1)Ini ialah cerita tentang seorang tokoh. Tokoh ini tiada kaitan dengan gambar di atas. Tokoh ini sangat kuat pengaruhnya. Ramai yang tahu cerita tentang tokoh yang hebat ini. Dia membawa satu ilmu yang disangkakan baru, padahal ilmu itu ialah ilmu lama yang telah dilupakan manusia ketika itu. Ilmu itulah yang digunakan oleh sebahagian besar manusia pada zaman kita ini dan kalaulah bukan kerana dia, ramai yang akan hidup dalam kebodohan dan penipuan. Tokoh ini juga berjaya menambat hati ramai orang dengan sikapnya walaupun dia hanyalah seorang anak yatim yang membesar tanpa ibu dan ayah yang pada kebiasaannya tidak mendapat tempat di hati kebanyakan orang. Siapakah yang mahu mendengar cerita tentang anak yatim ini? Ya, anda-anda yang sedang membaca ketika inilah yang akan mendengar kisahnya. Kisah seorang lelaki yang kini mempunyai lebih kurang 16,000,000 pengikut walhal dia hanyalah seorang anak yatim yang secara tiba-tiba mengejutkan dunia dengan ilmu yang dimilikinya.
2)Tokoh ini lahir pada tahun 571 Masihi dan berasal dari keturunan yang baik. Ibu dan ayahnya berasal dari puak yang sama, puak yang dianggap paling mulia di kalangan mereka sama ada dari segi politik, kepimpinan, perniagaan mahupun penggunaan bahasa. Bahasa yang digunakan puak ini difahami oleh kebanyakan penduduk disekitarnya dan dijadikan bahasa pengantaraan antara mereka. Si ayah ialah orang yang paling tampan di kawasan perkampungannya. Ketika si ayah melamar ibunya, ramai gadis-gadis di perkampungan itu patah hati. Tidak hairanlah tokoh in juga dikatakan mempunyai wajah yang sangat tampan.
Selain dari sifat luaran si tokoh yang tampan, dia juga mempunyai sikap yang disenangi oleh kebanyakan orang di kampungnya. Sikap-sikap inilah yang membuatkan orang ramai mempercayainya dalam banyak perkara. Disebabkan sikapnya ini jugalah dia memenangi hati seorang saudagar wanita lalu mereka berkahwin. Mereka menyayangi satu sama lain sekadar apa yang ada pada pasangan mereka.
3)Tokoh ini tahu sekiranya dia terburu-buru dalam menceritakan ilmu yang benar ini, ramai yang akan menentangnya kerana mereka berpegang kepercayaan mereka sebelum ini. Sejak turun-temurun mereka mempercayai bahawa apa yang ada pada mereka adalah yang paling benar. Jadi jika terdapat ilmu yang bertentangan dengan pandangan dan pendapat yang mereka warisi sejak dulu lagi, maka mereka akan tentang habis-habisan tanpa usul periksa. Tokoh ini tidak mahu penduduk-penduduk kampungnya terkejut dan menentangnya secara membabi-buta. Jadi, dia mengambil langkah untuk mengajar ilmu ini secara perlahan-lahan dan berperingkat. Semakin lama semakin ramai yang mengikuti kelas yang diadakannya pada waktu malam sehingga sampai masanya dia bersedia untuk menyebarkannya kepada orang-orang lain pula. Dia membuka pengetahuan ini kepada umum.
4)Dan seperti yang dijangka, meskipun dia disenangi oleh orang ramai kerana peribadinya, dia tidak terlepas daripada menajdi bahan ketawa mereka. Mereka bukan sahaja mengejeknya, memulaukannya malahan dia juga pernah dibaling najis. Murid-muridnya juga mengalami nasib yang sama. Mereka dipulau bertahun-tahu lamanya.Tokoh ini juga dituduh sebagai ahli sihir kerana dia mampu menawan hati orang ramai. Murid-muridnya semakin lama semakin ramai. Puak-puak termasuk puaknya sendiri kini bergabung tenaga demi membasmi ajaran yang dibawa oleh tokoh ini namun mereka tidak mampu mengubah pendirian tokoh ini dan anak-anak muridnya. Si tokoh pernah sekali ditawarkan jawatan yang tinggi di perkampungannya memandangkan ajarannya yang semakin tersebar luas. Bayangkan saja, dengan rupa parasnya yang tampan dan pangkat yang bakal disandang, dia boleh hidup selesa dengan syarat dia menolak dan menafikan ilmu benar yang dia pegang sekarang. Tapi dia tidak terpengaruh dengan pelawaan itu kerana dia tahu ilmu ini boleh disebarkan dengan lebih luas lagi bagi membetulkan fahaman orang ramai yang sudah terpesong.
5)Akhirnnya, sampailah satu tahap di mana mereka dipulau dan diancam bunuh dengan sangat teruk membuatkan si tokoh ini membawa murid-muridnya berpindah ke satutempat. Satu tempat yang mana penduduk-penduduknya mengalu-alukan si tokoh serta ilmunya bersama-sama anak-anak muridnya. Penduduk-penduduk di sana juga memerlukan seorang pemimpin dan mereka berasa tokoh inilah orang yang paling layak dijadikan pemimpin untuk memacu dan memandu segala aspek perkampungan mereka yang sering berlaku peperangan antara puak-puak. Si tokoh ini menetap di sana sehingga akhir hayatnya tetapi dia tidak pernah melupakan tempat asal kelahirannya. Dia pulang juga ke sana demi membetulkan fahaman mereka dan akhirnya dia berjaya tanpa tentangan kerana legasi yang telah dia bina. Dia bukan sekadar berjaya membetulkan fahaman penduduk di dua tempat ini, malahan penduduk-penduduk serata dunia seperti yang kita dapat lihat pada zaman ini. Ilmu yang disebarkan oleh guru kepada guru-guru Syariat Islam, dialah Nabi Muhammad SAW.