni entri terakhir yang aku tulis kat Malaysia. Lepas ni
kedua kaki berserta semua anggota badan aku dah kat Mesir. Excited? Haruslah ! Flight aku pukul 3, 11 september (Selasa).
Sebelum
aku ke Mesir, aku ambil masa beberapa hari untuk ke sekolah-sekolah lama aku.
Nak jumpa cikgu-cikgu. Nak mintak maaf, dan mintak doa. Moga-moga aku jadi
antara yang berjaya dan bertaqwa. Cikgu mana yang tak gembira bila anak ada
anak murid yang kenang jasa diaorang. Ada pulak member-member yang pelik
bila aku nak pergi sekolah lama.
“Kau nak pergi sana buat apa?”
“Nak pergi sekolah lah.”
“Nak buat apa? Ada urusan ke?”
“Kau nak pergi sana buat apa?”
“Nak pergi sekolah lah.”
“Nak buat apa? Ada urusan ke?”
“Nak jumpa cikgu-cikgulah,
aku kan dah nak ke Mesir”
“Buat apa nak jumpa cikgu-cikgu pulak?”
“Buat apa nak jumpa cikgu-cikgu pulak?”
รจ Part ni memang aku speechless.
Boleh pulak dia tanya soalan tadika berhingus tu.
Maybe aktiviti “Jumpa-jumpa-Cikgu-Sebelum-Sambung-Pelajaran” ni something yang tak masyhur. Tapi memang aku dah dibiasakan
buat macam ni masa kat Madrasah Arabiah Kluang dulu. So, aku dan kawan-kawan
aku kat sana tak pelik dengan aktiviti ni.
Antara
kejutan ke Mesir yang buat aku gembira, Khairun Nas pun ke Mesir jugak. Alhamdulillah. Allah bagi peluang lagi kat pelajar-pelajar yang nak sambung pelajaran ke Mesir. Moga Allah permudahkan urusan dia. Lastly, tajuk entri aku ni pelik sikit. Feeling-feeling berbahasa puitis. ‘Aku terbang’ bukan bermaksud aku
dah berjaya. Tapi membawa maksud yang aku baru nak mula melangkah ke tempat asing.
Antara
kata dan pesan yang aku dapat sebelum aku ke sana :
Nanti kahwin dekat Malaysia.
Belajar elok-elok. Join persatuan yang ada kat Mesir. Kahwin dengan
orang Malaysia. Betulkan niat. Orang Melayu direspect kat sana. Bergaullah dengan orang Sudan dan Turki. Bawak ikan bilis. Jangan terlalu terlibat dengan program
persatuan sampai menjejas pelajaran. Nanti kepala kau botak sebab rempah ratus orang Mesir. Musim sejuk
nanti seronok makan, seronok tidur. Jangan ponteng kelas. Cari syeikh-syeikh
untuk belajar. Jangan banyak tidur. Kumpul markah dari sem 1. Orang Mesir besar dan kasar. Ingat tujuan utama ke sana.
Pesanan yang paling menarik bagi aku : tak payah bawak wire extension.