Blogger Widgets

Pages

Wednesday 25 July 2012

Bunyi Itu Lagi !




            Sebut menatang ni la yang aku seram sikit.  Bukan je dengan bunyi yang kuat tu, tapi dengan macam-macam perkara yang berlaku disebabkan menatang ni. Aktiviti menarik ni ringkasnya ada ciri-ciri : 1) Pencemaran bunyi yang melampau kat kawasan kejiranan kita, 2) Super pembaziran,
3) Membahayakan keselamatan. Kalau dulu mercun cuma sinonim dengan hari raya. Ye la, meriah sikit dengan bunyi meletup-letup tu kan? Tapi sekarang, mercun boleh pulak sinonim dengan ramadhan.

Tiba je ramadhan, macam-macam bunyi mercun kita boleh dengar. Belum sempat pengumuman tarikh puasa habis malam tu dah banyak bunyi mercun. Lagi-lagi kalau duduk kat KL ni. Bunyi mercun memang best  kan? Nak-nak bila kita tengah terawih. Bunyi tu betul-betul kat sebelah tangga masjid. Tak rasa macam nak mencarut ? Relax, relax. Tengah solat terawih. Tak kan nak maki hamun bebudak tu pulak? Lagipun tengah Ramadhan. Serba-serbi kita kena jaga. Betul tak?

Dalam hal-hal macam ni, di samping kanak-kanak itu sendiri cuba untuk tidak meng-sebok-kan diri dengan aktiviti mercun, ibu-bapalah kena mainkan peranan. Anak-anak takkan terlibat dengan aktiviti meriah tu kalau ibu-bapa tak benarkan. Kita kena didik dari kecil lagi. Kalau macam family aku, memang haramlah ayah nak bagi main mercun. Mercun? Bunga api pun jangan harap ayah nak belikan. Kalau nak main jugak masa balik kampunglah. Sepupu-sepapat ada banyak bunga api, bagi la sikit. Paling best bunga api besi kan? Kan? Oh zaman kanak-kanakku.


Pernah sekali, abang Ngah aku nak main mercun. (Dia yang paling nakal masa kecik-kecik dulu). Masa tu aku kecik lagi. Abang aku masa tu dalam darjah 5. Aku baru 4 tahun. Seronok tengok orang lain main, dia pun minta ayah tolong belikan. Ayah belikan ! Semua seronok masa tu. Abang Long pun seronok lah. Aku still  budak kecik yang belum mengerti dunia. Suci lagi, cheewah ! Ayah balik bawak banyak mercun. Lepas tu dia ikat abang Ngah kat tiang, nyalakan mercun, baling kat abang Ngah. Melalak lah budak kecik tu. Sampai sekarang (lebih kurang 15 tahun) belum ada rekod yang mengatakan ada antara kami adik-beradik berani mengulangi permintaan tersebut.

Ayah memang pantang dengan mercun. Bunga api pun sama. Pembaziran katanya. Lagi satu rokok. Ayah perokok tegar. Kuat sangat merokok. Kalau bangun tengah-tengah malam dari tidur, dia boleh seluk duit pegi beli rokok kat kedai. Ceh, bukan nak tahajjud ke hape. Orang dulu, mana tau apa-apa. Tapi, lepas ibu mengandungkan abang Long, ayah terus berhenti hisap rokok. Memang susah katanya, tapi dia paksa diri. Kalau orang kawan-kawan rokok kat kedai-kedai makan, dia ambil bawak balik dan bagi orang lain. Ayah berhenti hisap rokok sebab tak nak anak-anak dia hisap rokok. Sampai sekarang, anak dia 6 orang lelaki seorang perempuan tak ada satu pun yang jadi perokok. See? Peranan ibu-bapa.

p/s: Your parents are greater than mine in many aspects. Trust them :)

Sunday 22 July 2012

Tetamu Yang Perlu Dirai.



                                                 
          Ah, bukan aku sorang yang tahu makna puasa. Ramai lagi yang tahu maksud puasa. Tapi tak apa, aku just nak kongsi. Macam biasa, sharing is caring. Bagi sesiapa yang dah lupa maksud puasa, jom nyanyi sama-sama lagu Raihan ni. (ku peminat setia Raihan !). Er, juga bagi mereka yang lupa niat puasa.

Nawaitu sawma ghadin
an adai fardhi syahri ramdhana
Hazihis sanati lillahi ta’ala.
Puasa ertinya menahan diri,
dari lapar dan dahaga.

Juga perkara yang membatalkan.
Dari terbit fajar sehingga maghrib.


Kita describe maksud puasa ni sikit-sikit ye .

1)Puasa ertinya menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga maghrib. Maksud dia simple-pimple. Adik-adik kita pun boleh faham kan? Maknanya kita kena tahan dari makan dan minumlah dari Subuh sampai maghrib. Tak boleh makan, tak boleh minum. Itu basic maksud puasa. Bagi kita mudah je. Tapi bagi adik-adik yang baru belajar Islam dengan Ibadah, susah sikit. Kita kena pujuk dia puasa sikit-sikit. Mula-mula puasa makan. Lepas tu puasa makan dan minum setengah hari. Sampai pukul 12 tengah hari tu bagi la dia berbuka. Jangan bagi dia buka pukul 3 / 4 petang pulak. Nanti dengan kau-kau pun berbuka. Kan? ( you smile because you know it’s true Buku teks Ibadah masa aku sekolah rendah agama kat Selangor pulak suruh tambah definisi puasa ni.

2)Juga perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga maghrib. Yang ni, jangankan adik-adik, dengan bapak adik-adik pun belum tentu faham kan? Kat sini antara list perkara yang membatalkan puasa.
a)      makan dan minum dengan sengaja
b)      mengeluarkan air mani dengan sengaja
c)      haid, nifas dan wiladah(melahirkan anak)
d)      muntah dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja
e)      melakukan persetubuhan
f)        gila walaupun sebentar
g)      murtad
h)      berbuka sebelum yakin masuk waktu Maghrib

Tambahan, korek telinga dan hidung tak batalkan puasa. Kalau air masuk masuk hingga ke rongga baru batal.



Teringat ayat power kawan aku masa kat sekolah dulu lepas dia dengar azan maghrib.
Eh, dah azan eh?”.
Haah.
Yeay ! boleh ar aku korek hidung.
 -_-“. Kejadah apa kawan aku ni berbuka dengan korek hidung? Aduh !
Lastly, ustaz aku suruh tambah definisi puasa ni.

        3) Juga perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa. Part ni susah sikit nak jaga. Dengan kata lain benda-benda ni kita sebut sebagai perkara-perkara makruh. Apa-apa perkara yang boleh kurangkan pahala puasa, kita kena elakkan. Mengumpat, melihat aurat orang lain, berkumur-kumur, marah, menghidu makanan dan merasanya, menderma darah, mencium isteri dan bersugi setelah gelincir matahari (lepas zohor). Puasa kita tak sempurna kalau kita tak elak benda-benda ni. Sebab tu Nabi sebut dalam hadits Betapa ramainya orang-orang yang berpuasa yang hanya mendapat lapar dan dahaga dari puasanya. Setiap tahun, kita dah jadi sebahagian dari orang-orang yang Nabi SAW maksudkan. Nauzubillah.
So, macam mana kita nak jadikan ramadhan ini ramadhan yang terbaik. Jom ke masjid atau surau. Jom qiamullail walaupun cuma dua rakaat tahajjud. Walaupun hanya satu rakaat witir. Jom banyakkan senyum :). Jom bersabar. Jom banyakkan kata-kata baik. DAN  jom ajak orang buat perkara yang sama. Takkan nak duduk sorang-sorang kat syurga? Jom lah heret 2-3 puluh ribu orang sama-sama ke syurga andai kita menjadi ahlinya, ameen.





Thursday 19 July 2012

Betulkan Salah Faham Kita - Makna Riya'


             “Kau dapat 4 flat? Jangan nak riak sangat la”

“Baru dapat hadiah dari makwe dah mula riya’”

“Kenapa kau riya’ sangat? Bukan harta kau boleh bawak mati pun.”

“Kau riya’ dengan harta kau, takkan ke mana sangat pun. Ke tanah juga.”

Cukup-cukuplah berdialog ye. Apa mesej aku sebenarnya ni? Tengok tajuk la, haha ! Aku nak cakap tentang riak. Yang mana sekarang ni orang dah salah faham maksud riak. Teliti dialog-dialog kat atas. Itu semua bukan riya’, tapi takabbur. Nampak macam sama tapi riya’ dan takabbur berbeza. Takabbur bermaksud bangga. Habis tu, riak bukan bangga ke? Itulah yang kita kena tahu. Riak sangat bahaya.

Takabbur ialah merasakan diri lebih bagus berbanding orang lain dari pelbagai aspek kehidupan. Aspek kehidupan antaranya pangkat, rupa paras, harta kekayaan, keturunan, kemampuan dan lain-lain lagi. So, kalau kita rasa kita ni lebih handsome or cantik berbanding orang lain, pun tergolong dalam Takabbur. Riya’ sikit berbeza dari maksud takabbur. Riya’ ialah sifat melakukan sesuatu perkara bukan kerana Allah. Mungkin kita lakukan sesuatu demi perhatian manusia, ataupun demi mencapai matlamat tertentu selain Allah. Riya’ boleh batalkan amalan-amalan soleh kita on the spot.

Contoh perlakuan riya’ pada zaman Nabi Muhammad SAW.
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

                Hadits kat atas ni ceritakan pasal seorang sahabat Nabi. Ketika ummat Islam diperintahkan untuk berhijrah ke Madinah, ada antara mereka yang berhijrah bukan kerana Allah ataupun RasulNya. Sahabat ni berhijrah semata-mata kerana perempuan yang nak dia nikahi kat Madinah. Nama perempuan tu Ummu Qais. Semenjak peristiwa tu, sahabat Nabi ini digelar Muhajir Ummu Qais (Yang berhijrah kerana Ummu Qais). Hadits ni juga menerangkan bahawa kita akan peroleh sesuatu berdasarkan apa yang kita nak kat dalam hati. Kalau kita lakukan sesuatu untuk dunia, dunialah yang kita dapat. Kalau kita lakukannya kerana perempuan, perempuanlah yang akan kita dapat. Kalau kita lakukannya untuk perhatian manusia, perhatian merekalah yang kita dapat. Kalau kita lakukan kerana Allah dan RasulNya, Kedua-duanyalah yang akan kita perolehi (Syafaat, kasih sayang, syurga dll).


                Riya’ tergolong dalam dosa syirik kecil. Syirik = menduakan Allah. Syirik kecil = melakukan sesuatu bukan kerana Allah sebab wujud perasaan bahawa Allah itu lemah, bukan tempat pengharapan, dan tidak layak dijadikan matlamat mahupun kekasih. Sekerdil-kerdil kita ni sanggup dan mampu buat sesuatu yang tak beri effect kepada Allah dan kerajaanNya. Bahkan merugikan diri kita sendiri. Kita kena ingat, setiap syariat yang Allah tetapkan memberi manfaat kepada pelakunya. Dan ingatlah kalau kita tak lakukan apa yang ditetapkan oleh syariat, Allah tak rugi walau sikit pun wahai hamba yang hina dan sombong.